Anak-Anak SPM

 



Keputusan Peperiksaan SPM 2025 sudah keluar pada 31 Mac 2026 baru-baru ini.
Tahniah pada semua anak-anak / adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Pada yang kurang cemerlang akademik usah gusar kerana kini ada banyak cabang peluang.
Terserah pada diri sendiri mahu memilih laluan yang mana terserah minat masing-masing.

Tapi walau apa sekalipun yang menjadi pilihan diri,
Usah jadi begini ya adik-adik.

Choba cari apa yang tersembunyi di situ?
Sedaranya yang hancur SPM tapi nampak macam penulis tu yang hancur hehehe

18 comments:

  1. Errrr ada juga yang cakap tak payah belajar tinggi2 pun boleh kaya. Tapi ilmu tu yang mahal sebenarnya....kaya takde adab pun tak guna juga. Janji bersungguh belajar utk SPM.

    ReplyDelete
  2. spm penentu hala tuju kehidupan ie nak further study etc...boleh jer amik course tvet dan boleh jd lagi kaya pun bila dh ada kemahiran yg bernilai

    ReplyDelete
  3. mak aisshh dia punya sembang juta2 hahaha
    tahniah pada semua anak2 SPM,mak2 semalaysia ikut sama happy semalam tengok kejayaan anak2

    ReplyDelete
  4. Ye ke sampai juta-juta. Wah macam tu semua nak berniaga burger lah. Pelajaran itu penting walaupun keputusan tidak memberangsangkan.Ada ilmu di dada

    ReplyDelete
  5. Hatta nak jadi surirumah pun kena berilmu, kena belajar tinggi2 sbb nak didik future generations. Kaya tu rezeki, bila2 Allah boleh tarik. Tapi ilmu tu akan sentiasa ada dalam dada.

    ReplyDelete
  6. setiap tahun ada je troll cerita jual burger tu 🤣 apapun tahniah pada semua pelajar!

    ReplyDelete
  7. Saya googling SPM, di Indonesia itu Ujian Nasional yaa, hehehe.
    Jadi rindu masa dulu sekolah, dimana SPM itu sangat menentukan. Sekarang kriteria ujian di Indonesia makin tak jelas -_-

    ReplyDelete
  8. Lapar plak baca kisah burger.
    Anyway, tahniah kpd semua students yg berjaya dlm SPM yg lepas. Yg kurang berjaya, tak salah utk mencuba lg.

    ReplyDelete
  9. budak2 sekarang semua pandai2. senang je grab banyak A.

    ReplyDelete
  10. Kalau usaha memang insyallah berjaya... cuma itulah kira-kiranya guna formula mana yek, mudah no kaya hahahha

    ReplyDelete
  11. status tu x leh pakai la. pendidikan tinggi tu penting biar pun kita x bekerja mengikut bidang yg kita belajar tu. Tgok mcm KA tu..lulusan engineering tp buka restoran besar...

    ReplyDelete
  12. Rezeki masing-masing...siapa yang cemerlang tahniah dan kurang cemerlang cuba lagi dalam bidang yang lain

    ReplyDelete
  13. kira duit org mmg sedap
    tp agak2 laa🤣🤣

    ReplyDelete
  14. Ilmu penting, tak harusnya hanya dicompare dengan omzet sehari, kalah seminggu, kali sebulan, kali setahun 🤣. Tak hitung cost kah?. Itulah kenapa mencari ilmu tetap wajib, supaya saat berniaga, kita bisa menjadi peniaga yang pintar, tidak cuma sekedar bisa jualan 😄

    ReplyDelete
  15. Dalam Islam kita dituntut untuk menimba ilmu setinggi yang mampu.

    ReplyDelete
  16. Harga sebiji burger, RM6. Belum tolak kos bahan lagi. Kesian juga budak-budak ni. Ada yang sudah tak minat nak belajar, sebab sudah pandai cari rezeki sendiri, tak fikir masa hadapan yang masih panjang.

    ReplyDelete
  17. Memang hancurlah, kiraan pun tak betul.. Adoilah..
    Tak rugi pun mencari ilmu..

    ReplyDelete