Jangan Cuba Pada Yang Bujangan!

 


AWAS JANGAN CUBA PADA YANG BUJANGAN!

Amboi tajuk hehehe

Ini eksperimen khusus buat yang sudah bernikah hehehe

Ada sorang Tuan tu kongsikan eksperimen ni pada isterinya.

*********************************

Saya pernah hulur beberapa keping not RM 50 pada isteri saya dan saya cepat-cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya. Oh! Dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda-tanda eksperesi wajah (facial expression) orang yang sedag gembira.

Ok kalini saya beralih kepada eksperimen kedua.  Kalini saya tak hulur pun not RM50 atau RM100 ke.
Saya cuma join dia jaga anak je. Sama-sama suap anak, sama-sama layan kerenah anak dan sama-sama bantu dia urus anak-anak je.

Kali ni, bukan setakat senyuman biasa saja yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali (tanda senyuman itu bukan dibuat-buat). Moodnya juga berubah 180°,   Dia punya layanan pada pun perghhhhhhhh.. Minta air kosong putih saja tapi dia buatkan Caffe Latte!

Kalah layanan Hotel 5 Bintang!

Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan - hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong & menyayangi.

Ya betul. Memahami, menolong & menyayangi dengan seikhlas hati.

Bukan hanya sekadar cukup bulan hulur uwang saja.
Kalau cuman itu, kaum wanita juga bisaaaa kok cari uwang sendiri hehehe

8 comments:

  1. betul tu, kita nak pasangan kita buat yang terbaik ...kita juga kena tunjukkan yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Memahami, menolong & menyayangi dengan seikhlas hati. Setuju.

    ReplyDelete
  3. Setuju. Rasa disayangi jika suami take involve, walau pun sekadar membuang sampah. Jika sekadar dibagi duit semata, rasa dibenci. Kekeke.

    ReplyDelete
  4. Setuju. Suami bagi layanan 1st class, kita balas dua kali ganda plus extra class layanan. wiii... barulah sama-sama awet muda. eh tiber!

    ReplyDelete
  5. Kena saling membantu, bertolak ansur dan saling memahami

    ReplyDelete
  6. So true...dulu arwah suami MA rajin offerkan iron baju keja bila dia off day, syukur alhamdulillah sgt..happy..

    ReplyDelete
  7. kalau sekadar hulur duit tu dah mcm pekerja daa

    ReplyDelete
  8. Yalaah. Kalo cuma duit saja, itu memang dah kewajiban suami 🤣. Tapi perhatian ini yg susah didapat 😁

    ReplyDelete