Jangan Buat Hal Ye?

Hai engkorang. Moga sihat semua. Aku alhamdulillah sihat adanya. Bimbo (kereta Persona aku) je yang demam sikit haritu. Tapi takdelah demam ape sangat sebenarnya sebab selama ada dengan aku, dia belum pernah ada sakit teruk (major problem). Walaupun dia pernah dilanda 'sakit misteri dulu' tapi Aku bersyukur sangat belum pernah lagi Bimbo dilanda sakit teruk yang mana sekaligus boleh menyebabkan poket juga akan turut sakit teruk kehkehkeh

*Pic masa Bimbo terpaksa dibawa check-up menggunakan tow truck*

Masa terpaksa towing tu pun aku sangat bersyukur sebab Etiqa Insurans tak kenakan apa-apa bayaran langsung sebab jarak rumah aku ke Pusat Sevice Proton yang aku minta tolong hantar tu tak melebihi 40km. Jadi FREE je lah towing tu. Legaaaaa rasa. 

Cuma process tukar alat ganti, bateri, tayar dan maintenance tu macam biasalah memang kena siap sedia duit siap-siaplah. Aku ni apa-apa hal memang bersyukur sangatlah sebab masih ada Abah yang selalu remind aku berkenaan hal-hal kereta ni. Pastu Abang Long aku pun sama tukang remind pasal kereta. Maklumlah tuan badan ni pompuan, memang selalunya zero pasal hal kereta tapi semenjak dah terjadi beberapa kejadian haritu, aku sikit sebanyak celik jugaklah pasal hal kereta ni hehehe

Kisah dulu-dulu :

Lahirnya Bimbo dan aku ambil dia masa 31 Mac 2011.
Tak lama lagi masuk 31 Mac 2019 nanti dah 8 tahunlah dia dengan aku.
Tinggal beberapa bulan je lagi nak clear hutang. 
Pastu lapanglah sikit nak mikir hal rumah dan rumahtangga. Cewaahhh hahaha


Jodoh Datang Tanpa Diduga...


Dalam kesibukan aku dan team sekerja aku berkejar nak selesaikan Program Karnival Pusat Internet sepanjang Disember 2018 yang lepas, terselit jodoh salah sorang daripada kami.

Dan semestinya bukan aku. Aku masih belum selamat lagi. Jangan tanya bila. Sabar tunggu kad jemputan dari aku hehehe.

Team rakan sekerja aku si Asmah bertemu jodoh pada 28 Disember 2018. Walaupun beberapa kali pedih dalam percintaan akhirnya Allah hadirkan jodoh dia. 

Dan siapa sangka jodoh dia adalah rakan sekelas masa belajar dulu. 
Dah lah satu kampung.
Satu kelas pulak tu dulu-dulu.
Lorong belakang rumah pulak tu.

Aku tak boleh lupa kata-kata Asmah :

"Kalaulah saya tahu dia jodoh saya, tak payah saya susah-susah hati. Dah tentu dari dulu lagi bercinta senang je satu kelas-satu kampung" 

Tapi itulah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah kan?
Hanya DIA yang tahu siapa dan di mana jodoh kita.

Aku doakan semoga jodoh Asmah dan semua sahabat aku kekal selamanya.
Moga jodoh aku juga dipermudahkan urusan segalanya.

*Aku malas fikir bab jodoh ni sebenarnya sebab Mak aku semacam ada perasaan berat je bila tiap kali Abang Long dan Kakak Ipar aku suarakan pasal jodoh aku.

*Mak aku banyak kali bersuara : "Kalau Kakak dah kawen nanti, tambah-tambah kalau dapat orang jauh, macam mana lah mak dengan abah ni"

Takpe mak, ketahuilah mak, selagi mana terdaya, takkan ku sia-siakan mak dan abah.
InshaAllah.


Jangan Ditanya Kemana : Karnival Hari Terbuka Pusat Internet




Hai semua ! Salam tahun baru 2019 ! Moga belum terlambat ucap selamat tahun baru pada engkorang semua. Sorry terlajak bizi pulak lepas last update hujung november haritu. Ingatkan mulanya Management kata budget untuk program semuanya dah dibekukan buat sementara waktu, jadi kononnya bersemangatlah nak update dan ziarah blog engkorang.

Tiba-tiba masuk je awal Disember terus Management inform budget tak jadi beku dan akan masuk anytime saja so kami semua diarahkan proceed untuk program Karnival Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd. 

Dengan kelam-kabutnya kami terpaksa proceed surat jemputan ape segala less than a week! Tujuh lokasi dalam Kluster / Daerah yang sama bermula :

  • 15 & 16 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Trolak Utara
  • 17 & 18 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 4
  • 19 & 20 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 1
  • 23 & 24 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Sg Behrang
  • 24 & 25 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 5
  • 26 & 27 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 2
  • 30 & 31 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Sg Klah

TUJUH LOKASI dalam Kluster Batang Padang/Muallim : Perak
SATU LOKASI dalam Kluster Selama : Perak
SATU LOKASI dalam Kluster Bandar Bharu Kulim : Kedah

SEMBILAN LOKASI semuanya Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital ni.

Tujuh lokasi Karnival kami perlu selesaikan dalam masa DUA MINGGU non stop! Letihnya usah ditanya hanya Allah saja yang tahu. 

Buat julung kalinya jugak tahun ni Management request kena buat karnival tu DUA HARI. Udahlah staff pun ada berapa ketul je. Itu belum kira yang tak boleh datang sebab ada hal keluargalah ada hal kesihatanlah dan lain-lain lagi. Nak kena handle semua lokasi dalam masa yang singkat dengan kekuatan anggota yang sangat terhad adalah sesuatu yang amat menekan emosi, rohani serta fizikal. Silap percaturan memang nak hangin sesaje.

Engkau tak sempat nak prepare untuk lokasi sendiri pun disebabkan perlu bantu lokasi-lokasi lain. Tak sempat nak berfikir. Tak sempat nak ada life selagi belum selesai program semua tu. 

Alhamdulillah program tempat aku pada 26 & 27 Disember berjalan lancar semuanya. Sesi penutup aku jemput Hafiz Hamidun sebagai icon Digital Sharing disebabkan slot Digital Sharing ni salah satu slot wajib yang kami perlu penuhi.

Untuk aktiviti dua hari karnival di lokasi aku, memang aku isi kaw-kaw untuk semua peringkat umur boleh join bawak sekali anak bini, cucu cicit boleh join segala aktiviti yang ada. Sebabnya pada lokasi-lokasi sebelum tu, ada dapat feedback & komen daripada komuniti sekitar berkenaan aktiviti tak berapa banyak dan ada beberapa cadangan supaya tambah aktiviti serta pelbagaikan supaya semua peringkat umur dapat hadir libatkan diri. 

Sakit kepala memikirkan untuk penuhkan aktiviti usah ditanyalah. Mana nak memikir aktiviti lagi, mana nak kena pergi memborong hadiah-hadiah lagi. Mana nak packing segala mak nenek hadiah lagi. Rasa macam tak cukup dua tangan.

Untuk hadiah utama cabutan bertuah aku decide beli DUA SMARTPHONE disebabkan ini juga request daripada Management supaya banyakkan hadiah-hadiah berunsurkan DIGITAL. Barulah bertepatan dengan bidang Pusat Internet katanya. Hadoilah letih weyhhhh memikirkan nak penuhi segala permintaan dengan keadaan last minit semuanya. 

Kalau ikutkan memang membara je dalam jiwa ni tapi apakan daya, ku pendam juaaaa ahakss~
Yang penting feedback Boss pada sesi penutup di lokasi aku katanya :

"Saya amat terharu dan sangat bangga dengan pencapaian Ana dan rakan sekerja kerana dapat menjalankan Program Karnival Pusat Internet Dua Hari ini dengan jayanya dan memenuhi segala yang ditetapkan. Andai ada rezeki, tahun depan saya akan double kan budget di lokasi ini"

Syukur alhamdulillah bila Boss cakap cenggitu. Terasa hilang segala penat lelah menempuh hari-hari yang meletihkan tu semua. Moga janji ditepatilah hendaknya tahun depan dapat budget double. Yihaa~