Oyen Oh Yeah Petshop

15 October 8 Comments

 


Pasti ramai pencinta kuncing atau paling tidak pun ada membela sekor dua Si Bulus di rumah. Apa diorang sebut 'Bibik & Tuan' (Si Bulus adalah tuan dan si tuan adalah Bibik sebab kena jadi tukang cuci poo poo si Bulus hehehe)





Tempat ni memang heaven untuk Bibik membeli belah barang keperluan si Bulus. Rambang mata masuk kedai Oyen Oh Yeah ni. Ada di Batu Caves dan ada juga di cawangan Gombak dan Wangsa Maju. Segala mak nenek untuk Si Bulus ada bermula dari dry dan wet food, suppliment / vitamin dan lain-lain lagi.

Atau kalau jauh, boleh juga order saja di shopee pee peee peee Oyen OhYeah

Tak rugi melabur pada si Bulus. Tumpang tambah pahala ye dak?

Omak Nak Keladi!

13 October 9 Comments

 


Orang lain dah lama kena gatal miang keladi ni. Aku pun sebenarnya dah lama cuci mata tengok macam-macam pesen pokok keladi lalu lalang tapi ku tahannnnnn jebat sebab memandangkan ada yang kata sesetengah pokok keladi ni leceh sikit penjagaan dia. Tapi ada juga yang kata agak mudah asal cukup air dan baja sudah memadai.



Tapi memandangkan mak aku meluahkan rasa teringin dia nak dapatkan sepokok dua keladi artificial atau senang cerita mak nak pokok keladi yang tiruan aje. Lebih mudah nak urus. Tak perlu siram, tak perlu baja kehkehkeh

Hujung minggu haritu aku pun ambil keputusan bawa mak cuci mata ke pekan kampar dan lepas tu saja pusing jauh meronda pulak ke pekan teluk intan. Lepas dah selesai cuci mata di sekitar Kampar dan Teluk Intan & masa menghala pulang tu mak kata ajak meronda sekitar pekan.

Dua tiga kedai juga dah masuk tapi belum menepati apa yang mak nak cari.

Rupanya mak ada dengar dari Geng Mesyuarat Tingkap dia yang ada kedai bunga buat sale jualan pokok keladi tiruan. Memang tak lepaskan peluanglah bila sampai je kedai tu rupanya banyak yang dah sold out. 

Ramai betul peminat pokok keladi walaupun yang tiruan ni rupanya. Mak aku pun terus sambar dua ketul pokok keladi yang ada warna merah-merah dan yang takda merah. 

Pasu dan kaki pasu tu gunakan je mana yang ada kat rumah. Lain kali baru pikir beli lain. Cantik juga walaupun hanya keladi tiruan. Sejuk jugalah mata memandang sudut nampak kehijauan kemerahan. Takpe mak lain kali kita beli lagi tapi itupun kalau masih ada hehehe

Mak kata tolonglah tengok-tengokkan di Shopee pokok keladi yang lain pula.

Engkorang terkena miang keladi ke belum? 


Orang Meminjam Buat-Buat Lupa

12 October 5 Comments

 


Dah selalu kita dengar situasi bilamana orang yang meminjam hujungnya minta tangguh untuk bayar semula atau lebih teruk lagi buat-buat lupa yang dia dah berhutang.

Ada pernah jadi pada kawan aku sendiri.

Dia pernah bantu pinjamkan duit pada kawan dia tapi yang meminjam tu seronok je pergi jalan sana sini tanpa bayar semula duit yang dah pernah dipinjam. Amboiiiiii amboiiiii apa ingat orang yang dah bagi pinjam tu bank hang ke?


Aku pinjam screenshot ni daripada facebook salah sorang sahabat. Dia share daripada slah satu group yang dia join. Manusia ni memang selalu lupa daratan. Masa susah bukan main manissssss lagi berjanji nanti dapat gaji nak bayar semula tapi hujung-hujung nanti orang yang bagi pinjam / bagi hutang tu pulak yang terpaksa menuntut semula dah macam dia yang menagih simpati. 

Moga dijauhkanlah sifat berhutang tapi lambat bayar ni ye.

Jangan sampai kena santau pulak sebab tak bayar hutang member! hehehe

Oloh Olohh Olohh Bakpo Gini?

11 October 7 Comments

 


Mood rajin baru nak datang dah muncul masalah lain pulak alahaiiiiiiiii halohhhh halohhhh halohhhhh huk alohhhh bakpo jadi gini pulok?




Kita ada je update blog tapi kat list kawan-kawan nampak gaya last updated hanya 1 week ago. Dulu dulu dah pernah jadi masalah tak terindeks pada list kawan-kawan macam ni jugak tapi tak lama lepas tu jadi helok semula.

Ini kali kita cuba biarkan dulu tengok dia nak ada perubahan ke tidak.


Opss! Aktiviti KerasTangan

11 October 15 Comments

Hai engkorang semua! Moga semua sihat hendaknya. Maaf lama tenggelam di lautan dalam hehehe. Tapi nampak gaya sikit-sikit berenang-renang kembali ke daratan kehkehkeh

Semenjak dua tiga menjak ni, aku mula terjebak dengan benda ni. 

Benda ni sebenarnya datangnya dari luar negara (China terutamanya sebab memang kilangnya di sana) dan dah merebak ke segenap pelosok dunia gittewww

Benda ni dikenali sebagai 'cream  glue' ataupun gam krim. Dan kalau tengok video-video penghasilan seni daripada Cream Glue ni dia seakan-akan krim yang buat kek tu tapi yang ni versi tak boleh dimakan.



Dan pasangan kepada Cream Glue tu pulak adalah benda ni yang disebut sebagai 'Charms' dan charms ni jugak dia direka dengan pelbagai bentuk macam gula-gula, lollipop, botol dan pelbagai bentuk lagi menyerupai bentuk yang sebenar tapi ia juga tak boleh dimakan.


Apabila Cream Glue dan Charms tu digabungkan maka ia boleh menghasilkan pelbagai hasil seni yang cantik dan antaranya kita boleh dekorasi photo frame yang lama tu supaya naik semula serinya hehehe



Dan bila tangan semakin gatal dan datang kerajinan, maka habislah segala photo frame yang ada tu kita bersihkan dan make-up dia cantik-cantikkkkkk! 

Ada banyak lagi benda lain kita boleh buat dengan Cream Glue dan juga Charms sebenarnya.
Tunggu kerajinan akan datang lagi nanti kita tengok apa benda lain yang boleh kita buat hehehe

Sampai Setahun,Kemana Menghilang?

29 September 9 Comments

 




Last updated 07 September 2021

Dan dah lepas 07 September 2022


Terima kasih kengkawan yang selalu sudi bertanya khabar & sudi tinggalkan doa di ruang komen & email. Engkorang semua memang istimewa kerana walaupun hanya kenal di blog tapi lain maciammmm ukhwahnya :)


Moga engkorang semua sihat hendaknya.

Banyak perkara yang jadi.

Banyak benda nak dikongsi.

Aku akan balas jejak engkorang yang sudi ke sini :)


Sambungan Kisah Ayah Operate Mata | Part 3

07 September 6 Comments

 


Hai sahabat semua. Setelah lama menyepi, kini aku kembali dengan sambungan kisah Ayah Operate Mata Part 3 setelah melalui Part 1 & Part 2

Semuanya bercampur.

Ayah masuk wad : 13 April 2021 (Selasa)

Pembedahan : 14 April 2021 (10.30 pagi-12.30 tgh hari Rabu)

Masih di wad : 14 April 2021 (tengah hari hingga malam)

Esoknya : 15 April 2021 (3.30 petang Khamis)

Setelah selesai proses operate petang 15 April tu dibenarkan keluar wad tetapi perlu hadir lagi rawatan pada 20 April 2021.

Aku hampir terlupa pada 20 April tu aku perlu menjawab Peperiksaan Online SPA pada jam 2.00 petang. Bila sudah melibatkan kesihatan keluarga terutama kedua ayah & ibu, aku hampir terlupa segala perkara lain. Sesi Peperiksaan Online tu pun nyaris aku terlepas tapi Kakak Ipar call dan tolong ingatkan maka sempatlah juga jawab tapi tetap tak boleh fokus mengenangkan kesihatan Mata Ayah T____T

Sementara Ayah masih di dalam bilik pemeriksaan bersama doktor, aku teruskan sesi menjawab soalan peperiksaan online SPA. Dan setelah satu jam lebih penantian, akhirnya Ayah keluar dan bagitahu bahawa perlu datang lagi pada 22 April 2021 pula kerana doktor maklumkan kemungkinan perlu hadir sesi pagi sebab doktor perlu lakukan proses jahitan kecil dalam mata Ayah. Allahuakbar T_____T

******************************



 

Dan sekali lagi pada 22 April 2021 seawal jam 6.50 pagi kami gerak dari rumah kerana jarak rumah untuk ke Hospital Teluk Intan 1 jam lebih kurang kalau takda masalah apa-apa dan temujanji Ayah perlu ada di sana jam 8.00 pagi.

Setibanya kami di Hospital Teluk Intan di bahagian Pakar Mata, Ayah perlu didaftarkan & perlu tunggu giliran untuk dipanggil pemeriksaan keadaan semasa kesihatan (kencing manis, darah tinggi dan sebagainya). Lama juga ambil masa untuk tunggu giliran Ayah. 


Sementara tunggu  giliran Ayah , aku ajak ibu untuk rehat dulu tapi memandangkan April 2021 masih dalam tempoh Kawalan Pergerakan PKP yang ketat (semua hotel belum dibuka pada awam) jadi, ibu ajak stanby bawa segala kerusi malas, tikar, bantal untuk rehat. 

Aku tak sanggup tinggalkan ibu sorang diri rumah disebabkan ibu baru saja selesai minor operation pada kaki kiri disebabkan ada bisul tumbuh agak dalam dan berlubang. 

Maklumlah di kawasan Hospital tempat duduk agak terhad & perlu utamakan pada golongan yang lebih memerlukan. Jadi, ibu kata takpelah kita pusing kawasan hospital dan cari pokok untuk rehat sementara menantikan keputusan Ayah dalam pemeriksaan doktor.

Aku angkut sekali segala laptop sebab sepanjang tempoh April 2021 adalah sesi Work From Home (yang bermakna on call 24 jam mengalahkan menteri pasola kikikikiki )

Maka berkampunglah aku & ibu di bawah pohon cemara bertemankan angin sepoi bahasa gitteewwwww. 

Tak berapa lama selepas itu, Ayah call & beritahu yang doktor minta waris untuk pergi buat pendaftaran di kaunter kecemasan untuk proses kemasukan ke wad & urusan operation jahit dalam mata Ayah T___T 

Ibu kelamkabut minta aku cepat-cepat pergi uruskan Ayah & Ibu kata takpe tinggalkan je Ibu menunggu di bawah pepohoh cemara tu lekasssssss katanya.

Dalam keberatan hati, aku gagahkan juga melangkah untuk uruskan Ayah T___T
(Dalam tempoh Covid, hanya seorang waris sahaja dibenarkan untuk buat urusan yang diminta pihak hospital. Maka aku terpaksa tinggalkan ibu di bawah sementara aku urusnkan hal ayah di atas)

******************************

Bergegaslah aku uruskan pendaftaran kemasukan ke wad & doktor terus tolak Ayah masuk ke wad bedah mata. Ibu pesan supaya terus je tunggu di katil wad mata. 

Tapi aku risaukan Ibu di bawah pepohon tu sorang-sorang.
Waktu itu, hanya Allah saja yang tahu betapa susahnya hati aku.
Risau memikirkan Ibu di bawah sorang diri & keadaan angin agak kuat.
Gusar memikirkan Ayah juga kerana perlu dijahit dalam mata T__T


Dan selepas satu jam lebih Ayah di dalam wad bedah, akhirnya nurse muncul bawa Ayah dalam keadaan separuh sedar & minta agar aku bertenang dulu kerana doktor perlu memantau keadaan Ayah dan belum boleh terus pulang begitu saja.

Aku menanti dengan penuh debaran. Dan selepas 40 minit penantian akhirnya Ayah mula sedar . Nurse dan doktor hadir untuk melihat lagi keadaan Ayah dan syukur doktor benarkan Ayah pulang tetapi dengan syarat perlu hadir lagi pada 08 Jun 2021.

Bersambung ke Bulan Jun 2021 ----

******************************

Dan kisah Operate Mata Ayah bersambung lagi masuk ke Bulan Jun 2021.

08 Jun 2021 : Perlu hadir lagi berjumpa Pakar Mata.

Kali ini, doktor sah kan perlu keluarkan semula benang jahitan dalam mata Ayah T___T

Aku redho & hanya berdoa moga dipermudahkan urusan Ayah.
 


Alhamdulillah proses keluarkan benang jahitan dalam mata Ayah berjalan lancar & setelah satu jam lebih urusan selesai. Aku terus bawa tapaw makanan sebab masih belum boleh makan di dalam premis. 

Tapi Ayah masih perlu hadir berjumpa Pakar Mata pada 07 Julai 2021.


******************************

Seterusnya Kisah Operate Mata Ayah bersambung lagi ke Bulan Julai 2021.



Pagi 07.07.2021 seawal jam 8.00 pagi aku perlu bawa Ibu & Ayah pergi Vaksin Dos Pertama dulu di PPV Feldajaya Trolak Sungkai dan selesai vaksin terus menghala pula ke temujanji Pakar Mata di Hospital Teluk Intan.

Urusan Ayah bersama Pakar Mata belum berakhir di situ kerana perlu hadir lagi pada 22 Julai 2021 & juga pada 13 Ogos 2021. 

Dan semasa sesi berjumpa pakar mata 13 Ogos 2021, doktor maklumkan bahawa kencing manis sudah mula mengganggu saraf di bahagian mata Ayah. Allahuakbar T____T 

Aku mohon doa dari sahabat semua moga kesihatan Ayah terus berada pada tahap baik sahaja hendaknya. Aku tak kuat untuk sebarang kemungkinan yang berlaku T_____T

*Ramai sahabat & kenalan yang dikabarkan dijangkiti Positiv Covid-19 tanpa diketahui punca dari mana. Aku doakan moga dipermudahkan segala urusan semua & moga cepat sihat semua ahli keluarga aminnnnnnnnnnnn


Ayah Operation Mata | Part 2

23 April 10 Comments

 


Sambungan kisah Ayah Operation Mata 

Doktor maklumkan kalau takda apa-apa yang serius, lepas pembedahan pagi, waktu petang dah boleh keluar wad dan balik rumah. Tapi... tak semudah yang disangka.

Pada 13 April 2021 (Hari Pertama Ramadhan), jam 9.00 pagi dah kena ada di Hospital Teluk Intan. 

Nurse beritahu pada aku sebagai waris disebabkan adik beradik lain tak dapat balik rentas negeri jadi aku perlu selesaikan segala urusan.

Dari Bangunan Klinik Pakar Mata Hospital tu, aku perlu pergi ke Kaunter Pendaftaran & Kemasukan Wad di Bangunan Kecemasan yang berada boleh tahan jauhhhhhnya. Jadi , serupa ber-explorace lah aku waktu tu.

Dengan tangan kanan bimbit raga (dalam raga tu ada flusk berserta air masak, flusk beserta air teh tanpa gula dan beberapa ubat Ayah).

Ibu minta bawakan segala bekalan tu sebab nanti kalau Ayah ditahan di wad dan kalau terjaga waktu malam, takde siapa yang dapat nak bantu Ayah untuk ambilkan air dan sebagainya. 

Memang makan minum disediakan tapi ada jadual tertentu lah baru makan minum dihantar. Jadi untuk pastikan Ayah tak susah dan tak jauh untuk tuang air nanti, Ibu pesan minta bawak siap-siap segala bekalan satu raga.

Maka bermarathonlah aku dari Bangunan Pakar Mata, menuju ke Kaunter Bangunan Kecemasan untuk pendaftaran kemasukan wad dan selepas daftar kena terus pergi Bangunan Wad di bahagian belakangggggggggggg sekali dan perlu naik ke Wad 1C yang berada di Tingkat 1. 

Fuhhhhhhh terasa mencabar di kala berpuasa kena usung segala raga penuh barang dan 3.0 liter air untuk bekalan Ayah sepanjang di wad nanti.

Adik-beradik yang lain hanya dapat tahu perkembangan melalui whatsapp group family je disebabkan tak dibenarkan rentas negeri. Sedih pilu usah dikenanglah kalau dah melibatkan urusan kesihatan ni. Bergenang air mata masing-masing :( 

Kemasukan 13 April 2021 pada Hari Pertama Ramadhan tapi sebelum nak masuk ke wad tu nurse perlu check segala tekanan darah, jantung, kandungan gula dalam darah dan juga swab test Covid.

Swab Test Covid tu diambil 10.30 pagi macam tu dan kami perlu tunggu anggaran 3-4 jam baru akan dapat tahu keputusan sama ada positive atau negative. 

Sebab pernah berlaku katanya ada sesi pembedahan mata tapi masa tu takda buat Swab Test Covid , tiba-tiba rupanya dapat tahu pesakit berkenaan positive Covid. Dah kes naya.

Jadi bermula dari situ, semua pesakit yang akan dimasukkan ke wad perlu menjalani Swab Test Covid dulu.

Daripada jam 10.30 pagi tu kami perlu tunggu, dan pada jam 2.00 petang baru dihubungi pihak hospital status Ayah - Negative dan dibenarkan masuk ke wad.

Dah sakit pinggang duduk menunggu 3-4 jam tu akhirnya bila dah dapat katil, terus bagi ayah rehat.

***********************************************

Aku tak dapat stay tunggu ayah di hospital sebab Mak tak dibenarkan ikut naik ke dalam wad sebab hanya SEORANG WARIS sahaja dibenarkan untuk berada atau bermalam tunggu pesakit. Sepanjang masa aku buat urusan ayah di dalam wad, aku terpaksa tinggalkan mak duduk di kerusi kat kawasan bawah. Kesian sakit satu badan mak sebab terpaksa tunggu dari pagi sampai petang.

Jadi, aku ambil keputusan untuk balik dengan mak.
Esoknya pagi baru aku dengan mak bertolak semula pergi ke hospital.
Masa aku sampai kat wad esoknya tu, ayah tengah tido sebab dah selamat proses pembedahan tukar lensa implan mata kanan.


Doktor ada bagitahu, kalau takda apa-apa masalah, petang dah boleh keluar dari wad  tapi bila aku sampai esoknya tu, doktor maklumkan :


-Selaput di mata ayah agak tebal 

-Masa pembedahan berlaku pendarahan lebih


Jadi, doktor ambil keputusan untuk masih perlu ayah tinggal di wad lagi satu hari. Aku pandang muka ayah, nampak air muka ayah kurang seronok. 

Yelah sesiapa pun mesti tak seronok bila terpaksa ditahan lagi wad (dah lah tak dapat nak teman tunggu ayah) , ayah pulak risau pada mak sebab tiap kali aku datang, Mak tak dibenarkan ikut masuk ke wad dan perlu tunggu di bawah je.

Aku pulak perlu jadi 'kuat' dan perlu jadi penguat semangat untuk Ayah dan Mak. Aku faham isi hati Mak & Ayah betapa bermacam-macamnya perkara yang berlegar dalam fikiran diorang.

-Rindu anak memantu cucu

-Risau pada kesihatan diri

-Mak risau pada Ayah

-Ayah risau pada Mak

Semuanya bercampur.

Ayah masuk wad : 13 April 2021 (Selasa)

Pembedahan : 14 April 2021 (10.30 pagi-12.30 tgh hari Rabu)

Masih di wad : 14 April 2021 (tengah hari hingga malam)

Esoknya : 15 April 2021 (3.30 petang Khamis)

Bila petang 15 April tu doktor maklumkan pada aku, ayah dibenarkan keluar wad , betapa cerianya muka ayah. Aku pun cepat-cepat explorace berkejaran turun naik bangunan selesaikan bayaran dan pergi ke kaunter farmasi ubat ape segala dan terus angkut raga (bakul) ,flusk air dan beg baju ayah dan terus drive balik. 

Letih usah dikenanglah.

Dan ayah perlu datang semula pada 20 April 2021 (Selasa jam 2.00 petang) untuk temujanji seterusnya bersama Pakar Mata untuk pemantauan keadaan mata ayah.

*Ada sambungan lagi


Ayah Operation Mata

20 April 6 Comments

 

Hai Salam Ramadhan semua. Pertamanya mohon maaf lama tak lawat blog kawan-kawan. Update last haritu Menjelang Akhir Mac ----

Diuji dengan kesihatan ibu.

Dan kesihatan aku juga.

Masuk April, diuji dengan kesihatan Ayah pula.

Kisahnya bermula pada akhir September 2020 bilamana doktor sah kan mata kanan Ayah mengalami selaput. Dan keadaan selaput semakin tebal menjelang sehari ke sehari.

Maklumlah kekangan kewangan, aku tak terdaya nak selesaikan di Hospital Swasta.

Jadi perlu bawa Ayah berulang ke Pakar Mata di Hospital Teluk Intan Perak.

Bulan bertambah bulan dan kadar penglihatan mata kanan ayah semakin buruk.

Hinggalah menjelang akhir Mac 2021, doktor ambil keputusan untuk arahkan Ayah dibawa ke Pakar Mata Hospital Teluk Intan untuk pengesahan kondisi sama ada dapat dibuat pembedahan dalam masa terdekat atau perlu tunggu lagi.

Dalam pada perlu berulang bawa cuci luka di kaki ibu, aku perlu susun jadual untuk bawa ayah berjumpa Pakar Mata di Hospital Teluk Intan.

Dalam masa yang sama, aku perlu pastikan jadual kerja masih dipenuhi.

***********************************

Klinik Pakar Mata Hospital Teluk Intan

30 Mac 2021 - Doktor tetapkan ayah perlu hadir berjumpa Pakar Mata untuk check keadaan kadar tekanan darah, degupan jantung dan kandungan gula dalam darah sama ada stabil atau tidak.

Temujanji ayah pada jam 9.00 pagi. Jarak untuk pergi ke hospital 55KM jadi perlu bertolak awal untuk pastikan sampai awal. 

Salah satu cabaran di Hospital adalah - NAK CARI TEMPAT PARKING. 
Susah gila nak dapat parking yang agak tak jauh dengan tempat kita perlu pergi tu. 
Aku usahakan juga drop dulu ayah di ruang drop off dan kemudian baru cari parking.

Masa pergi tu aku bawa ibu sekali sebab tak yakin nak tinggalkan ibu sorang-sorang di rumah.
Biarlah ibu & ayah ada dengan aku sekali if anything bad happened at least ada dengan aku.
Temujanji jam 9.00 pagi dan bila sampai tu mak aihhhhhhh padat gilerrrr orang yang tunggu giliran!
Kerusi yang disediakan pun tak mampu nak menampung jumlah pesakit yang hadir untuk temujanji.
Sampaikan terpaksa duduk bertenggek pada sisi-sisi longkang disebabkan yang hadir semua dah berusia emas. 
Nasib baik ada remaja berbangsa india yang murah hati bagi peluang pada Ayah untuk duduk di kerusi.
Lama juga tunggu giliran untuk masuk.
Jam 11.30 baru selesai urusan check ayah.
Dan doktor berikan surat untuk pembedahan Lensa Implant pada :
13 April (Hari Pertama Puasa : Daftar Masuk Wad)
14 April (Tarikh Pembedahan Mata Kanan)

Doktor maklumkan kalau takda apa-apa yang serius, lepas pembedahan pagi, waktu petang dah boleh keluar wad dan balik rumah. Tapi...

*Nanti aku sambung


Menjelang Akhir Mac

31 March 8 Comments

 

Hai moga engkorang semua sihat hendaknya. Maaf macam agak lama tak muncul disebabkan ada beberapa perkara berlaku serentak dalam menjelang akhir Mac 2021 kalini.

Pertama nya kami diberi tugasan last minit untuk teruskan dengan Program Digital Awareness (ini merupakan edisi ketiga Pertandingan Digital yang pasukan kami jalankan bermula dari tahun lepas.)

Pada mulanya ingatkan tak jadi buat sebab ada beberapa halangan dari segi kelulusan bajet program dan sebagainya , tapi rupa-rupanya bila 10 Mac awal pagi, kami semua dah digegar dalam Whatsapp Group Pasukan bahawasanya program digital ni perlu diteruskan. Maka kelam kabutlah kami siapkan segala poster pertandingan & pembelian segala hadiah. Musim PKP tak boleh rentas merentas ni terasa susahnya lah hai. Dah lah hanya ada masa 10 hari saja untuk promosi, pembelian segala hadiah, penghantaran penyertaan dan tamat pada 20 Mac . Adehhhh menduga sungguhlah T___T

Lepas tu pulak, aku ni bertugas secara solo sekarang ni disebabkan rakan sekerja aku sudah selamat melahirkan baby girl pada 14 Mac. Jadi, segala persiapan semua aku perlu selesaikan sendiri. Terkapai-kapai jugak tangan serupa sotong (ini kali kelima aku bertugas secara solo disebabkan rakan sekerja sudah bertukar LIMA ORANG dan kelima-lima bersalin semasa dekat-dekat nak program) huhuhu


Keduanya --- diberi ujian pada hari yang sama rakan sekerja aku bersalin (14 Mac), kaki ibu aku pulak ada tumbuh bisul di jari kelingking sebelah kiri. Bisul ni pulak mula bagi sakit-sakit pada 14 Mac dah jam 11.00 malam, jadi ibu aku pun tahan dulu sebab ingatkan sakit biasa je.

Siang esok tu dah tak boleh tahan, sakit katanya jadi aku yang bertugas seorang, terpaksa maklumkan pada pihak atasan bahawa aku perlu off di waktu pagi untuk bawa ibu aku ke klinik disebabkan adik-beradik yang lain berada si Selangor dan tak dapat rentas negeri. 

Bergegaslah aku bawa ibu pergi ke klinik swasta di Pekan Slim River Perak. Bila doktor check, tengok-tengok dah mula ada nanah dan disahkan bisul tapi takda 'mata' (doktor sebut sebagai Perecut). Jadi doktor perlu cungkil untuk keluarkan akar yang ada di dalam tu supaya dapat pastikan tak berjangkit atau merebak.. Meleleh air mata ibu menahan sakit waktu tu sebab doktor kata tak boleh bius sebab khuatir nanti akan jadi bengkak pada tissu jari kaki tu.. Sakitnya hanya Allah yang tahu T____T 

Dan bermula 14 Mac tu jugak, setiap pagi aku perlu bawa ibu untuk sesi cuci luka bisul (berlubang --doktor cungkil buang segala nanah) dan perlu check bacaan gula dan tekanan darah setiap pagi hingga ke harini masih lagi perlu bawa rawatan susulan. Mohon doakan ibu cepat sembuh. Aku tak kuat bila tengok air mata ibu keluar menahan sakit waktu cuci tu T___T


Walaupun setiap pagi aku perlu bawa ibu pergi rawatan cuci luka akibat bisul dan check bacaan gula serta tekanan darah, aku tetap perlu selesaikan tanggungjawab kerja hakiki aku iaitu selepas selesai Program Digital yang berakhir dengan sesi FB Live Pengumuman Pemenang dan Cabutan Bertuah di FB Page Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua pada 20 Mac, tibalah masa untuk aku perlu pos segala hadiah yang dimenangi. Syukur alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan tugas untuk kalini walaupun pelbagai rintangan pancaroba datang . Moga selamat tiba lah semua hadiah pada pemenang.


Keempatnya aku perlu selesaikan sesi Kursus Pendek Tugasan Tingaktan 1 -- untuk sesi yang ini, guru kelas dah booking slot masa awal bulan Mac lagi untuk kursus diadakan pada 24 Mac jam 3.00 petang. Jadi, mahu tak mahu, aku tetap perlu jalankan juga walaupun segalanya perlu uruskan secara lone ranger. Alhamdulillah juga sesi kursus pendek ni berlangsung lancar dari mula hingga habis. 


Dan akhirnyaaaaa tadaaaaaaa selepas bertungkus lumus berkejaran selesaikan pelbagai urusan tanpa rehat, Allah nak bagi aku pulak rehat. 26 Mac 2021 ---- masa awal pagi aku bawa rutin check up & cuci luka kaki ibu, aku rasa macam bergoyang pemandangan (masa tu hidung dah mula ketat & tekak  terasa perit).Masa tu konon-konon pimpin ibu untuk nak keluar dari bilik rawatan doktor tapi last-last ibu yang pimpin tangan aku sebab risau aku tumbang hahaha~  Untuk sementara waktu, masa tunggu giliran ambil ubat ibu di kaunter, dengan aku sekali dapat ubat dan doktor pesan perlu rehat dan stop fikir segala kerja buat sementara waktu. Sebab overdose kerja non stop dan tak cukup rehat katanya.. Alamak ini yang susah hati ni sebab banyak lagi kerja dan report perlu diselesaikan. Mohon doa sahabat semua moga ibu dan aku segera sembuh sihat semula ya.

Jaga kesihatan juga sahabat semua ya :) 

Movies Opening ! Bermula 05 Mac 2021

05 March 15 Comments

 


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak FINAS Malaysia, keputusan tersebut dibuat merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media.



”Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlis keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata kenyataan tersebut.

 

Perkara ini disambut baik oleh pengguna media sosial, dan bagi pawagam juga, mereka begitu teruja untuk menerima kehadiran pengunjung setelah sekian lama tidak beroperasi.

Senarai Pawagam Yang Dibuka

Secara umumnya, semua pawagam dibenarkan beroperasi kecuali mungkin beberapa pawagam yang tidak dapat dibuka atas sebab tertentu.

Berikut adalah antara senarai pawagam yang akan dibuka mulai 5 Mac 2021:



SOP pawagam juga telah dikemaskini bagi pengunjung.

 

  • Menurut SOP tersebut, jika anda menonton bersama rakan atau sendirian, anda perlu membeli tiket di tempat duduk berwarna putih. (Single seat)
  • Manakala jika anda datang untuk menonton wayang bersama keluarga isi rumah yang sama, anda boleh membeli tempat duduk berwarna merah jambu. (Twin seats)



Yang penting apa pun kita lakukan, harus jaga SOP dan jaga kesihatan sebab kita masih belum menang. Wabak Covid masih berlegar sekeliling kita. Dah tak sanggup kalau ada PKP 3.0 pula nanti huhuhuhu


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

04 March 13 Comments

 


Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?

Selain menggunakan sistem gantian online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

đź“ŚGantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja

đź“ŚBayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)

đź“ŚHanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja

đź“ŚPusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja

đź“ŚTiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar

đź“ŚCaj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

 



Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

03-8000 8000


Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi?

03 March 12 Comments

 


Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca bil elektrik tinggi terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.



Tips Jimat Elektrik

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

 “Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

 “Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik tinggi dan melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.


Sumber : Bernama