Diterima Jadi Penaja | Segmen : Zaman Persekolahan


Segmen anjuran Cik Balqis. Ramai para sponsor terlibat dan aku salah sorang antara yang ramai tu.. Alhamdulillah penganjur sudi terima. Sebanyak 66 pemenang bakal terima hadiah-hadiah menarik ! Berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Disember 2014. Pemenang bakal diumumkan pada Januari 2015. Haaaa tunggu apa lagi? Moh kite !

 Klik banner untuk join 


1. Pilih satu nombor sahaja, iaitu antara nombor 1 hingga nombor 20.
2. Ceritakan serba sedikit berkaitan diri anda mengenai nombor yang anda pilih.
3. Gaya dan persembahan cerita anda terpulang pada anda sendiri, asalkan menarik perhatian pihak penganjur iaitu Cik Balqis.

    

    
Aku pilih karakter nombor 8 tu. Aku memang jenis suka bercakap. Tengokla nombor 8 tu sakan kemain dok sembang kencang dengan member sebelah. Bukan peduli dah jadi apa kat orang lain.. Aku dari zaman sekecik anak lagi dah memang jenis join segala aktiviti baik dari segi menyanyi, syarahan, pidato mahupun berkhemah pun aku tak ketinggalan. Dalam kelas dulu aku punya lokasi selalunya memang kat area belakang je. Tak suka dok depan-depan. Gengster la konon kot bila dapat dok belakang tu hehehe.. Tapi senakal² aku pon result aku maintain top 5 dalam kelas *angkat-angkat kening*  =P

Karakter aku jugak agak boyish masa zaman sekolah dedulu. Pantang ada yang buat silap sikit kat aku memang kena la. Aku pernah bertumbuk dengan budak lelaki kelas aku disebabkan dia kutuk mata aku sepet sebelah. Dia dok ejek² kata aku kuat skodeng orang lah itu lah inilah, tu sebab mata jadi camtu katanya. Pada hal memang keluar je dari rahim mak aku, mata aku dianugerahkan cenggitu. Aku memang cukup pantang orang ejek atau perli melibatkan mata aku. Kalau tanya elok² aku takde hal pon nak bagitawu. Tapi bila dah melebih² haaaaa tu makan dia penumbuk sebijik.. Ekceli spontan je masa aku hayun penumbuk kat dia tu. Satu kelas aku terus terdiam masa tu sebabnya tu first time lah pon aku mengkasari kaum lelaki dalam kelas aku tu.. Selama ni aku buat pekak je. Cuma perang mulut je la banyak.. Dah la makan penumbuk, aku siap tazkirah lagi masa tu. Amek peluang di saat kelas aku sunyi sepi semua tunduk je masa tu dengar hehehe  Tapi lepas makan penumbuk tu, member lelaki tu jumpak aku personal dan betul² mintak maaf sebab ejek aku. Terus jadi kamceng lepas tragedi tu kikikiki tapi sebulan lepas tu dia pindah sekolah lain sebab ikot parents dia cikgu kena berpindah. Lost contact terus masa tu.

Nakal aku jenis ada disiplin la tapi. Aku hormat cecikgu. Aku nakal on my very own ways. Bukan nakal yang jenis langgar disiplin huru hara sana sini.. Bila masa cikgu ada dalam kelas mengajar, memang tekun je konon khusyuk habeslah dengar. Bila cikgu tu melangkah keluar je dari kelas, tudia bergegar 1 floor tu kami punya berjimba dalam kelas tu. Aku ada Geng aku sendiri masa zaman sekolah dulu. Siap ada nama -- Buddies of Eleven (yang baju merah tu lah Geng BOE aku dedulu sebab kami 11 orang dalam team tu. 6 orang member lelaki dan 5 orang perempuan. Apa saja aktiviti sekolah buat, kami takkan miss satu pun. Bersaing pon secara sihat eventho kami yang 11 orang tu lain² unit beruniform apa semua. Memang susah senang bersamalah masa tu. Sampaikan Geng BOE aku ni pernah dibenci oleh budak-budak lain dalam kelas aku tu. Dorang menyampah kot tengok kami harmoni gila. Yelah haters ni kalo kita buat baik pon, memang buruuuuk aje lah di mata dia.. 

Dalam 11 orang Geng BOE tu, hanya tinggal 5 lagi yang masih single mingle termasuklah aku ni ha. Pastu aritu tetiba bebaru ni, member lelaki yang aku tumbuk tu ada add aku kat fesbuk sebab suggested by salah sorang frenlist aku.. Terkejut gak aku masa tu sebab dia pm aku dan tanya aku kenal tak dia siapa. Jenuh aku flashback semua folder memori aku sipbaikla ada 'satu' password yang terus reflect pada dia. kikiki =P

Ehh TERpanjang pulak dah. Jangan risaulah sekarang aku dah tak pernah tumbuk orang. Aku tumbuk sambal je sekarang ni hehehe






55 comments:

  1. Gudluck Ana...wah, betul2 karangan ni..hope Cikgu balqis uka..hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cik Mimie.. TERbuat karangan pnjg pulak dah haaaa hehehe..
      moga2 Cikgu Balqis bekenan laa hehe :)

      Delete
  2. hahahah wah, pernah ada pengalaman tumbuk anak cikgu tuuu... heheee dasat gak anamizu ni masa skolah eh ;p

    anyway gudlak! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana de dahsat la Plain.. aku TERlajak hayun je tu hahahaha
      mekaseh Plain :)

      Delete
  3. haha..ana ni berani juga orangnya ya..hehe, siap tumbuk budak lelaki lagi..haha salute la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERtumbuk kak. tak sengaja. TERlajak hayun sbb mulut dia over mengejek2 Ana masa tu :P

      Delete
  4. boyish? mcm x percaya je ana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah percaya wahai Kak Anies =P
      tp tu dulu la. kini tidak lagi kehkehkeh

      Delete
  5. hahah. boleh tahan ganas gak anamizu ni nohh dulu. siap pernah tumbuk lagi. tapi dah orang mengata mesti rasa marah kan. huhu. apa-apa pun good luck! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula biar jugakla. layankan je dia dok ejek2 tu. lama2 sakit pulak hati kiteww ni haaa. tup2 kan dah kene sebijik haaa kikiki.. mekaseh Cik Fafa ^__^

      Delete
  6. hahhaha..sapa nyuh nganok nak ohh..nindak kenak tumbuk..adehhh...

    ReplyDelete
  7. Akak baca sambil duduk, baring jap, terlentang, meniarap. Baguih! All the best ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish3 cian kak farah jenuh tukar2 posisi TERpnjg pulak dah.. sowii hehehe. TQ kak Farah! :)

      Delete
    2. Tak pe...akak suka baca. Menceriakan hari ku ;)

      Delete
  8. bestnye.. macam nak join je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bes jugak dok kongsi kesah zmn skolah dedulu.. join la nti eda hehe

      Delete
  9. Semoga berjaya!!!
    Salam Perkenalan dari

    m@m@ MYJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh mama Myja! hopefuly dptlah menang kain cotton sposored by mama myja hehe

      Delete
  10. Amboi... Boleh tahan jugak Kak Long nih... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitewww Kak Ngah jeww. sbb anak nmbor dua. kehkehkeh

      Delete
  11. hahahahah , serius sis Ana, sebijik karekter kitaa !!! *high five sikit !* segala jenis pertandingan kita bantai sampai cikgu bagi tahu penolong kanan supaya jgn ambil saya. Wakakakaka xD *cikgu sendiri yang cerita*

    pasal dok belakang tu jangan katalah memang ajet gangster*tak sedar diri mata rabun* nice entry ! hope cik balqis suka. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboii sama ke karekter kita? *high five jyeahh* hahaha ! tu la smpaikan cikgu sndri kena bgtaw suruh hold jgn bg bdk ni masuk acara dah hahaha

      tu la dok blkg mmg acah2 gengster lettew kan? hahaha

      Delete
  12. eh, mcm boleh cucuk jarum je dgn mamat yg ana tumbuk kebabom tuu. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cucuk jarum ape Scha? melompat mamat tu kang hahaha

      Delete
  13. Acik pernah jugak bertumbuk dengan budak lelaki sampai kena panggil GUru Besar...Sekarang dah meninggal pun..Al-fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia Acik lg gengster. allahuakbar alfatihah..

      Delete
  14. Replies
    1. errr takdelah mane de ganas sbnrnye.. kiteww telah di ejek lalu menyebabkan kite hilang sbr kikiki

      Delete
  15. Saya pun jadi penaja.
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dah follow blog kak shikin hehe

      Delete
  16. Hehe. Kalau throwback mcm2 kisah zaman sekolah dulu. Hehe. Kira join sekali jugak kan, all the best ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la IM, kira trowback ni join sekali hehe

      Delete
  17. haha. akak, saya suka baca kenangan akak. :)

    ReplyDelete
  18. hahahahaha... kejam betul ejek macam tu. saya pun pernah kena ejek. mentang2 muka saya penuh jerawat batu dulu-dulu, dia panggil saya batu. kuajaq! saya panggil dia bapuk sebab dia memang pun. ha, padan pun. hahahaha...

    oh, nakal juga kak Ana ye.. hehe. saya bukan jenis nakal. saya skema yang amat! adoi. tapi xdelah sampai tahap tumbuk2 tu. garangnya. roar :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang mmg kejam ejek2 cenggitu. tu yg mkn penumbuk sebijik hahaha
      err sebenanye x garang lah. sopan je orgnye ni haaa kikiki =D

      Delete
  19. Anis tak join lagi ni, boleh la stalk2 dulu. Banyak kenangan zaman sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nti dah join, akak terjah blog anis hehe

      Delete
  20. Dahsyatnya sampai tumbuk orang..

    ReplyDelete
  21. amboi.. boyish tue tak tahan. hihi. :P

    http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terjah link wardah. hehe kelakor la suka tido =D

      Delete
  22. wahh,,aktif jugak ana ni..haha..
    btw,,gudluck ye,,iqha singgah balas sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err terlebih aktif hahaha
      gud luck jugak Miqha ! ;)

      Delete
  23. Hihi. Dah tu laki yg add tu mcm mne ? Trime x? Haha
    goodluck kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki yg add tu.. psstt~ rahsia hahaha
      gud luck jugak utk edayu =D

      Delete
  24. hyee cik belbel datang, terima kasih join segmen cik balqis
    http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    cik belbel pun num 8 !

    ReplyDelete
  25. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete