Sempena birthday anak sis Syazni Rahim (SR) awal Mei, SR nak berkongsi rezeki dengan pembaca blog beliau. Jom meriahkan sama-sama!
Syarat-syarat Giveaway Kotak Dari Ayu! adalah:
1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog/media social tuan/puan bertajuk Giveaway Kotak Dari Ayu!
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua platform yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).
6. Beralamat di Malaysia.
Terima kasih sahabat-sahabat yang selalu singgah & tinggal komen.
Kek Tapak Kuda sudah beberapa bulan lalu lalang iklannya.
Menu Bekal Bong diteruskan dengan empat lagi menu atas pemintaan Bong.
Tiga Menu siri pertama haritu permintaan Bong juga.
MENU BEKAL BONG DAY 4 : GRILL CHICKEN WRAP WITH SRIRACHA,KEWPIE MAYO SOS
Alkisahnya Kak Ezna Khalili tanya kenapa dipanggil tenggiling ya? hehehe
Ada sesetengah orang panggil kereta atau kenderaan mereka dengan nama.
Tenggiling aku ni tak terkecuali.
Dulu masa awal kehadiran dia ke tangan aku, aku beri dia nama BIMBO.
Ya aku bagi nama dia BIMBO konon sebab bunyi sedap & cute sangatlah.
Bila aku tahu apa arti sebenar BIMBO itu, terus aku batalkan saja niat nak panggil nama Bimbo.
Memberi Nafas Baru
Sudah berkhidmat bermula Mac 2011 hingga kini 2024.
Banyak kenangan pahit manis semuanya dengan si tenggiling kelabu ni.
Ini semua disebabkan tukang sponsor kek adalah adik-adik yang muda remaja daripada kita.
Dan sebab diorang buat surprise masa lunch hour 13 Mei 2024 & tak bagi kita pergi mana-mana.
itu yang atas kek diorang tulis "Kak Ana" .
Sepatutnya tulis "Adik Ana" hehehe
Sebenarnya kakak ke atau adik ke, bukan itu yang kita kisahkan.
Ingatan & effort tu yang sangat dihargai.
Moga diorang semua (adik-adik & kakak-kakak) yang plan buat kejutan diberi kesihatan yang baik.
Bersyukur sangat bila kita dikelilingi kawan-kawan yang baik dan jenis tak berkira.
Moga segala kebaikan Allah balas dengan setinggi-tinggi kebaikan juga buat semua aminnnn~
Meraikan Ibu
Tiap hari mak asyik berlegar dalam rumah je dari dapur ke depan, dari depan ke dapur.
Bila waktu anak-anak cuti, bolehlah ambil peluang bawa Mak keluar.
Aku & Bong bawa Mak cuci mata di kedai kasut.
Biarkan Mak pegang, belek dan pilih mana yang Mak suka.
Tapi macam biasalah jawapan Mak :
"Takda yang Mak bekenanlah"
Dan Mak terus cuci mata pegang kasut di ruangan kanak-kanak.
Teringatkan pada cucu-cucu dia yang 3 ketul di bandar tu lah.
Macam tu lah hati Mak / Ibu / Opah / Nenek.
Selalu mendahulukan orang lain daripada diri dia sendiri kan?