Just For You

11 July 10 Comments

 


Dikurniakan sahabat & orang sekeliling yang baik-baik juga satu rezeki.

3 helai tudung pemberian daripada Faizah, Kak Zaleha & Kak Zila.

Moga Allah mewahkan rezeki kalian sahabat semua.

Moga Allah permudahkan juga segala urusan semua asbab kebaikan kita pada orang sekeliling.

Tetaplah menabur budi, walau di mana kita berada, InshaAllah akan ada manisnya nanti ;)



Jenguk Pulasan

11 July 8 Comments


 


Cuci mata jenguk-jenguk pokok pulasan. Apa khabarlah dia.

Nampak macam meriah berbuah musim kalini.

Mungkin dalam sebulan dua lagi cukup tempoh matangnya tu.

Selalunya berperang dengan monyet, tupai, kelawar & musang buah.

Moga ada rezekilah untuk merasa nanti.




Jaga Diri

10 July 10 Comments

 


Pinjam gambar daripada Facebook Mama Hana. 

Kalau Kakak Bong tulis nota macam ni pada bekal Bong,

mesti esok tu Bong dah taknak bawa bekal hehehe


Just For You

10 July 0 Comments

Dikurniakan sahabat & orang sekeliling yang baik-baik juga satu rezeki.

3 helai tudung pemberian daripada Faizah, Kak Zaleha & Kak Zila.

Moga Allah mewahkan rezeki kalian sahabat semua.

Moga Allah permudahkan juga segala urusan semua asbab kebaikan kita pada orang sekeliling.

Tetaplah menabur budi, walau kita berada, InshaAllah akan manisnya nanti ;)




 

Jari Rajin : Bebola Daging

10 July 12 Comments

 




Masa ada kerajinan datang memang rajin nak buat bebola daging ni.

Kalau mood rajin tak datang, takdelah muncul bebola homemade yinii hehehe

Almaklumlah ini salah satu kegemaran Bong.

Waktu hujan cuaca sejuk-sejuk memang syahdu menghirup kuah sup bakso pedas manjahh hehe



Jangan Ambil Barang Orang

09 July 11 Comments

 



Kes berkenaan dua orang kanak-kanak berbuih mulut kerana termakan racun tikus.

Racun Tikus tu diletak & dicampur dengan keropok.

Keropok tu pulak digantung di pagar-pagar kawasan kebun rumah jiran tu.

Dua kanak-kanak tu ternampak keropok tu & ambil makan.

Berbuih mulut disebabkan termakan keropok yang dicampur racun tikus tu.

Sekarang ni Atok kepada kanak-kanak tu berkeras untuk saman jiran tu.

Entahlah nak salahkan jiran pun tak boleh, sebab kejadian tu berlaku dalam kawasan kebun hak dia.

Bukannya dia saja-saja bagi keropok tu pada kanak-kanak tu.

Naya jugaklah hal ni jadi kes polis sebab dah mengancam nyawa.

Silap haribulan nanti ibu bapa kanak-kanak yang dituduh cuai / pengabaian kanak-kanak.

Moga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.



Jodoh Awal Muharram

09 July 9 Comments

 


Menghadiri jemputan Walimatul'urus Sis Efa sahabat ex schoolmate di Selatan Perak.
Cantik dengan busana biru lembut, Sis Efa selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Moga Sis Efa diberi kesabaran, kebahagiaan & kekal hingga jannah aminn~


Dan kemudian mengahadiri satu lagi jemputan Sis Sahariza & En.Syed.

Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.


Juadah kenduri macam biasa ada ayam masak merah, gulai daging & nenas ikan masin.

Ada juga laksa pelbagai kuih muih yang lain, tapi aku tak ambil sebab tangki kecik hehe




Jalan Fun Walk Felda

07 July 11 Comments

 






Harini 07.07.2024 diadakan Program Fun Walk 5KM sempena dengan Sambutan Hari Peneroka yang diadakan pada 07 Julai pada setiap tahun.

Fun Walk 5KM 07.07 ini berlangsung serentak di Felda masing-masing dan menjadi 1 pencapaian dalam Malaysia Book Of Record. 

Program bermula seawal jam 6.45 pagi semua peserta berkumpul di perkarangan kawasan masjid dan bergerak ke arah Dewan Semaibakti untuk dimulakan dengan sesi warmimg up.

Aku dan rakan-rakan lain terlibat sama pada sesi label laluan, pembelian & packaging hadiah untuk sesi cabutan bertuah dan juga dekorasi.

Program Fun Walk Felda ini adalah pertama kali diadakan selama setelah hampir 40-50 tahun pembukaan Tanah Rancangan Felda oleh ayahanda kepada Dato Najib iaitu Tun Abdul Razak.

Ramai generasi muda dpaat turut serta disebabkan diadakan pada hari Ahad (cuti umum sempena Awal Muharram pada negeri-negeri tertentu) dan esok sambung cuti ganti hehehe


Jala Pandan Wadai Kipeng

05 July 9 Comments

 



Orang Banjar sebut Wadai Kipeng (sebab berkeping-keping kot).
Wadai Kipeng ni makanan orang-orang lama kaum Banjar terutamanya.
Selalunya orang dulu-dulu makan Wadai Kipeng ni waktu ada majlis macam kenduri kahwin.
Dimakan dengan roti putih di carik-carik dan cicah ke dalam kuah Wadai Kipeng tu.

Tapi zaman sekarang dah upgred sikit.
Abah & Mak memang tiap kali ada musim durian, mesti akan request Roti Jala.
Haritu Abah request nak makan Roti Jala Klasik Kuning Diraja makan dengan serawa durian.
Kalini Mak request nak makan Roti Jala Pandan dengan Wadai Kipeng.

Aku dah pernah kongsikan Resepi Wadai Kipeng dulu.
Dan disebabkan dulu Sis Anies kata kaler hijo dari KL boleh nampak,
kalini kita kurangkan sikit warna hijo tu, kita guna pure pati daun pandan je hehe.

Orang KL tak nampak sgt kan? hahahaha

Kita berbagi kat MakLang sebelah rumah.
Dengan MakSu sebelah rumah & Makcik Busu rumah sebelah sinun.
Nanti ada rezeki pannjang umur, kita bagi sahabat blog rasa hehehe


Jejari Wanita

05 July 10 Comments


Betul tak ini jejari wanita (Ladie's Fingers) ? hehehe

Ada certain country sebut sebagai Okra kan? 

Alah orang Jowo ngomong Brendy eh Bendi hehehe

Resepi Bendi Celur Ala Chicken Rice Shop.

Celur sekejap kemudian terus angkat masuk air ais sekejap.

Toskan dan chop kan bawang putih & udang kering.

Tumiskan garing dan masukkan cili paste untuk tumis.

Atau gantikan dengan chili flakes pun boleh juga.

Masuk kicap cair sikit & lepas garing siramkan atas jejari wanita itu.

Semudah ABCDE sajo kan? Menu bermalasan namanya hehehe

Helok untuk lutut katanya jejari wanita yiniiii (pelincir lutut).