OKU Tapi Semangat Tinggi
Demi kelangsungan hidup, seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU)
gigih mendalami ilmu cara membuat donat di YouTube sebelum menjaja kuihnya itu
di kawasan rekreasi Padang Polo,Ipoh
Perak bagi membantu menjana pendapatan
keluarga.
Zaitun Ibrahim, 35, menghabiskan masa hampir lebih lapan bulan di platform YouTube bagi memastikan adunan kuih donat yang dihasilkan itu gebu dan lembut selain beliau kini sudah mampu meraih kira-kira RM100 sehari, hasil daripada jualan donat.
Menurut Zaitun dek kerana yuran kelas memasak yang agak tinggi, beliau yang diuji dengan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas, telah memanfaatkan platform media sosial itu sebagai ‘guru’ serta panduan untuk beliau membuat kuih donat yang sedap.
Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh
suaminya Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal
pukul 5 petang untuk menjaja kuih donat yang jual dengan harga RM5 bagi setiap
set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan
pisang.
Selalu malu sendiri dengan golongan seperti mereka,
sebab semangat mereka tinggi lebih dari kita yang konon sempurna.