Omaigod ! Siapa Menang Mesin Basuh ?


Hai engkorang. Maaf ye sibuk sikit dengan Program Siri Jelajah Karnival Hari Terbuka Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd. Macam yang aku ada cerita pada entry sebelum ini- 

Ada SEMBILAN LOKASI ke semuanya yang terlibat. 8 di Negeri Perak dan 1 di Negeri Kedah. Memandangkan tarikh program ada yang clash / bertindih antara satu dengan lain jadi ada lokasi yang tak dapat dihadiri.

Antara lokasi yang sempat aku turun padang dari mula sampai habis adalah :

1)Pusat Internet Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
2)Pusat Internet Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (lokasi sendiri)
3)Pusat Internet Felda Gunung Besout 4,Sungkai Perak
4)Pusat Internet Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
5)Pusat Internet Felda Sg Klah,Sungkai Perak
6)Pusat Internet Felda Trolak Utara,Sungkai,Perak
7)Pusat Internet Felda Sg Behrang,Slim River Perak

Lokasi yang tak dapat hadir :

8)Pusat Internet Felda Selama,Ijok Perak
9)Pusat Internet Felda Gunung Bongsu,Kedah

Dan di setiap lokasi ini, konsepnya adalah kupon RM 1.00 perlu dibeli untuk melayakkan pengunjung merasai sendiri permainan berkonsepkan sains di setiap booth pameran Fun STEM Booth (Science, Technology, Engineering, Mathematics) .

Di setiap kupon seringgit itu juga terdapat nombor bertuah bermula dari angka 001 - 2000 disebabkan jumlah target crowd yang hadir adalah dalam dua ribu pengunjung.

Dan aku sangat bersyukur kerana di Lokasi Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Besout 5, nombor yang tertera pada kupon di tangan aku rupa-rupanya ditakdirkan memenangi hadiah utama iaitu sebuah MESIN BASUH SEPARA AUTOMATIK JENAMA PENSONIC !

Aku sendiri pun tak sangka. Yelah dalam beribu kupon yang ada dalam balang kaca tu, ditakdirkan rezeki mesin basuh tu dapat kat aku. 

Aku kira ini adalah rezeki untuk mak aku memandangkan mesin basuh kat rumah tu memang tunggu masa je nak roboh dah hehehe. Dan mungkin jugak ini rezeki disebabkan aku belum sempat cuti sepanjang tempoh 2 minggu terkejar-kejar untuk setelkan event Karnival Siri Jelajah ni.

Betul lah orang selalu kata-
Rezeki tak pernah salah alamat.

Syukur Ya Allah. 
Saya menang mesin basuh !!!
kehkehkeh

20 comments:

  1. alhmadulillah..

    dapat rezeki yang terpijak

    ReplyDelete
  2. wowwww bestnye dpt mesin basuh!
    untungnyaaaaaa! i is jeles.. haha

    ReplyDelete
  3. wahhhh tahniah, bukan biasa-biasa tu menang mesin basuh .

    ReplyDelete
  4. Tahniah awak. Best dapat mesin basuh baru kan

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki tu ana :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah rezeki tu ana :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.
    Rezeki buat Ana kan mana nak sangka dalam beribu diri sendiri yang bertuah tu.

    ReplyDelete
  8. wahhh bukan biasa2 tu dapat mesin basuh terus 😂 alhamdulillah rezeki 😆

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah Ana.

    ReplyDelete
  10. wahhhh best nyaaa tahniah!

    ReplyDelete
  11. rezeki memang x pernah salah alamat! Tahniah!

    ReplyDelete
  12. Wah, bestnya.. tahniah..tahniah.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. perghhh dapat mesin basuh !!!

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah . tahniah . .
    Rezeki tak payah keluar duit beli mesin basuh baru . mesin basuh pun mahal bukan murah . . Hehehe :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
  16. woww, mesin basuh sekali dapat. Berbaloi tu. Aku je masih belum bertuah sbb setiap kali lucky draw mesti tak menang...

    ReplyDelete
  17. Huh..banyak betul program. Kalau nak guna trainner inform eh..hehe


    Www.safirulamar.com

    ReplyDelete
  18. tahniahhh..seronoknya dapat mesin basuh free :-)

    ReplyDelete
  19. jom join GA
    https://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html

    ReplyDelete