Beberapa waktu yang lalu, aku pernah kongsikan tentang Al-Kisah Nenas yang mana aku ditugaskan ke Department Projek Pembangunan Peneroka (PPP) Felda dan aku sepenuh masa berada di kawasan tapak projek nenas.
Dannnnn setelah beberapa purnama bergelumang dengan nenas, aku dikembalikan semula di bawah jabatan Komunikasi & Digital (bagai sireh pulang ke gagang)
Makanya, setelah dikembalikan semula, banyaaaaaaaaaak program tertunda yang perlu diselesaikan.
Antaranya program bersama dengan para peniaga offline dan online (fokus utama pada wanita).
Dengan kerjasama Seketeriat Usahawan Peniaga Perak (STEP)
Dalam waktu yang sama juga, terlibat secara tak langsung dengan pasukan COMBI singkatan dari Communication For Behavioural Impact yang mana dilaksanakan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sedikit perkongsian berkenaan COMBI : setiap pasukan perlu memastikan laporan akhir semua lengkap dengan segala syarat yang diminta termasuklah aktiviti berkenaan 3R, kempen kesihatan, hasil inovasi dari bahan terpakai & juga hebahan promosi secara optimum di saluran media sosial.
dan alhamdulillah dengan beberapa cabaran dan dugaan pasukan kami berjaya meraih Johan di Peringkat Negeri Perak yahooooo!
Selain tu, ada juga program-program terbaru diperkenalkan dengan kerjasama MARA antaranya MAHIR Jahit difokuskan pada jahitan baju wanita (baju kurung moden, baju kurung pesak, jahitan tudung dua lapis & beberapa jahitan lain seperti Tote Bag dan sarung bantal)
Selain tu juga turut diselitkan MAHIR Masak yang terbahagi pada beberapa sub topik antaranya pembuatan minuman cafe, masakan western, bakery dan pastry.
Kursus-kursus ni semua dijalankan sepenuhnya secara atas talian (secara online) dan para peserta perlu hadir ke Pusat Maklumat berhampiran untuk sesi kelas online & pengesahan kehadiran.
Kursus ini semua mengambil masa 5-6 bulan dan para peserta perlu melakukan beberapa tugasan dan perlu hantar tugasan tersebut melalui link yang diberikan untuk dinilai sebelum akan diberi sijil dan goodies pada sesi akhirrrrrrrrrrrrrrrr kursus nanti.
Bukan untuk para wanita saja, turut diadakan juga aktiviti khusus untuk anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah antaranya Kursus Usahawan Kanak-Kanak (Usahawan Kidventure).
Program Usahawan Kanak-Kanak ini juga mengambil masa antara 5-6 bulan dan ada juga beberapa tugasan yang anak-anak perlu lakukan untuk penilaian kursus.
***************************************************************
Tu semua antara program-program yang aku perlu selesaikan dengan berbaki lagi beberapa hari untuk tiba ke garisan penamat untuk sesi tahun 2025.
Semua program ni adalah PERCUMAAAAAAAA tanpa ada sebarang bayaran dikenakan!
Semua aktiviti adalah PERCUMAAAAAAAAAAAAA tanpa perlu bayar sebarang yuran!
Dah lah dapat join percuma.
Segala mesin jahit & peralatan masak disediakan.
Hanya perlu bawa bahan masakan & fabrik untuk jahitan saja.
Pada sesi akhir kursus nanti akan dapat sijil & cenderamata tanda penghargaan.
Dan jika terpilih, akan ada sesi pertandingan untuk dinobatkan sebagai Icon Masak & Icon Jahit.
Semuanya PERCUMAAAAAAAAAAAA saja!
Nikmat apa lagi yang kau dustakan?
Bersyukur hidup di bumi Malaysia kan?

.png)
.png)
.png)


.png)
.png)

Wah sibuk dengan pelbagai program akhir tahun ni kan ANA, alhamdulillah menjadi coretan perjalanan kehidupan Ana yang penuh keceriaan..
ReplyDeletewahhhh untung arrrr
ReplyDeletesapa tak join tuuuu mmg rugi laaa
dah laa percuma
byk pula tu ilmu dan kemahiran yg diperoleh
Meriahnya.... best tang ada belajar masak, kelas macam2,. teringinnya belajar buat baju sendiri
ReplyDeleteWah..meriah..betul..banyak aktiviti percuma, nak tak nak je.. kak Linda ni nak je, tapi belum jumpa lagi yg boleh Ngan masa kita cuti...
ReplyDeleteTahniah untuk menang tempat pertama tu..hebat lah
Mcm sama je KPI kita ni ana... dpt peruntukan pastu kena laksanakan pgrm² percuma utk komuniti nanti kena trace pulak kemenjadian peserta... hehehe... faham.. mmg sibuk, sibuk nak 'belanja' duit 1 hal, sibuk dgn kursus 1 hal, sibuk dgn laporan 1 hal... hahaha... syukurlah dah closing, tgu next year lg, kita belanja lagi
ReplyDeleteBestnya program macam ni..kalau ada kat area kak SA, boleh gak nak join..especially buat cookies ke masak apa2
ReplyDeleteBanyaknya program tu. Seronok boleh belajar masak dan menjahit.
ReplyDelete