Kisahnya bermula 22 Februari hingga 26 Februari baru-baru ni, aku dan juga rakan sekerja diarahkan menghadiri kursus di Bella Vista Resort & Spa Langkawi. Berkumpul seawal jam 5.30 pagi, kami diarahkan bergerak secara konvoi memandangkan kami hanya diberi keizinan menaiki van 15 seaters (Toyota Hiace) yang memuatkan kami seramai 12 orang dan juga segala mak nenek beg laptop & luggage untuk bekalan pakaian 4 hari berkursus.
Mulanya, memang ada issue berkenaan dengan transport : 1 van saja nak sumbat kami beramai-ramai dalam tu. Memang ada jugaklah yang hangin dengan pihak pengurusan tapi apakan daya, diorang kan ibarat Durian dengan Timun. Timun ni bergolek pon terluka, digolek pon sama jugak terluka. Tapi hasil daripada perbincangan meja bulat oleh Brader Otai dalam team kerja kamiorang tu, akhirnya dapatlah approval untuk bawak 1 extra car (myvi rakan sekerja yang sorang tu). Jadinya longgarlah sikit dalam van tu.
Bayangkanlah dek non, perjalanan daripada Sungkai,Perak - Jeti Kuala Perlis bukannya dekat! 4 jam lebih dekat 5 jam. Naik kematu bontot aku dok dalam van tu. Pihak Atasan sedaplah pergi naik exora yang hanya bertiga aje. Selesa kemainlah kan.
Itu baru travel 4-5 jam dalam van je, aku dah rengsa gila (Embak Es Es selalulah guna perkataan 'rengsa' tu kehkehkeh). Patutlah aku ni memang belum ditadirkan untuk travel obersea yang ambik masa berbelas jam kadang tu, kalo tidak, entah cemane lah agaknya tahap kerengsaan aku tu hahaha
Ini lah lokasi kursus kamiorang selama 4 hari tu. Cantik gila. Masa memula tengok gambar ni, dok terbayang kekonon macam Princess nak pulang ke istana kahkahkah
Tapi bila sampai je, tudia ambik hang !
1.Masalah bekalan elektrik (Seminar Hall takde lektrik weyhhh ! Hangat gila !)
2.Banyak proses renovation sedang dijalankan (Pihak Atasan aku kata, tak dimaklumkan tentang renovation mak nenek segala tu)
3.Bilik agak sempit (ruang untuk solat takde)
Tapi bilik yang aku dapat (which is sebenarnye, bilik aku je terpisah jauhhhhhhhhhhh gila dengan rakan kerja yang lain, diorang dapat blok yang sama. Aku ni terpisah. dapat blok yang jauhhhhhhhh kat seberang sana pastu ujung dunia pulak tu. Tapi ok lah bila masuk bilik tu, luas gila boleh main badminton (metaphor sangat kahkahkah). Part main badminton tu aku tipu je. LUAS tu betul.
Tapi lagi, bilik aku tu KURANG CERMIN.
Kemonlah, ada 1 cermin je kat dalam bilik air. Muat-muat nak suluh muka je pulak tu.
Lain-lain dah ok dah tapi part CERMIN memang aku tak puas hati.
Perempuan dan cermin ibarat isi dengan kuku kot !
Dah lah aku dicampakkan ke blok paling jauh, pastu 3 orang 1 bilik.
1 cermin kena share 3 orang , cermin dah la kecik molek.
weyhhh apa kejadahnya semua itu ? hahaha
weyhhh apa kejadahnya semua itu ? hahaha
Bilik orang lain memang KECIK dan SESAK NAFAS. tapi cermin kat bilik diorang ada di segenap ruang.
Bukak pintu bilik, nampak cermin dulu.
Bukak pintu almari, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kiri, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kanan, nampak cermin lagi.
Kat meja depan tv, ada cermin lagi.
Jadinya takde scene berebut cermin berlaku kat situ.
Berlainan dengan ahli mesyuarat bilik aku.
Kami terpaksa berebut cermin pakat nak suluh muka hahaha
Itu baru kesah hari pertama.
Hari-hari berikutnya punya kesah nanti aku sambung =P
Akak masa mula2 tengok bangunan tu pun macam wahhhhhhh! Scroll bawah, baca sampai habis,..tak jadi wahhh!
ReplyDeleteMungkin sebab bilik tu kcik kot dia letak cermin banyak.
ReplyDeleteCermin kan bagi ilusi ruang luas. Hehehe
Duduk sempit2 travel sampai 4-5 jam memang sakit la, lepas tu cepat je rasa penat x selesa duduk.
ReplyDeleteAku pun rasa mcam cEro la...cermin byk2 tu diorg sengaja kat bilik kecik supaya nampak luas bilik tu. Bilik dah luas x perlu cermin byk2...camtu la kot logik diorg...