Mengadap Cuti

Phewwww musim cuti sekolah ada beberapa program sinonim antaranya kenduri kendara sana sini pastu satu lagi ofkos lah aktiviti yang berkenaan cuti sekolah. aku dengan partner aku pon memang tiap kali cuti sekolah diwajibkan untuk organize Program Khas sempena cuti sekolah. target group is up to us. boleh pilih sama ada nak kategori budak sekolah sahaja atau pun nak libatkan sekali mak ayah atok nenek segala bagai. Untuk meramaikan dan memeriahkan lagi program, aku dengan partner aku pon decide untuk libatkan sekali semua anggota keluarga yang ada daripada sekecilnya hingga lah ke sebesarnya tapi untuk slot pertandingan yang memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan beberapa aplikasi komputer, kami cuma fokus pada kategori berumur 13 hingga 18 tahun saja. Untuk slot penutup melibatkan upacara Bacaan Yassin dan majlis kesyukuran -- kami jemput satu kampung. hehehe
   
 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari hari pertama program hinggalah selesai majlis bacaan yassin dan penyampaian hadiah. bila dah lepas, lega rasa. barulah boleh kembali blogjumping ziarah blog kengkawan yang dah singgah sini. windu seyh ! kehkehkeh

*partner aku si Ida off day lepas setel program ni. start Khamis sampai Ahad ni. Dia p honeymoon dengan hasben dia kat Langkawi. jeles baq hang orang dah ada hasben. buleh p memana tanpa perlu mendatangkan kerisauan di hati Bonda. ala omak kawenkan aku  sobsss sobbsss T_____T

9 comments:

  1. bagus perbanyakkan aktiviti berfaedah camni bila tiba cuti sekolah..satu famili boleh join.

    nk honeymoon mmg la tak bley sbb takde laki,tp kan zaman sebelum kawen ni la nak puas2 holiday..nti bila dh kawen mana nak fikir budget, byk benda nak fikirkan..klu dapat laki kaya takpe la.huhu..

    ReplyDelete
  2. hahaha..cepat2 tawen
    leh honeymoon gak :P

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wahh bestnya. semoga dipertemukan jodoh yang baik, hehe boleh nikah, p honeymoon sama ~~~

    ReplyDelete
  4. wow!!! Selamat bercuti... haha

    ReplyDelete
  5. tak lama lagi la tu...

    selamat menghabiskan cuti dengan perkara2 awesome ok!

    ReplyDelete
  6. ramai makcik pakcik yg hadir. :D

    tak pe kak, sikit lagi nanti sampailah jodohnya. aminn. :D

    ReplyDelete
  7. rajinnye terlibat dengan macam2 aktiviti ^^

    dill.

    ReplyDelete
  8. Sori terlangkau komen kat bawah plak, aktif dgn aktiviti manfaat, bagus tu.

    ReplyDelete
  9. best jugak join aktiviti macam ni :)

    ReplyDelete