J75 footwear ni salah satu brand yang ada dalam beratus lagi jenama lain dalam online store MySale dot my. Lebih kurang sama macam konsep Zalora, Zawara dan online shopping sites yang lain jugak. Banyak pilihan pakaian yang ada daripada ujung kepala sampai ke hujung kaki. Ongkosnya je lagi ade ke tidak hehehe
J75 ni ada jugak untuk men and women. Untuk men biasalah ada casual wear, untuk sports, sandals. Dan macam biasalah untuk mowen memang lagi banyak. Baik dari segi casual, sports, sandals, wedges, boots, high top / low top sneakers, pumps. Haah tak larat nak senaraikan.
Harga dia ? Padan dengan brand dan tahap selesa. Kalau aku ni mampu cuci mata je lah nengok kehkehkeh =D
Tengah sedap² balik lunch break mencekik nasik berlaukkan ikan kering + sambal kicap, tetiba ada sorang uncle Cina datang. Owhh macam ku kenal kelibat uncle ini. Si uncle Gdex gerangannya.
Jenuh jugak belek sana sini. Berkenan jugaklah pada menatang ni. Klik order pastu tup² ok dah sampai. Boleh la bekerja dengan semangat baru bersama kasut baru kehkehkeh =P
Terima kasih Zalora kerana menceriakan hari²ku hehehe
"... Janji setia ditunaikan
dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat
berjemaah.
Itu yang dilakukan
Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang
sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian
pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu.
Majlis pernikahan
pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan
dihadiri kaum keluarga terdekat.
"Eqa masih trauma
dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya
boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran.
Katanya, kejadian itu
bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya
menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang
suami.
"Alhamdulillah
keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit.
Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya
sehingga akhir hayat.
"Apa guna rupa
paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama
kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik
hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azijja berkata apabila
bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi
kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan.
"Saya bantu isteri
hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan
lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan
akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan.
Dalam kejadian jam 2
petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya
ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri
Aman, Pasir Puteh.
Turut dicederakan
dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58... "
Hurmm dah tertulis takdir Eqa diuji sampai tahap muka ditoreh, mata ditumbuk. Manusia... manusia.. Kejadian ni masa 30 November 2014 haritu. Berat dugaan dia tapi Alhamdulillah sekarang dah sah bernikah. Boleh dah suami jaga dia sebaiknya. Allahuakbar. Moga bahagia sampai Jannah.
Haritu ada luck masa Aisya buat give away Keychain Paris yang kiut miut tu. Syukur and hepy kemain aku masa envelope tu sampai. Eksaited engko! Dapat keychain tu sepasal. Dapat SETEM Germany tu lagi sepasal! Suka! suka! suka! =D
Dah la aku kemain perasan muda panggil Aisya 'kakak' pulak tu! Sekalinya bila baca entry Aisya yang nak request hadiah untuk befday tu, rupanya Aisya lahir tahun 1991 -- sebaya adik aku! Opsss maafkan hakak ye Aisya. TERperasan muda remaja pulak ahaksss =D
Errr aku rasa macam aku je paling last join GA nih. Dah ramai yang join aku tengok. Nak tag 3 orang kawan blog pon jenuh aku mikior haaaa kehkehkeh =P
Kalau nak bersedekah atau memberi, biarlah yang masih boleh digunakan. Macam contoh pakaian baby atau telekung / sejadah boleh je nak bagi yang bukan new item tapi make sure lah barang tu masih dalam keadaan elok.
Iye memang betol -- "Bersyukurlah ada orang nak bagi" tapi cuba letak diri sendiri pada tempat diorang (mangsa-mangsa yang memerlukan). Nak ke terima yang dah tak boleh digunakan? Mestilah taknak jugak kan. Mentaliti manusia ni haiiii tah lah.
Bukannya diorang taknak bersyukur, tapi tu lah -- kalau pakaian / barangan yang diberi tu pon dah tak boleh digunakan, hurmmmm acaner tu ? Takpelah yang penting niat tu IKHLAS. Hurmm yelah nak. Ikotlah masing².
Ada yang sudi borong new garments banyak² untuk disedekahkan pada mangsa banjir.
Semoga segala apa yang kita ikhlas sedekah untuk mereka--