Maaflah sebab macam dah lama aku tinggalkan blog ni. Takde semangat untuk menulis. Mungkin jugak disebabkan tahun ni, Boss-Boss agak lain macam 'perangainya' dan 'mengada-ngadanya', maka oleh sebab tu, hari-hari kerja aku pagi sampai petang memang jadual penuh. Balik kerja, aku dah penat nak mengadap komputer (disebabkan faktor waktu kerja aku memang sepenuhnya mengadap komputer).
Lepas tu pulak, kes Bimbo yang tersadai takmau hidup haritu (dah 2 kali jadi : awal Januari dan awal Februari) masih belum dapat jalan penyelesaian. Dan semalam (20 Februari : seminggu-dua selepas kes kedua takmau hidup, sekali lagi Bimbo buat hal). Aku rasa nak menanges pun ade memandangkan siap ada pakcik jiran tak jauh dari ofis aku tu tolong datang check kan bateri apa semua, pun takmau hidup jugak. Nasib baik ada sorang classmate aku balik cuti dan singgah kat ofis aku, aku pun mintak tolong dia untuk call Abah aku (fon aku rosak dan dalam proses mengumpul dana. tetiba sekarang ni si Bimbo aku pulak tunjuk tanda-tanda sakit T____T )
Datanglah Abah aku dengan Brader mekanik sorang tu (member aku jugak). Ambik masa jugak dia cuba macam-macam cara, check itu ini (segala starter, plug, bateri etc) dan dia siap double check semula apa benda yang Proton Service ada ganti barang masa Bimbo corrupt masa awal Januari dulu tu.
Lepas dia ketat-ketatkan segala wayar kat bateri apa semua, member dia sorang lagi tolong start, Alhamdulillah nasib baik boleh hidup. Aku pun bayar kat dia apa yang patut dan drive Bimbo balik rumah.
Aku ada google jugak pasal 'JANGKA HAYAT BATERI KERETA KERING' dan dapat beberapa jawapan antaranya :
1.Mungkin bateri kering dah agak lama (lebih 2 tahun). (which is kalau ikotkan, kereta aku punya bateri 17 Mac 2015. Belum sampai setahun pon lagi. tapi tak tahulah dengan kualiti barang zaman sekarang ni, boleh jadi jugak tak boleh percaya dengan mitos 2 tahun tu.)
2.Terminal bateri kunci tak ketat. (mungkin jugak, sebab bila Brader Mekanik tu ketat2kan, terus boleh start pulak kereta aku tu.)
Brader mekanik tu ada pesan jugak, mungkin boleh jadi jugak bateri kena tukar (bateri aku tukar masa 17 Mac 2015 tahun lepas. Aku guna bateri kering disebabkan Abah aku tak yakin aku ni boleh jaga maintainence Air Bateri kalau guna Bateri Basah. Maklumlah anak perempuan, memang haruslah Abah aku tak percaya kat aku dalam bab-bab kereta ni T_____T )
Mungkin aku perlu tukar bateri kering tu agaknye. Buat masa ni aku merajuk. Perang dingin dengan kereta sendiri. Takmau bawak dah dia p kemana-mana. Biar je duduk bawah garaj tu huhhhh~
Merajuklah konon =P
Proton jugak? Saya puny saga baru seyahun lebih pakai... dah wat hal banyak. Myvi 2013 beli sampai sekarang elok lagi. haih
ReplyDeletekalau free jemput join GA saya ye Fatihah.. http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html
sabar ya..in sha Allah pasti ada penyelesaiannya..
ReplyDeleteBertabahlah.. Kalau byk benda buat hal aku pun jd xde mood blogging. Better time ada mood baru update blog, bila happy post berkualiti sikit. Hehe..
ReplyDeleteRasanya sebab termina bateri kunci x ketat tu kot...entah la, aku pun tak tahu sgt pasal kereta ni. Lepas dah rosak baru aku jadi tahu sikit2. Tu pun tahu yg ada kena mengena dgn kerosakan tu je. Huhu...
kereta proton memang guna bateri keringkan? saya proton jugak, bateri kering...tahan lama dlam 3 tahun macam tu...ramai gak org pelik beli tahu lama giler bateri saya tahan...kereta ni kan, jangan di cakap kat die nak beli kereta baru, nanti die merajuk...sabar ye...teruskan menulis ;)
ReplyDeletesaya pon guna bateri kering.. kalau bateri basah nk kena slalu check... biasa la pompuan tahu naik ja...
ReplyDeleteLawak pulak aku baca kau perang dingin dengan kereta sendiri. hehehe.
ReplyDeleteTapi kereta ni memang kena manja lebih2 sikit, sebab nanti macam2 hal boleh jadi...hehehe
huu.. bnda tak jgka kan..sbr ea.. dia suh ganti apa ptt tu.
ReplyDeleteada hikmahnya semua bende ni jadi.. sabar ye
ReplyDeletesabar ajelah hati....sian kak ana kita nih...semoga terus ceria untuk hari2 akan datang...^_^
ReplyDeleteMungkin lu kena tukar nama dia kot, dari Bimbo ke Brainy ke, mungkin dia akan berubah perangai. Huhuu... sorry lame joke, bertabahlah ye ana-chan~ ;3
ReplyDeleteBtw, Perodua rules :p
Kihkihkih, akak tumpang gelak sat kat sini :)
DeleteNi dah habis rajuk ke belum ni? :)
ReplyDeletedugaan ni..kena caring lebih sikit si bimbo
ReplyDelete