Jaga Solat Pun Tak Tentu,Nak Poligami..

 

 
 

 
 

 


 

 Betul tu. Zaman sekarang ni, pendapatan yang banyak pun belum tentu lagi mampu untuk berpoligami. Inikan pula pendapatan hanya 3 ribu ringgit Malaysia saja. Orang yang pendapatan banyak tu pun fikir banyak kali untuk usaha cukupkan kelengkapan untuk keluarga selesa.
 
Yang berpendapatan tak seberapa, senang je suarakan hasrat nak poligami. Disebabkan ini jugalah, Pihak Pejabat Agama di Negara Malaysia memang akan tanya dulu anggaran pendapatan si suami berapa? Kalau hanya 2-3 ribu ringgit ditambah pula dengan pelbagai komitmen lain, lupakan dululah niat nak poligami tu. Tapi entahlah, hati masing-masing kan? Tapi issu poligami ni tetap buatkan si isteri yang selama ni setia & menjaga segalanya terasa hati kan?  Ataupun isteri belajar saja untuk redha & teruskan saja kehidupan dengan anak-anak.
 
Pilih yang membahagiakan jiwa.
Biarlah si dia yang nak poligami tu pergi.
Biar dia sana. Wanita perlu kuat kan?


10 comments:

  1. Eh eh..ingat senang ke poligami ni? Fikir nak seronok je kan..gerammmss

    ReplyDelete
  2. Pernah terbaca dekat mana ntah, tapi dah lama lah...bila dengar husband nak poligami, siap nak kenalkan...isteri tu pun minta la jumpa dekat restoren yang have2 sikit.
    Lepas kenalkan diri, tanya betul ke nak kawen dengan suami tu, isteri tu bentangkan semua macam bil,komitmen yang ad, plus duit gaji laki buat apa,berapa banyak.. dan nak dikatakan, kesenangan suami tu sebab isteri banyak topap sana sini.
    Habis isteri tu cerita semua, dia terus blah dengan tinggalkan makanan semua tak berbayar.. termangu mangu lah suami dengan bakal isteri tu.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau citer P Ramlee ada perli juga oh kalau poligami pandai...solat 5 waktu tunggang terbalik. Masa tu Abang Kus (Kuswadinata) kahwin 2.

    ReplyDelete
  4. Semoga dijauhkan dari benda-benda yang tak elok.

    ReplyDelete
  5. Wow...Dahsyat ni...Pd sy selagi income si isteri tu tlg suami utk kelangsungan hidup brkeluarga, si suami x layak utk brpoligami...

    ReplyDelete
  6. Poligami merupakan amanah dan tanggungjawab berat...kalau fikir seronok jer memang tak boleh jalan

    ReplyDelete
  7. apabila nafsu lebih diutamakan berbanding tanggungjawab...

    ReplyDelete
  8. Bab poligami ikut sunnah nabi katanya.. tp tanggungjawab dan amanah tu takmo pulak nak ikut.. berat poligami ni sebenarnya

    ReplyDelete
  9. Tak tau nak cakap. Lepas tu, bini yang kena tanggung anak². Laki lepas tangan bila dah kawin lain. Banyak berlaku.

    ReplyDelete
  10. Isssh macam nak ketawa saya bacanya. Memang laki2 begini kdg tak sadar diri 🤣🤣. Dia kira gaji Rm3k cukup utk 2 keluarga??? Inilah suami yg hanya memikirkan napsu. Tak ada dipikir ttg adil yg harus dia bagi kepada 2 istri.

    Kalo kaya sangat, okelaah. Asal betul2 bisa adil. Tp banyak temen saya yg gaji dah ratusan juta, tak ada terpikir mereka utk poligami. Saat ditanya kenapa, mereka jawab, dikira gampang nak adil utk beberapa istri??. Belum lagi suasana rumah akan jadi tak nyaman

    Mereka lebih mencari kenyamanan drpd harus pening atur 2 kluarga atau lebih

    ReplyDelete