Janji Setia


credit : Hmetro.com.my 
"... Janji setia ditunaikan dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat berjemaah.
Itu yang dilakukan Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan dihadiri kaum keluarga terdekat.
"Eqa masih trauma dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran.
Katanya, kejadian itu bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang suami.
"Alhamdulillah keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit. Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya sehingga akhir hayat.
"Apa guna rupa paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azijja berkata apabila bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan.
"Saya bantu isteri hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan.
Dalam kejadian jam 2 petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, Pasir Puteh.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58... "

Hurmm dah tertulis takdir Eqa diuji sampai tahap muka ditoreh, mata ditumbuk. Manusia... manusia.. Kejadian ni masa 30 November 2014 haritu. Berat dugaan dia tapi Alhamdulillah sekarang dah sah bernikah. Boleh dah suami jaga dia sebaiknya. Allahuakbar. Moga bahagia sampai Jannah. 
Harapnya kita-kita juga begitulah.
Salam Maulidur Rasul =)

27 comments:

  1. dahsyat jga kan kejadian tu.. muka tu lama2 boleh baik pulih , trauma tu ja ambil masa..

    ReplyDelete
  2. Ohh eqa ni. Dah jodoh die kann. Semoga berbahagia! Laki die ensem, wiwit~

    p/s : Ehh sejak akk tukar header ni? hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hahaha bebudak muda mana layan lagu tu SS

      Delete
    2. berfeeling nk nyanyi lagu tu

      Delete
  4. moga pasangan kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. tahniah utk eqa..
    semoga dia bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, harapnya Eqa brtambah baik dan suaminya akan terus memberi sokongan buatnya.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...itu g di cari..janji setia di tepati

    ReplyDelete
  8. Orang trauma ni, kunci nak memahaminya ialah sabar.
    Harap si laki tu terus bersabar.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah mdpt suami menerima seadanya...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, tumpang gembira untuk eqa :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. semoga perhubungan mereka berkekalan sehingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  12. Saling terima menerima.. Lagipun manusia man sempurna kan? Saling melengkapi antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  13. Kalau jodoh tak ke mana....

    ReplyDelete
  14. bagus2..
    pilih hati bukn pilih rupa..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, kahwin pun. harapnya suami dia berpegang pada janji tersebut. semoga depa berkekalan sehingga syurga. amin. ^_^

    ReplyDelete
  16. Alhamdullilah. Semoga kekal. Aminnn.

    ReplyDelete
  17. Tgk NONA smlm baru tau kes ni, semoga kekal hingga ke JANNAH......;-)

    ReplyDelete
  18. Tgk NONA smlm baru tau kes ni, semoga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah kawen pun kekeke
    tahniah tahniah..

    ReplyDelete
  20. Kalau dah jodoh tak kemana..yang penting hati bukan paras rupa.. :)

    ReplyDelete
  21. sweetnya ayat laki tu.. bukan senang nak cari lelaki baik yang x pentingkan paras rupa sekarnag ni.. yang dapat tu beruntung sangat :)

    ReplyDelete