Online Video Rotator

Bebaru ni aku didatangi (tudia skemanya rasa ayat) oleh seorang cikgu tadika (bukan cikgu tadika yang selalu datang bawak anak murid dia belajar komputer kat ofis aku ni) Ni cikgu dari tadika kawasan jajahan kampung sebelah.

Dia datang ofis aku pastu mintak bantuan kat aku cemana nak combine video yang dia record kat fon untuk jadikan 1 video panjang terus. Bila aku dah tolong tunjukkan cara untuk transfer video dari henfon dia tu masuk ke komputer pastu aku ingatkan bolehlah terus combine kan aje. 

Rupanya tidak seperti yang aku angankan. Tak semudah itu. Dah la masa dia datang tu waktu tu lah jugak ramaaaaaaai pulak customer datang waktu yang sama. Masa tu lah jugak semuanya perlu dibantu macam-macam. Semput gak aku mulanya tu. Sana sini dok panggil.

Aku terpaksa handle ofis sesorang bermula 1 September haritu disebabkan partner kerja aku TERbersalin awal (baby pra-matang) masa subuh 31 Ogos kat Hospital Kuala Lumpur. So bermulanya September aritu maka bermulalah jugak timeline kerja berseorangan bagi aku. Semuanya aku kena handle sorang compare sebelum ni kami berdua handle sesama.

Bila dah terpaksa kerja sesorang, segala masalah aku kena telan sesoranglah sebab takde dah lagi sebelah sayap T__T . 


Untuk kes cikgu tadika yang datang mintak tolong tu,




video-video yang dia rekod dalam henfon dia tu semuanya di rekod secara menegak (sebab dia guna fon masa rekod tu so dia tak sedar). Bila dah transfer masuk komputer, semua video tu jadi 90° counterclockwise. Terpaksa sengetkan kepala or worst kena sengetkan skrin komputer tu hahaha! Demmmmmm aku ingat boleh terus je tunjuk cara untuk combine video tu kat cikgu tu. Nampaknye kenalah aku tulung tunjuk cemana untuk rotate video yang senget tu dulu.

Aku ni apa masalah je semuanya aku Google kan aje. Pedulikkkkkk hape aku asalkan aku jumpe cara nak setelkan masalah tu. Boleh percaya ke tak boleh percaya ke tu belakang citer. Yang penting aku cuba dulu.

Untuk kes cikgu ni, aku google punya google, pastu aku jumpalah 'Online Video Rotator' kat laman web dia ni.


Sipbaikla masa ni speed internet kat ofis aku bedesup jugak perginye. Mudahlah aku tulung cikgu tu haplod untuk rotate video-video die tu semua. RotateVideo[dot]org ni mudah guna dia sebab user friendly. Tak melecehkan.


Step 1 : Choose file.
Step 2 : Output format.
Step 3 : Rotation direction.
Step 4 : Encoding.
Step 5 : Klik Start button.

LIMA step ni je pastu nanti terus akan keluar link video yang dah siap di rotate. Pastu boleh klik link tu untuk donwload terus.

Aku tak pernah hadapi masalah video rekod senget sebelum ni sebab tu aku gigih dok google cara untuk rotate video. Pada hal mungkin ada je software mudah lain yang lagi double triple mudah daripada ni. Ade ke weyh?




24 comments:

  1. wahh, dlm kesibukan kerja pon sempat tolong buat video, siap tolong rotate lagi., gigihnya cikgu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jadi gigih Wak. pikirkan pahala aje kikiki =P

      Delete
  2. Sebab tak selalu berurusan dgn video, jadi tak pernah jumpa masalah camni.
    hehehe..
    But next time kalau ada, rasanya dah tau dah dekat mana nak cari website yg boleh rotate video...hehehe
    Thanks Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ni dah jadi tempat aduan rakyat dorang dah kalo nak bat video2 ni smua wlaupon pd hal aku pon bukan reti buat video2 ni hehehe

      next time hang dah tau dah la hehe

      Delete
  3. ezy xtau pape psl ni.. haha..

    rekod video je reti.. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe ezy next time nti dah taw la dah kan hahaha

      Delete
  4. Saya jarang buat video tapi kalau lepas ni ada masalah bolehlah pergi website ni lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Farah next time kalo ada mslh video TERrekod senget, bolehlah try benda ni hehe

      Delete
  5. Bagus entri ni...aku ni pun kadang2 tak perasaan kalau aku rekod video menegak. Dah habis rekod, baru tahu video tu menegak. Hampeh betul....Nasib baik kau bagitahu ni. Boleh la lepas ni aku convert semua melintang balik.

    So, kalau aku nak tgk video yg ditransfer dari phone aku lepas ni, tak payah la nak kena dirikan laptop aku macam dirikan buku. Hahaha....

    [img]https://lettershometoyou.files.wordpress.com/2008/09/sony-vaio-laptop-keyboard-drying-in-sun-with-coffee.jpg[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buang coding gambar ke?

      Delete
    2. kalo rekod guna fon selalunye mmg tak sedar nanti video tu jadi senget. bila dah transfer dalam kmputer baru tahu nanti hehehe

      oit bapakkkk arrr besar gamar tu hahaha

      Delete
    3. oit sorry bro ley ada problem sket dgn coding bergambar tu (masa aku edit2 blog aritu ada split sikit. aku baru perasan bila hang tegur dah remove coding ke)

      aku dah repair dah. now its back yeahhh~ hehehe

      Delete
    4. Hahaha..sorry la, masa aku google search kecik je gambar dia...tak tau pulak gambar sebenar besar gila...hahaha...kalau boleh edit komen, aku dah tukar gambar lain dah...hehehe...

      Delete
  6. Tak pernah alami masalah video senget ni. hehehe. apa2 pun tips yang menarik.
    klik umobile utk akak :)

    ReplyDelete
  7. Adobe premier pro, adobe after effect and paling basic ada kat semua laptop/pc windows movie maker.. boleh rotate video yang kita nak rotate.. tabah la upload ke tenet.. kalau tenet mcm siput nyorok tido bawah meja dah..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Pengetahuan baharu ni..
    Mana tau satu masa nnti diperlukan..
    Thank you anamizu utk ilmu ini.. ;-)

    ReplyDelete
  9. Superwoman betul, macam macam buat dalam satu masa :)

    ReplyDelete
  10. selama ni nak edit video ke apa dah pikir awal2 jangan record menegak hahaha tkda masalah tu lg

    ReplyDelete
  11. Baru tahu ada online video rotator. Senanglah kalau senget2, leh adjust. Taklah teleng kepala ;)

    ReplyDelete
  12. oh, selama ni tak pernah pula dengar pasal online video rotator. hahaha. maybe sebab jarang rakam pakai hp kot

    ReplyDelete
  13. woaaaa dulu kalo tngk video salah amek terus delete.. sayangnya.. okay skrang dah tahu..
    CT nak bukak link tu nak save =)

    ReplyDelete
  14. jarang buat video...insya allah kalu buat boleh refer site ni

    ReplyDelete
  15. waaa..nasib baik leh rotate....kalau x mau senget kepala nk tgk video...hehehe

    ReplyDelete