Popia Nestum
Tart Cadbury (tapi tukar gunakan alfredo dark choc cube)
Nutella Pod (tukar juga gunakan Beryls chocolate)
Cornflakes Caramel
Disebabkan 1 hari sebelum Hari Raya baru dapat cuti, makanya kita marathon usaha siapkan beberapa jenis kuih / biskut raya seawal selepas waktu sahur.
Dimulakan dengan menggulung kulit-kulit popia.
Nasib baik juga hari akhir ramadhan tu suhu panasssss kaw kaw.
Jadi cepat jugalah kulit popia tu kering & lebih mudah digoreng.
Selesai Popia Nestum, terus sambung pula dengan Tart.
Dugaan juga bilamana body acuan taknak bagi kerjasama.
Terpaksalah tekan / picit guna acuan manual.
Untuk coklat tu aku & Bong gunakan Alfredo Cube Dark Choc.
Diteruskan dengan yang ketiga iaitu Nutella Pod.
Yang ni pun kami tukarkan Nutella dengan gunakan Berryls Dark Choc.
Aku nak buat saiz besar-besar nak cepat siap tapi Bong kata nak saiz kecil.
Lebih comel dan senang 1 kali masuk mulut je hilang kata Bong.
Dan yang terakhir Cornflake Caramel.
Bahan-bahan tak banyak & antara yang paling mudah.
Kami berjaya marathon siapkan 4 jenis ni sebelum menjelang maghrib akhir ramadhan.
Nak menyiapkannya terasa nak patah pinggang tapi makannya sekejapan saja licin!
Bong dah berzikir ajak repeat buat sebab kawan-kawan nak datang beraya katanya.
Nanti kita doa moga semangat kerajinan datang dulu ya Bong!

.png)

.png)
.png)

tart cadbury ada lg x? nak dtg beraya ni ;-)
ReplyDeleteTok..tok..tok..Kak SA nak beraya ni..tart cadbury tu ada lagi x?
ReplyDeletePenat tu marathon.. hari² terakhir puasa tu dah la panas lain macam
ReplyDeleteDatang sini makan tart Cadbury Ana. Hehe
ReplyDeleteMasya-Allah, kuat betul kome. Empat jenis kuih tu. Akak buat satu jenis saja pun udah rasa nak patah pinggang. 😂
ReplyDeleteAkak dah bagi salam... pintu pagar kunci 😁
ReplyDeleteSemua nya favorite kita tau tapi memang tiada ketabahan nak buat
ReplyDeleteLevel rajin & endurance tinggi ni ana & bong.. Akk nak buat kuih sejenis pun x lepas haha...
ReplyDeleteKami dah lama tak buat biskut raya, kalau beli pun, sebalang dua untuk kami makan di rumah. Kalau pergi beraya, tart nenas pilihan pertama.
ReplyDelete