Meningkat Usia
anamizu
18 May
32 Comments
Jumaat lepas kawan-kawan sekerja aku buat majlis makan-makan. Ini perkara biasa yang kami memang buat setiap bulan. Hari yang kami pilih selalunya adalah Jumaat waktu lunch hour (12 hingga 2 petang).
Slot itu je yang kami (staff perempuan) dapat berkumpul (sebab kami bertugas di site yang berbeza) dan waktu tu je rehat agak panjang. Yelah staff lelaki kena pergi solat Jumaat. Jadi waktu itu kami gunakan sebaiknya untuk pastikan aktiviti makan-makan ini berjalan lancar.
Kebetulan Mei ni bulan kelahiran aku. Tak sangka pulak kawan-kawan aku planning ada kek segala. Kami bincang untuk makan ala-ala kampung je sebab lauk utamanya ikan keli bakar , air asam , ulaman, sambal belacan, kepah masak masam manis, masak lemak daging salai dan ada jugak ikan pekasam.
Terima kasehlah sahabat-sahabat aku ni yang tak kedekut dan susah payah planning untuk majlis makan-makan kalini. Kek ni pulak Mama Ayish sponsor. Siap suruh aku teka lagi apa jenis kek ni kat dalamnya. Rupanya it is rainbow cake! 7 layer engko!!! Homaiiiiii mekaseh Mama Ayish!!!
Besday aku sama dengan sahabat blogger Plain83. Satu-satunya sahabat maya yang sama besday dengan aku setakat ni hehehe. Semoga semua orang dikurniakan kebahagiaan dan keindahan setiap hari. Aminnnnn :)