Aku Anak Felda


Haah ni aku anak Felda je. Abah aku peneroka Felda. Bermula dari mengusahakan sawah bendang di kampung pastu abah berhijrah ke tanah Felda mencari rezeki untuk keluarga. Hidup di bendang tak seindah mana tapi alhamdulillah dengan hasil sawah bendang jugaklah Abah menyara anak-anak dan isteri yang satu. Abah belajar tak tinggi. Darjah empat dah kena berhenti sebab perlu tolong keluarga. Perlu bantu ibu danayah untuk sara adik-adik yang lain. Kesian Abah tapi Abah tak menyerah. Abah terus usaha.

Rezeki Abah tertulis untuk ke Felda. Abah bergolok bergadai untuk bawa Mak, abang long dan juga aku untuk merasa hidup di Felda. Usia aku baru 3 bulan masa Abah bawa kami ke Felda. Bukan juga mudah hidup di Felda. Sawit masih kecil tmasa tu. Ditambah pulak perlu hidup dalam 'KONG' (aku kurang pasti istilah ini).. Jenuh berkais-kais untuk mencari sesuap nasi demi memastikan kelangsungan hidup Mak, abang long dan juga aku. Mak dan Abah ke kebun setiap hari. Abah kait sawit.. Mak angkut tandan sawit guna kereta sorong. Sampai kematu tangan Mak :( 





Kami membesar dengan hasil sawit. Iye, kami anak Felda. Hidup dengan makan dari hasil sawit.

Mak bertugas sebagai financial assistant. Menteri kewangan Abah. Berlari ke dapur pun Mak, jenuh gosok basuh kain baju pun Mak jugak. Segalanya Mak yang tolong siapkan untuk Abah dan kami.

Waktu awal penempatan di Felda takde mesin basuh. Dapur gas jangan mimpi. Mak basuh baju guna berus. Tenyeh dan gosok semua daki. Nak memasak kena guna hembusan yang kuat untuk nyalakan kayu api. Mak dan Abah sangat tabah. 

5 september 1991 aku dapat adik lelaki. Mak dan abah namakan dia MUHAMMAD SOFIAN. Pian kini dah 20 tahun. Menimba ilmu di METC Subang. Semoga Pian berjaya.

Adik lelaki bongsu aku MUHAMMAD SHAHIDAN AIMAN baru tamat UPSR. Perjalanannya masih jauh. Semoga keputusannya nanti memberi senyuman di bibir Abah dan Mak sepertimana Pia memberikan 5A dulu.. Abang Long sudah ada isteri dan satu hero. Si spiderman RAFFAEL ZAFUAN satu-satunya hero abang long. Kakak ipar sudah keguguran 2 kali.. usaha lagi.. insyaAllah rezeki menanti =)
Kini Mak dan Abah mampu mengukir senyum. Tak perlu lagi tenyeh baju. Tak perlu lagi berperang dengan kerengga yang bertaburan bersama serpihan buah relai. Tak perlu lagi terbatuk-batuk meniup untuk menghidupkan api. Mak cuma perlu petik dapur gas dan teruskan usaha menghasilkan juadah enak untuk ABAH,ABANG LONG,KAK SHA,RAFFAEL,AKU,PIAN dan AIMAN.





InsyaAllah, KAMI takkan biarkan lagi Abah terbongkok-bongkok mengait sawit. KAMI takkan biarkan lagi Mak tertunduk-tunduk menolak kereta sorong. percayalah Mkak, Abah : jasamu tak ternilai.

KAMI membesar dengan hasil sawit. InsyaAllah KAMI akan terus berikan senyuman pada Mak dan Abah.KAMI takkan lupa jasa MAK dan ABAH. Terima kasih Mak dan Abah :)



62 Lovenote(S):

  1. jasa ibu bapa sangat besar nilai..
    tidak dapat di ukur
    tidak mampu terbalas oleh kita

    ReplyDelete
  2. =]
    besnye bace..
    bangga mak dan ayah ada anak-anak yg begini
    alhamdulillahhh
    semoga mak ayah sihat selalu hendaknye kan?

    ReplyDelete
  3. saya anak felda jugeee...=))
    kenangan susah payah memang takleh lupa. semua tu jadikan kita tabah dan bersemangat untuk ubah cara hidup..

    ReplyDelete
  4. terharu mas baca ;') kite kn sama felda besout =)

    ReplyDelete
  5. nice entry ana. betul2 sentuh hati saya. pastikan ibu dan abah awak nyer jasa dibalas. senang je. bagi dorang gembira. itu pun bagi dorang dah cukup bermakna.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  6. pasti ada keindahan yang menanti..berushalah

    ReplyDelete
  7. abah pun anak felda..terima kasih pd arwah ayah dan pada mak abah..abah membesar hasil drpd sawit..

    ReplyDelete
  8. mmg besar pengorbanan ibu bapa kita kan..rasa mmg x terbalas apa yg die org korban kan...lapa plak tgk sate hehe

    ReplyDelete
  9. makan satay tue..
    mmg sedap la kat kjg tue.hehe

    ReplyDelete
  10. msti mak dgn abah bangga..alhamdulillah ^_^

    ReplyDelete
  11. alah anak apa pun tak apa. asalkan kita buat kebaikan, bukan kejahatan. iye dak?

    ReplyDelete
  12. saya terharu baca even i'm not ur parents anamizu.
    aww... u make me cry la!
    hehe

    ReplyDelete
  13. yes kita anak felda membesar dengan hasil sawit..alhamdulilah felda kita sekarang boleh dikatakan semua peneroka hanya senyum :) hasil titik peluh sekian lama akhirnya berjaya :) anak2 felda semakin cermerlang..

    paling bes kan cik ana..felda kita lubuk ikan!! ^_^

    ReplyDelete
  14. kejayaan anak2, kebanggaan emak ayah. sayangi mereka melebihi nyawa sendiri :)

    dill.

    ReplyDelete
  15. nmpak sate tu tetiba rasa mcm nak makan sate lakk huhuhu

    ReplyDelete
  16. rindu pulak kat mak ayah kat kampung


    My Latest Entry: Mood melayani Drama Melayu..

    ReplyDelete
  17. entry yang sangat menarik ar kak,,,huhuh,,terkenang dekat mak ayah,,terima kasih kak,,sebab entry ni :)

    ReplyDelete
  18. pengorbanan ibu bapa tak ternilai kn bersusah payah mencari duit untuk membesrkan anak2

    ReplyDelete
  19. semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah. aminnn :)

    ReplyDelete
  20. kite bukan anak felda. tapi kite budak kg yg sama membesar dgn hasil sawit. sampai sekarang itu salah satu sumber rezeki.


    syg mak abah. ;)

    ReplyDelete
  21. Abg Bear pun anak felda... makan hasil sawit... kadang hati parah tengok anak zaman moden geli tengok minyak sawit, lebih suka guna minyak sayuran maksud kesihatan... tapi apa bolah buat, semakin anak anak bijak semakin bijak pulak mencari sebab melupakan sejarah susah payah dahulu

    ReplyDelete
  22. suka dengan semangat kamu :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. jaga mak abah ye. :-)

    ReplyDelete
  24. sayangilah mereka selagi masih hidup... bila dah takde nanti, mesti terasa sepi jek hidup ni...

    ReplyDelete
  25. saya baru2 ni g umah kawan saya di felda..huhu 1st tyme masuk felda :)

    ReplyDelete
  26. Salam kenal juga..

    Jasa ibu dan ayah tiada bandingannya.. jadi selagi kita hidup cuba laa utk bahagiakan mereka..yer.. :)

    ReplyDelete
  27. Soo Sweet ..
    Semoga kita semua menjadi anak soleh/soleha. Jasa mereka memang tiada tandingan

    ReplyDelete
  28. terharunye era bace kisah cik ana nie.. huk huk huk :'(

    ReplyDelete
  29. Follow sini...

    http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. meremang reroma baca ni..igt pengorbanan ibu yg mmbesarkan kami.. dialah ibu.. dia lah bapa :')

    tahniah... :)

    ReplyDelete
  31. Sangat terharu tatkala membaca entryni apatah lagi Usop pun seorang anak FELDA.. ;)

    Masih ingat lagi dulu main bakar² dan makan biji sawit.

    Jasa emak dan ayah memang besar, cuma sayangnya RAMAI yang tak nampak jasa mereka.

    ReplyDelete
  32. mesti terharu gile kalo mak ayah cik ana bace neh

    betul tu, skrg masa kite balas jasa mereka kan

    ReplyDelete
  33. sampai suatu masa...giliran anak2 pula jaga mak ayah

    ReplyDelete
  34. Bila sampai masanya jangan buat tidak tahu akan tanggung jawap yg harus di langsaikan...insyaallah.

    ReplyDelete
  35. tak kisah lah anak apa pun, yang penting jangan lupa balas jasa ibu ayah... :)

    ReplyDelete
  36. sayangi laa parents msg2.. :) btw , sate kajang mmg sedapp kan.. hahaha !

    ReplyDelete
  37. Tak de salahnya mencari rezeki halal. Tak de hinanya menjadi anak Felda. Rezeki yang penuh barakah itulah yang membentuk anak menjadi orang berguna, insyaAllah. Dah terbukti pun kaaaan.

    ReplyDelete
  38. nohorom!!!!! punya femes blog ang..hahahahaha...steady r kak bulan depan angkat ipong 4s r..hahaha

    ReplyDelete
  39. Hoho... Bukak2 je nampak makanan :D Laporrr...

    ReplyDelete
  40. bangga dapat kawan gini... sejuk hati aku weh....

    kim salam kat mak abah ye.. :D

    nyum2.. kuah haji samuri tu sgt sedap!

    ReplyDelete
  41. sedih bila terkenang2 cerita lalu....org kampung...heeeee

    ReplyDelete
  42. belom pior lagi tuh...bukan lahir kat felda...aku baru betol2 pior.beranak kat felda.huhu...nak menang gak...

    ReplyDelete
  43. jasa ibu dan bapa tak dapat dihitung.. kita ni jgn sesekali melupakan ibu bapa kita.. fuh!! suka entry ni..:D

    ReplyDelete
  44. sangat2 tersentuh bila mmbacanya...mmg patut sme ank2 membalas jasa kedua org tua...

    ReplyDelete
  45. oooO Felda Besaut ye, 27/11 ni ada spupu nak menyerang ke sana dengan rombongan bertunang.

    Tak tau lagi la pegi ke tak sbb isteri dlm pantang he he..

    ReplyDelete
  46. Aku anak felda! hehe.. lama x singgah blog awak...

    ReplyDelete
  47. saya pun anak felda..bila tengok wajah mak ayah, mesti terbayang-bayang kepayahan diorang waktu nak mulakan hidup di felda. Saya tak mengalami zaman tu tapi saya boleh paham perasaan diorang.tapi hari ini, ayah n mak boleh tersenyum lega melihat hasil dari penat lelah diorang selama nie..alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  48. Saya pun anak peneroka FELDA.Membesar bawah pokok getah FELDA. Kalau hari tak sekolah, ikut mak dan abah masuk ladang, sambil bawa penapis nak sauk ikan. Main dengan lembu dan nyamuk.
    Bila kenang balik, mmg bikin nangis. Hidup susah, tapi bahagia. Semua tu terbalas bila mak dan abah kita boleh besarkan kita sampai masuk universiti dan jadi manusia.

    Bila dengar lagu Fynn Jamal- Biar, banjir air mata!
    Pengorbanan mak abah tak ada wang ringgit boleh bayar!

    ReplyDelete
  49. Bertuah badan dapat merasa menjadi warga FELDA.
    Dan beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang tahu mengenang jasa.
    Pengorbanan ayah dan ibu memang tiada tolok bandingnya.

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu