Merajinkan Diri : Fruit Tart & Onde-Onde

 




Ini sempena hujung Ramadhan. Bong ajak buatkan Onden-Onde Biasa, Onde-Onde Labu & Fruit Tart untuk kongsi rezeki dengan jemaah di surau dan kongsi juga dengan jiran-jiran. 

Mulanya plan furit tart tu nak buah strawberry, peach & blueberry tapi bila pergi je pasaraya yang terdekat ya Tuhan manusiaaaaaaaaa padat sepadat-padatnya! Rak buah semua dah hampir licin! Tinggal yang ada hanyalah anggur hitam, anggur hijau & anggur merah, tembikai, pisang & buah-buah yang lain. Jadi, Bong ajak proceed jugalah dengan apa yang ada. Semoga Allah bagi sedap semuanya aminn.

Ramadhan semakin meninggalkan kita.

Moga segala ibadah sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT.

Dan moga kita diberi kesihatan yang baik lagi untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Buat yang diuji dengan pelbagai ujian, kesakitan, kehilangan, moga Allah beri kekuatan ketabahan untuk kita semua tempuh walau dalam hati ada macam-macam rasa.

Pada yang telah pergi selamanya, Al-Fatihah dan moga ditempatkan bersama insan-insan tersayang aminnnnnnn

2 comments:

  1. Selamat hari raya buat Ana sekeluarga.. Febret sangat dengan tart buah dan onde2 hijau ni..

    ReplyDelete
  2. Semoga murah rezeki Ana kongsi makanan.

    ReplyDelete