Juling Biji Mata
anamizu
14 January
47 Comments
13 dan 14 Januari 2015 kamiorang diarahkan attend kursus pengendalian sistem dan jugak pengendalian website. Kursus bermula 13 Januari (Selasa) jam 9.30 pagi. Sebelum ni segalanya urusan harian, report bulanan dan jugak kewangan semuanya rekod dalam template excell yang diberi khas saja. Tapi benda tu jadi leceh la sebab takde satu special sistem yang boleh auto generate and auto calculate the total usage and total members hape segala.
Kena buat manually segalanya. Kira satu-satu pastu jenuh juling bijik mata. Bila selepas 4 tahun ni, segalanya diupgred dan segala rekod yang dedulu mana yang guna manual tu dah boleh diupdate semula menggunakan sistem baru yang diajar. Semuanya dah boleh link terus ke HQ. So no more submitting monthly report lepas ni sebabnye Bosses dah boleh monitor via the system saje.
Untuk part website pulak -- aku suka jugakla sebab templatenye guna worp press. Cuma pening sikitla sebab ada part kena hadap godek HTML coding untuk tambah data and info segala. Agak pening memula disitu tapi berjaya meredah onak dan duri dah buat masa ni.Hoyeaahhh~
Untuk hari pertama, start dari jam 9.30 pagi sampailah 6.30 petang.Phewww naik berpinor bijik mata! =D Masa kursus ni tak dapat nak tido pon sebabnya kamiorang hanya ada 18 orang staff saje yang terlibat memandangkan site yang terlibat hanya 9 sites (2 staff for each site). Boleh la nak lelap mata kejap tu pun untungla kalo Boss tak perasan engko tido kehkehkeh