Meraikan Ibu

Hujung minggu baru-baru ni, kebetulan Bong cuti & Bong ajak menggembirakan hati Mak.

Tiap hari mak asyik berlegar dalam rumah je dari dapur ke depan, dari depan ke dapur.

Bila waktu anak-anak cuti, bolehlah ambil peluang bawa Mak keluar.

Bukanlah nak menyambut hari ibu, lebih kepada nak menggembirakan hati Mak.

Aku & Bong bawa Mak cuci mata di kedai kasut.

Biarkan Mak pegang, belek dan pilih mana yang Mak suka.

Tapi macam biasalah jawapan Mak : 

"Takda yang Mak bekenanlah"

Dan Mak terus cuci mata pegang kasut di ruangan kanak-kanak.

Teringatkan pada cucu-cucu dia yang 3 ketul di bandar tu lah.

Macam tu lah hati Mak / Ibu / Opah / Nenek.

Selalu mendahulukan orang lain daripada diri dia sendiri kan?

 

15 comments:

  1. kadang bawa mak pusing2 jalan2 duduk dalam kereta pun dia seronok.. kan? :)

    ReplyDelete
  2. Betul lah tu. Dah jadi mak2 ni, nak shopping pun malas 😂 Makan je tak malas lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  3. mungkin mak ana nak try sandal kaler pink kot hehehe #gurau

    ReplyDelete
  4. betul2...bukan nak meraikan apa pun.. more kpd suka2 je. x hari ibu pun kita bawak jenjalan and beli kan itu ini jugak.. kann

    ReplyDelete
  5. bestnya bwk mak jalan2.. dapat cuci mata cukup happy dh.. hihi..

    ReplyDelete
  6. Ayat last tu rasa macam sayu je. Ya macam tu la mak/opah.....

    ReplyDelete
  7. Setuju, kita bukan jenis meraikan hari ibu, tapi niat kita nak gembirakan je.

    Macam mak akak la ni, bawak ke kedai kasut…semua tak berkenan 😄

    ReplyDelete
  8. Ana, blog Ana dah ok sekarang. Dah boleh update kat bloglist akak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, boleh bawa mak jalan-jalan.. sedut udara luar.. :).. semoga mak sihat2 sentiasa...

    ReplyDelete
  10. Walaupun kita suruh pilih utk dia tp cucu-cucu jugak yg dia ingat kan? begitulah nenek-nenek ni... anak dah jatuh no 2 dah

    ReplyDelete
  11. Betul kadang mak kata tak berkenan sbb nak dahulukan org lain. Kadang mak tak nak susahkan kita itu yg cakap gitu. Sama juga arwah Mak Akk dulu, selalu cakap dah kenyang bila tengok kita pulun makan masakan dia, nak bg kita makan puas² rupanya 😭

    ReplyDelete
  12. Allah rindunya kat arwah Mak pah...selalu SA bawak dia jenjalan macam ni..kadang dia ajak kalau nak beli kasut ke apa..sebab dia nak SA bayarkan...rindunyaaaaa

    ReplyDelete
  13. mak saya suka shopping online,kejap2 kang nanti dia suruh bayarkan dulu katanya nanti mak ganti..xgamak plk anak dia nak ambil duit kan..tak apa la mak asalkan bahagia

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Itulah mak, mak. Bagi je mak happy, sementara mak masih ada.
    Untung juga dia nak ikut keluar jalan-jalan. Mak akak dulu, ajak keluar, 10 minit dah ajak balik. :D

    ReplyDelete
  15. Mak saya pun macam tu jugak. Kalau bawak beli barang, dia mesti ingat dengan cucu2.

    ReplyDelete