Jagung Bubur Dan Biskut Petak

07 June 15 Comments



Menu petang ada jagung lebih dalam peti ais & kita jadikan dia bubur jagung.

Mak suka makan bubur jagung macam dengan sagu banyak-banyak.

Abah pula suka makan dengan roti putih gardenia dicarik-carik campak masuk dalam mangkuk tu.

Bong pula tak suka makan bubur atau kuih yang manis-manis.

Kakak dia pula suka makan bubur jagung ditambah biskut atau roti petak.

Menambah 2-3 mangkuk makan macam tu, kena azan di telinga baru berhenti hehehe



Jejari Ayam Kentang

06 June 8 Comments

 



Ini semua disebabkan Bong sedang dalam usaha mengawal pengambilan kalori dan gula.

Sebolehnya semua Bong minta Kakak dia ni tolong buat sendiri 'home made'.

Bong teringin nak makan nugget / jejari kentang tapi taknak beli yang dah siap frozen tu.

Jadi gigihkan seorang Kakak dia rebuskan kentang dan isi ayam dan bahan-bahan lain.

Siang tak sempat nak buatlah sebab sibuk kerja.

Balik dari kerja barulah sempat bersilat di dapur sementara selesaikan urusan hal lain.

Buat ni waktu malam tenang sikit sebab cuaca kurang panas berbanding siang.

Menggentel lah si Kakak tolong siapkan stock chicken potato nugget si Bong ni hehehe


Japanese + Korean Chicken

06 June 9 Comments

Ini semua permintaan Bong & Abang pada Bong (Sofian = Ayah Adik Kakak)

Diorang ni bila dapat berkumpul, segala macam menu dimintaknya.

Tapi Kakak ok je asalkan bila dah buat tu makan kasi licinnnnn hehehe

Selalunya Korean Chicken kan? Ini kenapa pulak Japanese Korean Chicken?

Sebenarnya ada nak tambah Omurai (Telur Dadar Cair) tapi Bong taknak.

Jadi tak nampaklah Japanese kat situ kehkehkehkeh






 

Jabatan Pertanian : Geran Agroprenuer Muda (GAM)

06 June 3 Comments

 









Bermula Suku Kedua Tahun 2022 haritu, permohonan Geran Agroprenuer Muda (GAM) telah dibuka untuk semua warganegara berusia 18 hingga 40 tahun.

Apa sahaja perusahaan terutama pertanian seperti penanaman, penternakan, perikanan dan industri asas tani layak membuat permohonan.

Geran yang dijanjikan adalah sebanyak 20 ribu (dalam bentuk pembiayaan dari segi peralatan & pembangunan industri). 

Ini peluang anak muda! 



Juadah Itik Masak Lemak Cili Api

05 June 12 Comments

 

Orang lain bersesak dalam jemmm sempena Cuti YDPA baru-baru ni.

Aku bersesak di dapur saja memandangkan adik beradik balik berkumpul hehe.

Ayah si Adik Kakak peminat daging itik.

Dibelinya itik 2 ekor dan request minta buat salai masak lemak cili api.

Kami yang lain kurang pandai makan daging itik.

Kalau telur itik pandailah makan hehehe


Jala Brownies Coklat

04 June 9 Comments

Hari Jumaat memang selalunya jadi pilihan Bong bawa sesuatu menu untuk rakan sekerja dia.
Dan selalunya Bong yang bagi menu apa yang dia nak bawa.
Ada masa Bong bagitahu awal dan dapatlah sediakan bahan yang sebaiknya.
Kalau Bong terlambat bagi menu, jadi Bong redho apa saja menu yang muncul hehehe
Alhamdulillah Jumaat minggu lepas, dapat sediakan Roti Jala Brownies Coklat.
Dapatlah Bong bawa 2 box untuk kongsi rezeki dengan kawan-kawan dia.Kawan Bong tanya nanti kakak kau open order tak sebab nak order.Bergantunglah andai waktu tu ada kelapangan, inshaAllah kita terima order hehe

********************************************************

Macam biasa masih lagi teruskan tugasan menyediakan bekal untuk Bong setiap hari.

Bong masih lagi kekalkan momentum untuk menjaga kalori pengambilan makanan.


Menu Bekal Bong setiap hari wajib ada dada ayam, sayur dan buah-buahan.

Bong lebih suka menu wrap atau sandwich sebab lebih mudah cepat untuk makan.

Maklumlah tempat kerja memang mengejar waktu dan terhad waktu rehatnya.

Tak boleh nak berleha-leha waktu rehat.



Jimbaria Rumah Opah

04 June 5 Comments


Cuti sekolah datang lagi dan bermakna masa untuk berjimba ria di rumah opah!
Adik & Kakak memang paling seronok balik kampung sebab boleh berendam.
Kolam sekangkang kera aje yang ada ye sebab pocket Acik Ana belum cukup tebal hehe


 Ayah si adik kakak request nak makan nasi tomato. 

Memang seronok sangat bila ada yang minta menu jenis macam ni.

Semua lengkap dalam satu hidangan. 

Senang kerja tak perlu bersilat lama di dapur tu hehehe