Marathon Biskut Raya

 


Popia Nestum

Tart Cadbury (tapi tukar gunakan alfredo dark choc cube)

Nutella Pod (tukar juga gunakan Beryls chocolate)

Cornflakes Caramel 

Disebabkan 1 hari sebelum Hari Raya baru dapat cuti, makanya kita marathon usaha siapkan beberapa jenis kuih / biskut raya seawal selepas waktu sahur.

Dimulakan dengan menggulung kulit-kulit popia.
Nasib baik juga hari akhir ramadhan tu suhu panasssss kaw kaw.
Jadi cepat jugalah kulit popia tu kering & lebih mudah digoreng.

Selesai Popia Nestum, terus sambung pula dengan Tart.
Dugaan juga bilamana body acuan taknak bagi kerjasama.
Terpaksalah tekan / picit guna acuan manual. 
Untuk coklat tu aku & Bong gunakan Alfredo Cube Dark Choc.

Diteruskan dengan yang ketiga iaitu Nutella Pod.
Yang ni pun kami tukarkan Nutella dengan gunakan Berryls Dark Choc.
Aku nak buat saiz besar-besar nak cepat siap tapi Bong kata nak saiz kecil.
Lebih comel dan senang 1 kali masuk mulut je hilang kata Bong.

Dan yang terakhir Cornflake Caramel.
Bahan-bahan tak banyak & antara yang paling mudah.

Kami berjaya marathon siapkan 4 jenis ni sebelum menjelang maghrib akhir ramadhan.
Nak menyiapkannya terasa nak patah pinggang tapi makannya sekejapan saja licin!

Bong dah berzikir ajak repeat buat sebab kawan-kawan nak datang beraya katanya.
Nanti kita doa moga semangat kerajinan datang dulu ya Bong!

7 comments:

  1. tart cadbury ada lg x? nak dtg beraya ni ;-)

    ReplyDelete
  2. Tok..tok..tok..Kak SA nak beraya ni..tart cadbury tu ada lagi x?

    ReplyDelete
  3. Penat tu marathon.. hari² terakhir puasa tu dah la panas lain macam

    ReplyDelete
  4. Datang sini makan tart Cadbury Ana. Hehe

    ReplyDelete
  5. Masya-Allah, kuat betul kome. Empat jenis kuih tu. Akak buat satu jenis saja pun udah rasa nak patah pinggang. 😂

    ReplyDelete
  6. Akak dah bagi salam... pintu pagar kunci 😁

    ReplyDelete
  7. Semua nya favorite kita tau tapi memang tiada ketabahan nak buat

    ReplyDelete