Untuk makluman semua sahabat yang belum tahu.
Arahan terkini, semua pelajar institusi di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia,
diwajibkan memakai Lencana Jenis Pin (pada baju / tudung).
Ramai juga ibu bapa penjaga menyuarakan rasa bimbang.
Bimbang apa? Tragedi seperti dalam gambar ini adalah
antara perkara yang bermain dalam fikiran ibu bapa.
Dannn perkara ini telah berlaku.
Kebimbangan ibu bapa itu semua bukan saja-saja.
Bukan paranoid tak bertempat.
Ia berasas.
Semua rakyat negara ini bukan membantah.
Dan bukan juga tiada semangat cintakan negara.
Cuma hal 'Lencana Jenis Pin' ini,
perlu diperhalusi.
AMAT PERLU.
PEMAKAIAN LENCANA BENDERA MALAYSIA
Jenis Pin : Risiko cedera lebih tinggi.
Jenis Jahit : Kurang risiko cedera, lebih mudah diurus,
(kebarangkalian tertinggal di rumah atau terlupa pakai boleh diatasi,
kerana jenis jahit akan terus kekal saja pada pakaian).
Moga perkara ini diambil peduli,
dan moga pihak yang berkenaan lebih cakna.
Betul kan… jahit atau tampal jelah. Macam kita buat kat lencana. Lebih selamat, kurang sikit benda nak dirunsingkan
ReplyDeleteSeram...tgk...saya pun ada rasa nak beli yg tampal atau jahit..masa jer belum sampai lagi...
ReplyDeleteAllahu...seriau nya tengok tercucuk kaki...rasa lebih selamat guna yg jenis jahit..tapi itulah, kalau banyak kali basuh, boleh jadi lusuh warnanya..
ReplyDeleteAdoi seramnya!
ReplyDeleteKena cari solusi terbaik nampaknya
Perghh...nasib baik aku ada order kat shopee style jahit je. Seram...
ReplyDeleteAllah takutnya tengok. Adik kecil lagi tu. Mesti dia seriau jugak. Setuju sangat. Lebih baik dijahit tekap terus...
ReplyDeleteBaru tengok tadi keluar kat FB. Ngeri pula rasanya. Walau anak akak dah besar, baru je carikan yang jenis magnet seperti yang diminta.
ReplyDeletex sanggup nak tengok serammmmmm
ReplyDeleteAllahu...tgk pun dah serams... utk sekolah rendah memang lebih sesuai yg jahit or tampal tu..
ReplyDeletesekolah menengah ok la kot...nasib Iris tahun last sekolah this year..
Malang tak berbau. Pakai pin ni kena buka pakai buka pakai. Kadang letak entah kat mana. Kalau jahit memang sah sah kat baju / tudung tu.
ReplyDeleteSeriau tengok gambar. Kesiannya dia.
ReplyDeleteBenda-benda pin memang bahaya. Pin tudung pun ada kes orang dewasa tertelan sebab letak pin di bibir masa nak pakai tudung.
Ngeriiii. Nauzubillah.
ReplyDeleteYa Allah saya langsung merasa ngiluuuuu lihat gambar di atas. 😭😭😭. Apalagi si adik yg merasa, sakit sangat lah itu 😔.
ReplyDeleteSetujuuu lebih baik di jahit. Kalo pin dah lah resiko tertusuk, dan pasti cepat hilang. Namanya anak2 tak mungkin bisa mereka simpan aman.
Ada tertengok jugak tentang budak terpijak pin tu. Kesihan sungguh kat budak tu. Semoga cepat sembuhlah.
ReplyDeleteseram pula tengok nie...incikSuami beli sendiri yang tampal tu, dia tampal dekat baju tshirt sek anak2..untuk baju uniform je anak2 pakai yang pin tu...semoga dijauhkan dari perkara yang tidak diingini..aamin
ReplyDeletesek my boys tak wajibkan pakai sbb sek swasta..tp if ada option, memang yg versi jahit lps selamat/low risk kecederaan tercucuk etc
ReplyDeleteAdoiiii....ngilu kaki akak ha tgok gambar ni...rasanya better beli jenis jahit la..selamat skit kan
ReplyDeletengilu kaki kita, huuu... dak zmn ni, aktif memasing. cepat nak belajar. yg kekecik mmg tak sajes la pakai pin. yg da besar sikit, takpe.
ReplyDeletedaktiga semua pin, semua dah smk so mak tak masuk campur. pandai2la ampa. hari petama pakai, dah ada yg terlupa. huuu...
Saya sendiri pun zaman sekolah tak berani pakai benda pin macam ni. Risau cedera walaupun dah berhati-hari. Masa tu seriau tengok budak perempuan cucuk jarum kat tudung sekolah. 😭
ReplyDeleteMemang perlu langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu yang tak diingini.
ReplyDeletePelik! Kenapalah gunakan pin.
Seriaunya tengok. Baru tahu ni. Ye la, untuk budak sekolah rendah, lebih selamat yang berjahit.
ReplyDelete