Tiba-tiba pengsan, rupa-rupanya ada darah beku dalam badan.
Tak mustahil. Ramai tak sedar : Blood Clot (Darah Beku bukan perkara kecil).
Ia boleh membawa kepada serangan jantung, strok, paru-paru berair (pulmonary embolism)
APA ITU BLOOD CLOT?
APA ITU DARAH BEKU?
Blood Clot ni berlaku apabila darah yang sepatutnya cair menjadi pekat dan membeku di salur darah. Jika bekuan ini bergerak dan menyumbat salur darah utama, boleh jadi sangat merbahaya.
APA PUNCANYA?
1.Kurang pergerakan / duduk terlalu lama.
- Contoh : Duduk terlalu lama dalam perjalanan jauh, kerja pejabat tanpa regangan.
2.Pengambilan gula dan kolesterol berlebihan.
- Gula rosakkan dinding salur darah, kolesterol buruk (LDL) mudah terkumpul --> bekuan terbentuk.
3.Dehidrasi (Kurang Air)
- Darah jadi pekat --> mudah beku
4.Obesiti
- Lemak berlebihan ganggu aliran darah.
5.Kesan ubat tertentu atau hormon tak stabil.
- Termasuk pil hormon, pil perancang dan selepas procedur pembedahan.
6.Genetik atau sejarah keluarga.
- Jika ada ahli keluarga pernah alami DVT (deep vein thrombosis) atau strok.
APA KITA BOLEH BUAT?
- Banyakkan minum air.
- Elakkan duduk terlalu lama.
- Aktifkan tubuh sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Jom amalkan hidup sihat.
Jangan tunggu serangan pertama, baru kita nak cari ikhtiar.
terima kasih untuk infonya ya.. ^^
ReplyDelete