Untuk tahun ni syukur Alhamdulillah kami sekeluarga dapat peluang untuk turut serta dalam korban dan sembelihan anjuran Masjid Kariah di kawasan tempat kami tinggal.
Bermula seawal jam 8.30 pagi, semua peserta yang terlibat berkumpul di kawasan yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa masjid & semua beri kerjasama dengan baik.
Tahun ni lebih ramai yang turut serta sama-sama bantu melancarkan urusan sembelih, melapah, menimbang dan mengagihkan daging korban pada semua.
Dan untuk tahun ni juga semakin ramai golongan anak muda yang turut serta membantu proses sembelihan dari awal pagi hingga mengemas semula semua peralatan masjid. Buktinya 6 ekor lembu dapat diselesaikan sebelum masuk waktu zohor. Jika nak mengharapkan kudrat orang lama semata-mata memang tak terbuat memandangkan kariah asal semua dah masuk umur 60-70 an. Semoga sifat positif sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bukan saja dalam aktiviti korban, malah untuk acara yang lain juga. Dan moga segala ibadah korban kita semua diterima oleh Allah SWT aminnnn ya rabbal 'alaminnnnnnnnnnn
bagi saya nak merasai sendiri tu best, mula dengan 'perebah lembu', siang daging, kambus najis itu pun pengalaman.
ReplyDeleterugilah kalau datang bawa besen, tunggu bahagian terus balik hehe
Alhamdulillah..golongan muda memang kena turut serta..sekarang banyak jer masjid yang dah beli mesin potong tulang..kerja jadi lebih cepat..tak la letih sangat warga2 emas/muda nak katok tulang2 tu..
ReplyDeleteWahh ramai meriah.... Best dapat turut serta sekali
ReplyDeleteAlhamdulillah di tempat Akk pun ada penglibatan orang muda. Semoga amalan gotong royong begini dapat diteruskan ke generasi seterusnya.
ReplyDeleteramai2 bekerjasama cpt siap urusannya
ReplyDeleteAlhamdulillah..bagusnya...sekejap je dah siap...betul lah, kalau teratur, buat ramai-ramai, cepat je siapnya
ReplyDeleteBanyak tu...6 ekor lembu.
ReplyDeleteBetul, kalau ramai yang kerjakan jadi mudah dan cepat.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bagus ada golongan muda membantu sama
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTradisi bergotong royong masih diamalkan
Alhamdulillah...Apa yg penting? Kerjasama =D
ReplyDeleteberat sama dipikul ringan sama dijinjing...
ReplyDeletesyukur semangat bergotong-royong dan tolong menolong masih menebal dlm sabubari penduduk malaysia...
Alhamdulillah cepat selesai yaa. Semoga makin banyak yg muda2 turut terlibat dalam penyembelihan kurban .
ReplyDeleteKemarin di tempat saya terpaksa sampai 2 hari , sebab idul Adha di sini jatuh hari Jumat. Lalu ada sholat Jumat juga. So tak semua hewan bisa dipotong. Lanjut Sabtu jadinya
Bagus anak-anak muda yang turut serta. Itu yang bagusnya kalau anak sedari kecil dilibatkan dengan aktiviti sebegini.
ReplyDeletealhamdulillah....bagus prog2 mcm ni kan
ReplyDeleteKalau ada rezeki nak join la tahun depan..dpt share asik badik pun ok kan
ReplyDelete