Mungkin Berhenti Di sini


Banyak perkara berlaku dua tiga menjak ni dan macam biasalah alasan cliche - busy sikit lately, tu pasal makin bersawang sana-sini.. Baru ada peluang menjenguk menulis sebaris dua. 

Throwback kesah kamiorang kena attend 2 hari kursus di Puncak Gunung Jerai, Kedah masa 10-11 Mei haritu. Kesahnye kamiorang (Team Kerja aku : 7 orang daripada site area Perak ni) kena drive sendiri untuk pergi mendaki naik ke puncak gunung tu. 

Kami semua 7 orang tu PEREMPUAN. Takde lagi dah LELAKI yang boleh diwakilkan untuk jadi leader selepas Ali (partner kerja aku sebelum ni) bertukar kerja. Kamiorang yang gegerls ni semua kena berdikari. Kena drive panjat sendiri ke gunung tu. 
Untuk tambah sedih lagi, kursus tu start pukul 9.00 pagi dan kamiorang yang gegerls ni pada mulanya disuruh bertolak pada subuh gajah untuk sampai sebelum jam 9.00 pagi tu. Waddehek ? Pleaseee la consider sikit. Masa mula tu aku memang nak melenting dah tapi ku tahan jebat =P

Sipbaiklah lepas sedikit 'perbincangan' , pihak atasan bagi greenlite untuk kamiorang gerak awal sehari so kamiorang gerak tengah hari 9 Mei lah memandangkan kursus tu start 10 Mei.

Aku jadi supir dan drive private jet aku si Bimbo [Plain suggest tukarkan je nama Bimbo jadi nama lain disebabkan beberapa tragedi yang berlaku sebelum ni. I will consider it Plain ;) ]

Jadinya, aku drive kereta aku(Pesona Manual) bawak lagi 3 orang member kerja naik dengan aku dan member sorang lagi drive kereta dia (Vios Auto) bawak lagi 2 orang member. Kami travel lah dua bijik kereta mendaki naik terus ke puncak Gunung Jerai tu.

Itu merupakan kali kedua aku jejak kaki ke sana. Sebelum tu dah pernah naik (attend kursus jugak) tapi masa tu zaman pemerintahan Encik Boss yang memang tak pernah kasi kamiorang terutama yang gegerls ni travel jauh sendiri. Encik Boss yang tolong drive sendiri bawakkan ke lokasi kursus.

Semenjak pemerintahan bertukar tangan ni, jangan mimpilah nak merasa yang indah-indah macam dulu T_____T 

Kursus ni melibatkan wakil seluruh negeri Perlis, Kedah, Penang dan Perak. 2 hari kursus tu memang hadap je lah segala sesi dalam seminar hall tu. Takde sempat nak explore hape benda langsung. Dengan aku pergi tu pon takde mood, ditambah pulak sistem room exchange roomate yang diorang tukar-tukar sesuka hati, lagi menambahkan sakit jiwa raga aku. 

Ditambah lagi dengan 10 sesi slot kursus untuk dua hari tu. Pada hal tak penting mana sangat pon kesepuluh-sepuluh slot tu. Pada aku yang betul-betul perlu di 'hightlight' kan cuma 2-3 slot je.

Dah la tiba-tiba sehari sebelum pergi, jadual kursus ditokok-tambah. Daripada takde slot outdoor aktiviti, tetiba buleh pulak ditambah. Dah la masa tu memang aku dengan team kerja aku dah bertolak tetiba boss dok forward email daripada Pihak Penganjur menyatakan ada pertambahan slot outdoor aktiviti (maknanya perlulah bawa proper attire yakni pakaian sukan). Macam haramm. Nak datang dari mana pakaian sukannya kalo kamiorang semua dah ada dalam kereta dan dah bertolak. Aku memang buat kering je. Peduliklah hape nak jadi, jadilah.

Member-member lain masing-masing muka cuak. Katanya nanti tak bawak, konfem boss bising bla bla bla... Aku malas nak pedulik. Lantakkan situ. Dah lah memang aku takde hati langsung nak attend kursus yang dah terang-terang tak penting mana pon.

Part kursus malas nak cerita. Tak best hape langsung. Sudahlah masa mula sampai, kamiorang dah cun dah select meja port tengah-tengah tetiba disuruh pindah ke meja paling belakaaaaaaaang sekali. Seminar Hall tu boleh tahan besar. Sudahlah memang hati dan jiwa tak rela, disuruh pulak pindah randah ke belakang, lepas tu asyik petik je :

"ok group yang belakang tu nanti make sure ada tanya soalan ye. kalau tidak siapla"

Ewahh kemain pulak engkau nak melantun-lantun. Masa orang dah duduk table tengah, engkau suruh pindah, bila dah duduk belakang jauh gila tu tetiba sedap je main petik-petik. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

Pastu penyudahnye, sesi outdoor aktiviti tu dibatalkan sebab slot sebelum tu bersama dengan pihak HQ dah ambik masa lama disebabkan banyak soalan-soalan yang diperdebatkan disebabkan ramai yang tak puas hati begitu begini.

SLOT OUTDOOR AKTIVITI dibatalkan. Pada hal semua orang dah diarahkan pakai pakaian sukan dah masa tu tetiba dibatalkan dan semuanya berakhir di situ. Nampak dak betapa tak sistematiknya pengurusan waktu? Sipbaik kamiorang (aku & team kerja aku) memang buat tak reti je pasal pakaian sukan. Kamiorang bedal je pakai jeans. Itu je yang ade pon.
Last-last, sesi bergambar je. Pastu terus je masing-masing gerak turun daripada Gunung Jerai tu dan balik.Itu je kesahnye. The End.

10 comments:

  1. Eeeee Jie pulak yang geram. kesiannya kak ana and the geng. huhu sabaq je lah dgn plan tak sistematik camtu huhuu

    ReplyDelete
  2. huish.....memang bikin panas hati kalau ikut program gini...terabur habis! huhuhu

    ReplyDelete
  3. aduhhh kak ana. siann akak. sedap je suruh pindah. lepas dah pindah dibahan pulak. T_T

    ReplyDelete
  4. Fuhfuhfuh mood rage betul... geramnyerrr ahh gua pun ada pernah lalui something like this dulu, dipaksa rela join satu 'bengkel' yang mcm takde manfaat pun dan agak membuang masa, plus pengurusan masa pun agak failed... gua paham ana, gua paham ketidak-puasan hatimu itu. Sabaq jer ler ana... huhuhu ( TT w TT )

    Btw, Happy Belated Birthday! Makan je aiskrim chocolate lepas tu sejuklah hati tu huhuhu X3

    ReplyDelete
  5. Hahaha.
    Apa nak buat, selalu je apa yang dirancang tak menjadi.
    Tapi at least boleh berjalan dan dapat naik Gunung Jerai. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. aktiviti outdoor lah paling best...dari dengar kursus...yang kadang-kadang tak faham pun apa penceramah cakap kan?

    ReplyDelete
  7. ehh duduk ja utara...gunung jerai pun tak sampai lagi huhu

    ReplyDelete
  8. Aku boleh dikatakan biasa dihantar ke kursus yang tiada kaitan.. Malas pun ada.. tapi yang best sal leh jalan2.. dalam jalan2 boleh claim.. cuma.. bertabahlah mendengar benda yang terkadang tak faham. haha

    ReplyDelete
  9. nak berkenalan ngan Bimbo boleh ;p

    ReplyDelete