Baru-baru ini viral di laman media
sosial dimana terdapat video perkongsian memaparkan seorang lelaki mencium adik
angkat keluarganya di bahagian bibir. Walaupun perbuatan tersebut dianggap
normal bagi tuan badan, namun sebenarnya perbuatan tersebut adalah tidak
sepatutnya dilakukan.
Pelbagai reaksi warganet menyatakan
bahawa perbuatan tersebut membuatkan mereka agak ‘terganggu’ dan boleh
dikategorikan sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Oleh itu, Dr.Redza
Zainol tampil bagi menjelaskan kepada ibu bapa mengenai ‘Sexual Grooming’ yang
ibu bapa wajib tahu.