Jujur ramai yang berasa sangat terkesan dengan kes ibu yang ditikam mati anaknya di tingkatan 5. Jika benar anaknya stress kerana dirusuh belajar dan dapat keputusan cemerlang, saya sangat bersimpati dan sedih.
Ya memang benar semua ibu ayah mahu anak cemerlang. Dapat dibanggakan tapi adakalanya ia sangat membebankan jiwa seorang anak. Ramai anak-anak yang cuba mengadu pada ibu / bapa tentang betapa lelahnya anak-anak stress tak cukup rehat, banyak kerja sampingan, risau tak dapat score dan lain-lain.
Ketahuilah anak-anak semua, janganlah terlalu memaksa diri hingga jadi terbeban dan menggangu jiwa. Bawalah hati yang gelora itu keluar sekejap dari stressnya keadaan yang memaksa. Andai anak-anak rasa tekanan, luahkan sesama kawan andai itu lebih selesa kerna ada masanya anak-anak takut nak luah pada ibu / bapa, kerna ada ibu bapa yang tidak faham luahan anak-anak.
Ada ibu bapa yang memang meletakkan 'bench mark' pada anak untuk score dalam pendidikan. Pada zaman kini yang semakin mencabar, mohon agar ibu bapa juga tidak terlalu memaksa anak-anak hanya sekadar malu jika anak tidak score.
Berilah kelonggaran pada anak-anak berpandukan pada kesesuaian.
Tak perlu malu andai anak tidak berjaya skor dalam pejalaran.
Apa juga pencapaian anak-anak, mereka tetap anak yang kita pilih untuk dilahirkan.
Anak-anak itu amanah. Jagalah sebaiknya.
sy rs kes tu mungkin sebab dah lama berlaku
ReplyDeletesi anak dah lama pendam rasa...
si emak pula seorg guru jd dah tentulah dia nak pegang reputasi yg anak guru mampu dpt result yg baik dlm exam
tp tanpa sedar si anak menanggung beban dan x terluah...
Kadang bila terlalu nak yang terbaik, benda boleh jadi beban. Emak bapak jangan la pentingkan diri, bila dah jadi macamni tak tau siapa yang mahu di salahkan.
ReplyDeleteLama sangat pendam ni...
ReplyDeleteSejauh itu tindakan dia ambil, mmg mengejutkan. Semoga dijauhkan perkara begini berlaku pada kita
ReplyDeletePaling takot bila tgok org marah ngamok2. Takot perkara macam nilah.. Tgh madah memang tk sedar apa yg dibuat. Nanti dh reda, rasa bersalahlah tu.
ReplyDeleteSeram juga tengok kes ni. Jangan main2 dengan perasaan yang terpendam.
ReplyDeleteAda sebab ada akibat. Ini case di Malaysia kak? Soalnya di sini blm lama ada juga case yg sama. Anak menikam ibu bapak dan neneknya saat tidur. Tp ibunya selamat. Alasannya masih digali, diduga karena depresi disuruh belajar terus2an. Sedih dengarnya . Usianya pun tak jauh beda dengan anak saya
ReplyDeleteBesar tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan kemenjadian anak-anak.
ReplyDeletescary sgt bila baca tu
ReplyDeleteSeram, sedih semua adakan..jauhkanlah dari perkara macam.ni terjadi dalam family kita
ReplyDelete