Marvelous : Escape Theme Park Penang

salah satu aktiviti yang kamiorang kena buat masa p kursus itu hari adalah Team Building. kami devided into 4 different groups (Red, Green, Blue, Yellow) and lead by a Captain for each group.. Hari sebelumnya, kamiorang ingatkan team building kalini will be on the beach memandangkan the Flamingo Hotel kan by the beach. Tapi sekalinya masa hari kejadian, baru kami dapat tahu yang the activities will be held at the Escape Theme Park Penang, kat area Teluk Bahang. 
Masa sampai je kat Escape lebih kurang jam 9 pagi memang masing-masing tercengang la dok langut (dongak) atas tengok tudiaaaaaa dia punya trek perhhhhh ! Dah la kami ni semua majoriti gegerls. bila tengok je trek yang kami bakal tempuh tu, phewwww jenuh semput tarik nafas hahaha ! 
 
Setiap group kena setelkan 6 check point bermakna ada 6 different challenges yang kamiorang kena buat which are The Gecko Tower, Atan's Leap, Fyling Lemur, Go Ape, Tubby Racer, A-Maze dan jugak Monkey Business. Memang mencabar fizikal betol kalini. Dah la team mana yang paling last setelkan tugasan akan kena denda terjun kolam air.. Itu yang membuatkan setiap Captain bersungguh-sungguh motivate team memasing untuk bagi semangat nak setelkan cabaran dalam masa paling cepat. Jenuh semput aku ni ha nak mengejor berlari ke sana ke sini ! Dah la jarang-jarang sekali je nak dapat buat aktiviti camgini. Last aku buat flying fox pon dulu masa kat PLKN tahun 2004 dulu.. Haaa dah sepuluh tahun dah berlalu. Kat PLKN tu takpela jugak pendek je trek Flying Fox dia. Yang kat Escape ni bapakk arhhh panjang trek dia. Dengan tinggi dia. Pastu dengan betol-betol pokok hutan real tinggi gila baq hang ! Sipbaik bila dah pakai harnest dengan pulley tu, dah tak boleh patah balik je, kalo tidak aku konfem patah balik takmo teruskan sebab gayat punya pasai wahahahaha phewww
Aktiviti kat sini memang menguji tahap keberanian dan jugak semangat berpasukan lah. Yelah mana taknya, Captain akan buat dulu dan lepas tu baru followed by the team, dan masa ni jugaklah nampak semangat setiap orang tak tinggalkan team members yang lain selagi belum selesai.. Dan tak sangka team aku which is the Green Team berjaya menang tempat kedua ! wehuuuu ~ 
Alhamdulillah kami semua selamat setelkan 6 challenges tu sebelum jam 2 petang sebab kami start pon agak lewat masa jam 11 lebih camtu lepas dah setel sesi breafing apa semua.. Nasib baik je kena balik hotel terus lepas tu, kalo tidak memang aku repeat balik try semua challenges yang ada tu sebab tak puaihhhh ! 
Escape, hang tunggu aku mai repeat ! wahahaha

Aku memang dah pasang niat nak mai repeat pulak bebila nanti.. Tapi better beli tiket online la sebab kat Groupon boleh dapat less sampai RM35-RM45 je untuk 1 tiket adult compare to the normal price RM60 (adult). memang syok arr tempat ni. Highly recommended pada sesiapa yang memang minat outdoor aktiviti camni --- Escape Theme Park Penang.



6 comments:

  1. Congratulations!! Mcm best je semua ni. Very challenging. I like :D

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyeeeeeee.. rase nk join jgk.. hihikk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. sheila suka gak aktiviti lasak ni.. teringin nak ke Escape.. hehee

    ReplyDelete
  4. eh cik ana, celah mana tempat ni?
    tak pernah pi lagi huhuhu

    ReplyDelete
  5. wah menarik betul aktivitnya..kira maca sukan lasak gak la ni..org2 berani n suka cabaran je mau buat aktivit cmni..yg lembik2 penakut mmg tak arr..huhu

    ReplyDelete