Jenazah Kemalangan Pelajar UPSI

Tangisan seorang keluarga yang kehilangan.
Dalam detik hiba itu, Tuanku Sultan Nazrin (Sultan Perak) memadam batas protokol.
Yang tinggal hanyalah rasa belas, yang mengalir tulus dari hati seorang Sultan kepada hati rakyatnya yan retak. Duka ini bukan milik satu keluarga sahaja. Ia luka satu negara. Dan ketika air mata jatuh tanpa henti, hadir seorang Sultan bukan untuk berkata apa-apa, tetapi utuk menjadi bahu tempat bersandar.
 
Seluruh negara berduka.
 
Daulat Tuanku. 



 
Sayu hiba dan tak sanggup melihat jenazah bersusun tragedi kemalangan bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu mengalami kemalangan disebabkan kecuaian pemandu (berdasarkan rakaman kamera dashcam kereta). 
 
Punah hancur harapan tatkala menerima berita anak yang dikasihi terlibat dalam kemalangan maut. Anak yang menjadi harapan keluarga pergi macam tu saja angkara kecuaian orang lain. Sesungguhnya bukan ungkapan "Sabarlah ya ini semua dugaan" yang mereka ingin dengari buat masa dan ketika ini. Betapa sakitnya ibubapa yang kebumikan anak masing-masing, itu sangat pedih. Tetapi walau apa pun jua, Allah punya kuasa. Sebenar-benar pengorbanan untuk menggapai redho Tuhan dikala saat Hari Raya Korban. Semoga kesabaran seluas lautan diberikan buat semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.
 
Al-Fatihah buat semua :( 

15 comments:

  1. tiada kata2 yang mampu menenangkan waris saat ini...cukuplah kita menjadi tempat untuk bersandar..
    Daulat Tuanku, sanggup mencemar duli dan berkongsi saat hiba bersama rakyat..

    al-fatihah buat semua mangsa, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..aamin

    ReplyDelete
  2. sebak tengok..huhu. kecuaian meragut nyawa ramai anak-anak harapan ibu ayah dan harapan bangsa serta negara.

    al fatihah

    ReplyDelete
  3. seriau tgk bas tu punya laa laju...
    alfatihah buat semua mangsa...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah utk semua yg terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

    Tak tergambar hiba dan sedih atas tragedi ni. Takziah buat keluarga dan warga UPSI semuanya

    ReplyDelete
  5. Perak menangis lagi kan ANA, baru lepas 9 anggota FRU di Teluk Intan, kini Gerik pula 15 pelajar UPSI Tg Malim.. semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian berat ini, aamiin

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni, bukak medsos asik nak menangis je. Sedih sungguh 😢
    Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh mereka yang terkorban dan dikurniakan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  7. Hanya keluarga yang tahu macam mana rasa sedih atas kehilangan....harap mereka tabah

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah untuk semua adik kita bakal pendidik ni, ada juga yg hafizah, masya allah... pemergian yg dicemburui walaupun cara pemergian sgt mengerikan... sedih sangat bila scroll med sos, ahli keluarga mereka apatah lagi

    ReplyDelete
  9. Hati kita semua pun x tenang, apetah lagi hati keluarga peljar yang kehilangan anak..Innalillahiwainnailaihirojiun...Al fatihah...salam takziah...semoga keluarga mereka tabah...

    ReplyDelete
  10. Tumpang sedih juga. Akak tertengok video bas tu terbalik masa memotong. Allahuakbar. Tak tahu nak cakap apa. 😢

    ReplyDelete
  11. Al fatihah pada semua mangsa yg terlibat, takleh bayang perasaan ahli keluarga 😢

    ReplyDelete
  12. Moga mereka semua diletakkan bersama orang orang beriman..aamin ya Rabb

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat ahli keluarga yang terlibat

    ReplyDelete
  14. Apalah yg dikejar driver bus tuh 😭😭😭😭. Kadang berat nak terima cobaan kalo harus kehilangan orang yg dikasihi karena kelalaian orang lain. Even dia pun selamat.

    Ikut berduka cita dengan kabar sedih begini. Terasa sekali kesedihan orangtua mereka Krn harus menguburkan ank2nya 😭😭😭. Semoga semuanya ditempatkan dalam golongan orang2 beriman

    ReplyDelete
  15. sampai ke hari ni, bila tgk or terbaca..automatik sayu sgt..memang laju je air mata tu mengalir la.. Allahu...al fatihah buat semua anak2 yg terkorban...

    ReplyDelete