Sebak Rasanya


September. Aku diuji seawal ujung Ogos.
Mak demam. Muntah-muntah..
Berlarutan seminggu..
Jamah nasi, muntah.
Air seteguk ditelan, sebaldi dimuntahkan--
Aku dan abah buntu.
Ke klinik sudah.
Ubat-ubatan sudah.
Hanya doa dan tawakal.
Alhamdulillah hari kelapan mak pulih.
Beransur pulih.




Lapan September.
Kali ni Abah. 
Athma --
sekian lama tak sesak nafas,
kali ni abah tewas.
Turun naik dada abah.
Nafas tersekat.
Sekali lagi aku diuji.
Satu-satunya puteri dalam keluarga--
Aku tak pedulikan apa.
Hanya hospital destinasi dalam kepala.


Mak Abah, 
Aku sayang mak dengan abah
seluruh jiwa raga

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon,
janganlah Kau ambil mereka
Selagi mana aku belom bahagiakan mereka--




22 comments:

  1. semua org sygkan mak ayah..hargai mereka selagi masih bernyawa..sy dh kehilangan kedua2nya

    ReplyDelete
  2. bertabahlah ya anamizu chan... ai pun pernah lalui jaga parents semasa mereka sakit, saya faham rasa sebak dan pilu yang awak lalui tu, banyak2 bersabar dan berdoa supaya mereka cepat sembuh, kuatkan semangat :)

    ReplyDelete
  3. semoga mak dan ayah anamizu kembali sihat ye..sy doakan supaya baik2 sahaja semuanya kan..amin :)

    ReplyDelete
  4. Saya kirim doa dari jauh.
    Bab bab keluarga, mak ayah ni, saya pun akan jadi emosi.
    Tiap2 malam menangis fikirkan mereka.
    Semoga Allah redha

    ReplyDelete
  5. Semoga awak tabah. Kuat ye. insyaAllah semuanya akan pulih :)

    ReplyDelete
  6. semoga mak ayah anamizu sihat walafiat hendaknya, dan dilindungi Allah sentiasa. amin.... bersyukurlah kita sebagai anak, diberi peluang dan masa untuk berbakti kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. semoga mak ayah anamizu cepat sembuh dan ini ujian untuk kamu sekeluarga pastinya ada hikmah setiap apa yang berlaku.. insyaAllah semoga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah

    ReplyDelete
  8. kuatkan semangat... semoga cepat sembuh aminnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  9. bersabar ye dear . .
    semoga mak dan ayah anamizu cepat sembuh
    Allah sedang menguji mu
    Hari dia turunkan hujan esok Dia hadiahkan pelangi untuk awak :)
    Insya'allah everything will be fine . .
    Percayalah perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita sangkakan . .
    Berdoa banyak-banyak k dear
    Keep strong

    ReplyDelete
  10. sabar yer... semoga mak dan ayah anamizu cepat sembuh.. kuatkan diri.. ujian tu dtg dalm pelbagai cara.. maka. bertabahlah..

    ReplyDelete
  11. sbar yerp .. setiap dugaan pasti ade himaknye ukeyh , yang penting kita mesti terima dgn ikhlas dan tabah.. kita semua buah kati mereka . " kasih ibu sampai ke syurga , kasih ayah selamanya " harap qie sabar ukeyh .. :) be smile

    ReplyDelete
  12. Sabar...berjuta hikmah menanti di belakang mu.

    ReplyDelete
  13. Berat mata memandang, berat lagi bahu awak yang memikul. Kami sebagai rakan blogger hanya mampu memberikan awak semangat untuk terus tabah dan sabar. Kerana Allah, sabarlah. Kesudahan yang baik bagi orang2 yang sabar. Awak jaga mereka dengan baik, tanpa awak sedar sebenarnya awak telah berbuat baik kepada mereka. Keep strong dear. Andai terasa lemah, berdoa pada Allah. Di sana ada sumber kekuatan buat awak. Insya'Allah~

    ReplyDelete
  14. Tabahlah wahai hati..
    Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

    1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
    2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
    3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
    4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

    Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

    Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

    Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)



    ReplyDelete
  15. sabar ye..teruskan berdoa , Allah itu Maha Mendengar..
    sy doakan semoga mak ayah awk cepat sembuh.. amin.

    ReplyDelete
  16. Sabar ye..Semoga terus tabah dan jangan lupa berdoa. Sesungguhnya Allah menduga hambaNya mengikut kemampuan seseorang hamba itu..I believe you are a strong lady, Anamizu :)

    ReplyDelete
  17. semoga diorg cepat sembuh k

    ReplyDelete
  18. sabar ye kak. tak pe akak kuat kan. :)

    ReplyDelete
  19. dugaan demi dugaan datang
    semoga tabah ye...

    ReplyDelete
  20. Allah duga sebab Dia tahu awak kuat..sabar ye

    ReplyDelete
  21. moga semakin membaik,,, amiin

    ReplyDelete
  22. so how ur parents cik ana??

    harap semuanya baik-baik aja.

    ibu bapa kita sendiri, tentu kite risau kan.

    be strong ok.

    love,
    S

    ReplyDelete