Selangor | Tadom Hill Resorts
anamizu
08 September
18 Comments
Ramai yang share pasal Tadom Hill Resorts kat fesbuk. Aku terbaca kat Oh Bulan pasal resort ni. Sesiapa yang memang minat camping atau riadah memang patut pegi tempat ni.
Memula tengok ingatkan kat Thailand atau tempat luar dari Malaysia rupanya kat area Banting selangor je. Apa lagi yang menarik kat tempat ni?
Tadom Hill Resorts ni 12 minit je daripada KLIA dan 45 minit je daripada Kuala Lumpur. Keliling dia ada bukit batu kapur pastu ada tasik. Kawasan ni difahamkan baru je dibuka dan ada beberapa daya tarikan yang masih dalam pembinaan.
Difahamkan resorts ni jugak berkonsepkan buluh. Buat masa ni ada 3 pakej 'tempat tinggal' yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, VIP Bamboo Hut dan Tadom Tent Sites. Kalau nak pergi tu better call dulu tanya availability. Maklumlah kalo dah viral ni memang fully booked sesaje lah citernye hehehe
Kalau yang minat aktiviti lasak pon boleh cuba aktiviti Tadom Base ni. Ada 4 zone disediakan katanya untuk mencabar fizikal dan mental peminat sukan lasak hehehe.
Difahamkan jugak Tandom Hill Resort ni dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar membuat sesuatu daripada hasil hutan.
Tunggu hape lagi? Marking calendar la kittew hew hew hew =P