Mainan Perasaan

29 May 6 Comments
Alhamdulillah dengan sekali lafaz saja Hafidz dah sah jadi isteri kepada Norihan (Rihan).. Rihan merupakan sahabat aku dari zaman sekolah rendah lagi.. jarak rumah kami pon tak jauh mana.. Jumaat lepas---25 Mei 2013 menjadi hari bersejarah dalam hidup Rihan bila dia selamat dinikahkan dengan pilihan hati dia iaitu Hafidz.. malam tu aku bersyukur sebab aku diberi peluang bernafas lagi untuk tengok sendiri Rihan sah jadi isetri orang.. Terasa sebak bila Hafidz ngam-ngam habes lafaz akad nikah depan Tok Kadi.. orang lain yang nikah, aku pulak yang sayu lebeyhhh.. kehkehkeh =P

Rihan bekerja under departmen yang sama dengan aku.. dan lepas sah jadi isteri orang ni pon Rihan masih mendapat keizinan suami dia untuk dia terus bekerja kat sini.. Rihan terpaksa bekorban jarak dengan suami dia sebab Hafidz duduk kat Kota Bharu Kelantan. Rihan pulak duduk kat Perak ni ha.. terpaksa berpisah jauh la dengan suami.. aku doakan semoga Rihan tabah dan sabar menempuh segala ujian ni.. bukan senang duduk berjauhan ni ye dak ? aku tak kawen lagi so aku tak berapa tau sangatla bab nih.. kehkehkeh =P

Tapi one thing for sure, memang konfemlah RINDU tu kat tahap gaban.. itu dah konfem. yang melaluinye je la yang faham. aku nak share 1 kisah ni yang aku pernah terbaca dulu.. aku lupa kat mana tapi aku nak share jugak sebab walaupon aku dah baca banyak kali kisah ni, hati aku tetap sayu bila baca..

"...Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami.

Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”.

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang..."


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda kita lakukan bersama adalah penting sebenarnya dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, atau pun wang kat bank tu je penentu kebahagiaan..  Semua tu hanya faktor yang membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tak dapat menjamin pon hundred percent kebahagiaan pada kita. cari masa untuk jadi sahabat kepada isteri/suami anda kita dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga. Hargailah setiap pengorbanan pasangan. ecehh aku cakap macam la aku dah kawen. kehkehkeh =P

Aku doakan semua yang dah ada suami, dah ada isteri, jagaaalah bebaik. biar seburuk mana pun perangai atau layanan dia, cuba sedaya upaya positifkan diri kita untuk overcome benda² tu..  Syaitan ketawa je bila tengok anak adam berantakan dalam rumahtangga.. sebaik²nya kita cuba jugak untuk pandang dari aspek positif.. biar pahit camne sekalipun, cuba untuk telan.. inshaAllah dugaan Allah tu selalunya besar hikmah dia ;)



Tahniah untuk Rihan. Semoga bahagia sampai Jannah. 




Entri yang sebelum ni sebenarnye aku refer pada Rihan yang bakal mengakhiri zaman bujang. Bukan aku. aku punya turn belom tau lagi bila. kehkehkeh



Mengakhiri zaman bujang

24 May 2 Comments
Ya allah dah duabelas hari rupanya guwa aku tak menulis ape² kat sini.. maklumlah alasan biasa --- bizi ler sangat kononnye.. phuii ~ bizi tu takdelah bizi sangat sebenarnye.. cuma ada beberapa perkara yang perlu dikerjakan dan diselesaikan.. perkara yang memerlukan aku memberi sepenuh tumpuan untuk memastikan dia berjaya diselesaikan tanpa ada sebarang penangguhan.. perhhh ayat !

Dan semasa entry ini ditulis, dalam kepala aku ada macam² perkara lagi yang belum dan harus aku selesaikan sebelum hari esok tiba.. sebelum ni aku lebih menggunakan kata ganti 'guwa' dalam penulisan aku.. itu semua berpunca masa aku dapat ilham buat bloglist ala² gengster dedulu.. ramai geng-geng blogger yang bagi kerjasama.. memang guwa salute arrr ! ha nampak tak ? 'guwa' tu macam dah sebati pulak dengan aku.. kehkehkeh




*bakal mengakhiri zaman bujang. haishhh =P




Mendaki

12 May 14 Comments
11 Mei guwa dengan Team Kerja guwa attend kursus di Cameron Highland.. ekceli bukan kursus sangat lah.. dia sebenarnye one day program organized by Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara.. guwa dengan Team Kerja guwa pon memulakanlah pendakian ikot Tapah pada jam lebih kurang 8.45 pagi gitu lah.. sesape yang pernah atau selalu naik Cameron ikot Tapah memang dah faham sangatlah azab dia.. Pada penumpang, pening tu dah tentulah.. muntah tu kadang² memang spontan je.. ada yang jenis tak tahan mabuk, memang belom sampai separuh perjalanan pon dah berplastik² die muntah.. 

Tapi pada yang drive, inshaAllah lain situasi dia.. dulu guwa ni pon jenis mabuk.. ade gak la beberapa kali guwa  pernah naik Cameron tu sebelum ni tapi memang takde chance la guwa nak drive.. guwa jadi co-pilot je kat sebelah.. memang pening lalat lah sementara nak sampai ke Ringlet dan Tanah Rata tu.. tapi situasi tu sangat berbeza bilamana guwa dapat jadi Pilot untuk jet peribadi guwa sendiri pada 11 Mei itu! guwa yang jadi driver nih memang tak mabuk la pulak.. jyeahhhh ~

Konvoi Team Kerja guwa yang naik ke Cameron aritu melibatkan 5 jet : 

1-Swift (Auto) : Pilot -Puan Ramizah 
2-Viva (Auto) : Pilot-En.Ali
3-Vios (Auto) : Pilot -Abg Lan
4-Persona (Auto) : Pilot-Abg Rahim
5-Persona (Manual) : Pilot-Guwa

Empat daripada jet tu semuanya auto.. jet guwa je manual. huahuahua.. maka memang agak mencabar jugak pada guwa untuk naik ke Cameron tu pada weekend + peak days gitu.. masa naik awal pagi Sabtu tu dah kena tempuh jamm kat area tapak pasar malam Brinchang tu.. kat situ dah jenuh dah kaki guwa kontrol clutch, break , minyak ape semua.. jenuh gak la guwa berzikir dalam hati untuk ketenangan jiwa =P 
dah lah guwa masa tu bawak 3 orang penumpang yang memang sangaaaat perlu guwa jaga dengan berhati² sebabnye Puan Ida (partner kerja guwa), Rihan bakal jadi pengantin 25 Mei ni pastu pulak Kak Normah yang tengah ade baby dalam pewot die.. mane maunye guwa tak berzikir sepanjang jalan mintak dilindungi dan dipermudahkan sepanjang perjalanan.. dan Alhamdulillah kamiorang selamat jugak tiba kat Equatorial Hotel pada jam 10.15 pagi camtulah.. Program pon belom start masa kamiorang sampai tu..

Pastu pulak bila setel je program memang hiphip horey lah.. masa nak balik pulak kengkawan singgah kat Cactus Valley.. memulanye guwa bajet nak parking kat area bawah je lah sebabnye senang nanti nak turun pusing je balik.. sekalinye kene naik terus.. perhhhh sekali lagi guwa diuji kat situ. Cactus Valley (Big Red Strawberry Farm) nih memang mencabar  kemahiran pemanduan guwalah.. memula masa naik dari bawah tu ok je lah terussss punye terus bila sampai kat tetengah tu kene benti sebab nak bagi keta lain keluar parking, hah sudahhh itu jam tarik handbreak + masuk gear satu + pijak break kaki = barulah keta dalam keadaan tak mengundur.. tapi bila angkat je break kaki nahhhhh keta mengundur ! haiyo guwa cuak ! seminit jugaklah stuck kat situ.. pilot² lain pulak pakat dah dapat parking, guwa je lah terkebil² kat situ lagi hahaha kelakar pon ade.. Alhamdulillah hasil moral support dari  kengkawan akhirnya guwa berjaya jugak bawak jet guwa tu masuk parking.. tapi seriyes itu lah 1st time guwa drive kat tempat yang mencabar tahap gaban camtu.. sebelum ni memang drive kat tempat biase² je.. sekali kena drive kat kawasan bukit curam camtu ha amekaw =P  pastu kamiorang turun ikot Simpang Pulai.. jalan die pon kurang bahaya macam yang ikot Tapah.. Jalan ikot Simpang Pulai luas pon luas.. corner pon tak tajam macam kat Tapah.. pheww ~

ahhh tapi guwa berjaya akhirnya! bila dah selamat hantar kawan² guwa sampai rumah memasing barulah lega.. kesian diorang letih sampai terlena lah.. memula pakat tak sampai hati nak tido sebab nanti takot guwa takde kawan nak sembang. last² semua terlelap jugak.. sipbek guwa tak lelap same je.. kalo tak ha naya =P