Jika Semua Bantu,Mudah Kan?

 

Untuk tahun ni syukur Alhamdulillah kami sekeluarga dapat peluang untuk turut serta dalam korban dan sembelihan anjuran Masjid Kariah di kawasan tempat kami tinggal. 
 
 Bermula seawal jam 8.30 pagi, semua peserta yang terlibat berkumpul di kawasan yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa masjid & semua beri kerjasama dengan baik.

 
 
Tahun ni lebih ramai yang turut serta sama-sama bantu melancarkan urusan sembelih, melapah, menimbang dan mengagihkan daging korban pada semua.
 
Dan untuk tahun ni juga semakin ramai golongan anak muda yang turut serta membantu proses sembelihan dari awal pagi hingga mengemas semula semua peralatan masjid. Buktinya 6 ekor lembu dapat diselesaikan sebelum masuk waktu zohor. Jika nak mengharapkan kudrat orang lama semata-mata memang tak terbuat memandangkan kariah asal semua dah masuk umur 60-70 an. Semoga sifat positif sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bukan saja dalam aktiviti korban, malah untuk acara yang lain juga. Dan moga segala ibadah korban kita semua diterima oleh Allah SWT aminnnn ya rabbal 'alaminnnnnnnnnnn

15 comments:

  1. bagi saya nak merasai sendiri tu best, mula dengan 'perebah lembu', siang daging, kambus najis itu pun pengalaman.

    rugilah kalau datang bawa besen, tunggu bahagian terus balik hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..golongan muda memang kena turut serta..sekarang banyak jer masjid yang dah beli mesin potong tulang..kerja jadi lebih cepat..tak la letih sangat warga2 emas/muda nak katok tulang2 tu..

    ReplyDelete
  3. Wahh ramai meriah.... Best dapat turut serta sekali

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah di tempat Akk pun ada penglibatan orang muda. Semoga amalan gotong royong begini dapat diteruskan ke generasi seterusnya.

    ReplyDelete
  5. ramai2 bekerjasama cpt siap urusannya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..bagusnya...sekejap je dah siap...betul lah, kalau teratur, buat ramai-ramai, cepat je siapnya

    ReplyDelete
  7. Banyak tu...6 ekor lembu.
    Betul, kalau ramai yang kerjakan jadi mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bagus ada golongan muda membantu sama

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Tradisi bergotong royong masih diamalkan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...Apa yg penting? Kerjasama =D

    ReplyDelete
  11. berat sama dipikul ringan sama dijinjing...
    syukur semangat bergotong-royong dan tolong menolong masih menebal dlm sabubari penduduk malaysia...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah cepat selesai yaa. Semoga makin banyak yg muda2 turut terlibat dalam penyembelihan kurban .

    Kemarin di tempat saya terpaksa sampai 2 hari , sebab idul Adha di sini jatuh hari Jumat. Lalu ada sholat Jumat juga. So tak semua hewan bisa dipotong. Lanjut Sabtu jadinya

    ReplyDelete
  13. Bagus anak-anak muda yang turut serta. Itu yang bagusnya kalau anak sedari kecil dilibatkan dengan aktiviti sebegini.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah....bagus prog2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  15. Kalau ada rezeki nak join la tahun depan..dpt share asik badik pun ok kan

    ReplyDelete