Hai Engkorang.
Salam kenal buat sahabat dan kenalan yang baru dari Blog Anamizu atau lebih
mudah panggil Ana. Aku sebenarnya salah sorang petugas di Pusat Internet Fasa
Felda bermula pada Februari 2010 sehingga kini. Bapak ahhh lama giler engko
keje situ???? hahahaha ya memang lama dah pun dan selagi rezeki aku masih
tertulis di sini, aku akan terus berbakti demi komuniti yang aku sayangi
cewahhhhh gittewwww hehehe. Memandangkan hasil carian blog aku ni banyak
menjurus ke arah keyword :
Pusat Internet 1
Malaysia
Apa itu Pusat
Internet?
Pusat Internet Fasa
Felda
Dan juga ramai
rakan blogger yang email soalan-soalan berkenaan Pusat Internet untuk tujuan
rujukan dalam sesi temuduga jawatan kosong di Pusat Internet jadi aku rasa
terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak apa info yang aku ada berkenaan
dengan Pusat Internet.
Apakah itu Pusat Internet?
Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) adalah satu perkhidmatan capaian
internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan
Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Inisiatif
ini yang bermula pada tahun 2013 ini diterajui oleh pihak SKMM dan dibiayai
melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision).
Apakah beza antara Pusat Internet dengan Pusat Internet 1
Malaysia?
Pusat Internet ni sebenarnya mula diwujudkan pada Februari 2010
dan mula bertambah mengikut beberapa Fasa. Pada awal penubuhannya dikenali
sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan dijenamakan semula dalam Belanjawan 2013
sebagai Pusat Internet 1 Malaysia dan disebut sebagai PI1M.
Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang
telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa
pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan
secara berperingkat mulai tahun 2013.
Projek PI1M merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur
Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).
Dan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei 2018, nama
Pusat Internet 1Malaysia hanya dikenali sebagai 'Pusat Internet' sahaja
sehingga satu maklumat terkini berkenaan nama baru akan diberitahu.
Pusat Internet 1Makaysia (PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk
merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti
di kawasan luar bandar.
sekarang signboard
tu pun dah diturunkan dan masih menantikan nama baru
Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang
telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa
pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan
secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PI1M merupakan kesinambungan dua
projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti
(PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Pusat Internet 1Makaysia
(PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan
komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.
Apakah Objektif Pusat Internet?
Objektif penyediaan PI1M adalah untuk:
• Meningkatkan kegiatan dan taraf sosio ekonomi penduduk
berpendapatan rendah;
• Menubuhkan 100 PI1M di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di
Bandar;
• Menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar
internet;
• Menyediakan kemudahan akses internet secara kolektif;
• Melaksanakannya di bandar besar terpilih di seluruh Negara dalam
tahun 2013-2015;
• Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara
masyarakat bandar dan luar bandar;
• Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf
dengan bandar;
• Melaksanakannya di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat
(USP); dan
• Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Negara
Dimanakah Lokasi PI1M?
Pengguna boleh merujuk kepada senarai PI1M yang beroperasi di
seluruh negara.Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan
tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama
agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.
Apakah Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di PI1M?
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar
berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan
IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak,
program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang
akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Penggunaan PI1M adalah
terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Adakah Kemudahan PI1M ini dikenakan bayaran?
Ya, terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan
kadar caj yang rendah dan berpatutan. Oleh itu, untuk menggunakan kemudahan
PI1M, pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli dengan kadar
bayaran RM5.00 sahaja bagi menikmati kadar yang lebih
murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Walaubagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan
yang disediakan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Program Pusat Internet 1Malaysia
Telefon: +603-8688-8000
Fax: +603-8688-1000
Email: ccd@cmc.gov.my
Laman sesawang: www.skmm.gov.my
Talian dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum dari
pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang mulai 1 Januari 2013.
Buat masa ini (sehingga tarikh artikel ini ditulis), inilah antara
maklumat berkenaan persoalan 'Pusat Internet' yang dapat aku kongsikan.
Semoga memberi manfaat kepada semua yang tercari-cari info
berkenaan. Mudahan dipermudahkan segala urusan korang yang bakal pergi sesi
temuduga jawatan kosong di mana-mana Pusat Internet di seluruh negara.
Majulah Pusat Internet untuk negara ! hehehe
Perkongsian maklumat yang bermanfaat. Tidak semua tahu sepenuhnya tentang Pusat Internet (termasuklah yang tukang komen ni😅).. maap cik Ana..
ReplyDeletehehe TQ singgah sini fizah
DeleteOh! baru cerah sikit pemahaman Mrs. A berkenaan Pusat Internet ni.
ReplyDeleteTulah lepas PRU14 semua yang ada satu telah diturun huhuhuu....
Teringat pulak pasal adik Thaqif dari Felda Jengka 15 yang guna pusat internet untuk bina permainan komputernya sendiri sangat membantu pusat internet untuk penduduk luar bandar ni.
haah adik thaqif create sendiri permainan komputernya
DeletePusat Internet nie targetnya nak bagi setiap rakyat Malaysia celik internet...
ReplyDeletehaah betul tu.
DeleteGud sharing ana. . Kt kg saya ada jugak ni. .
ReplyDeletehaah betul ZF. kebanyakan pusat internet asalnya mmg diwujudkan di kawasan kampung.
Deletezaman dok kat kelantan dulu, inilah lubuk lepak lepas sekolah...tapi sejak zaman kemajuan dah mengharungi hidup ni, jejak pun tak pernah...hahahahaha
ReplyDeleteperhhh lubuk ye dulu. amboihhhh sejak dah maju jejak pun tak pernah ye hahahaha
DeleteTukar nama je tapi fungsinya masih sama la kan... :D
ReplyDeletehaah nama je tukar. fungsinya masih sama. gaji pekerja pun sama je tak pernah ada kenaikan apa pun huhuhu
Deleteteringat masa balik kg husband hari tu nak guna pc sbb lappy tak bawak...Alhamdulillah dapat guna kat Pusat Internet 1Malaysia tapi jenuh nak kejar masa sebab tutup jam 5 petang..
ReplyDeleteada DUA PILIHAN untuk waktu operasi pusat internet sebenarnya:
Delete1) 8.00 pagi - 5.00 petang
2) 9.00 pagi - 6.00 petang
Menarik posting ni. Dkt kg sy pn ada 1. Haritu ada sekali nk pegi try guna tp tutup pulak. Lps baca post tau terus semua info.
ReplyDeletetutup tu ada notis ditampal depan pintu tak? sebab septutnya pusat internet ni beroperasi isnin-ahad tanpa tutup kecuali cuti umum mcm Hari Perayaan atau Hari Kebesaran.
Deleteselain drpd tu kalau tutup tanpa ada tampal notis apa2, boleh buat aduan pada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) di laman web SKMM.
byk tgk dr jauh je x penah cuba msk o gn perkhidmatannya...
ReplyDeletehaah kan dear anies sbb skrg dah ade kemudahan internet sendiri hehe
Deletenice share.. x sure nnti tukar nama apa.. ntah2, pusat internmet harapan.. hahahha
ReplyDeleteentahlah boleh jadi jugak kot hahahaha
Deletehi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks
ReplyDeleteterima kasih berkunjung di sini
DeleteFuhh lama weh kau keje kat pusat internet ni. Dekat lapan tahun la kiranya. Aku yg dah keje tiga tahun kat company sama pun dah rasa nak blah ni haha.. btw rm5 tu sekali masuk ke? Ke sejam rm5? Kalau sekali masuk murah gak la.. Tapi jarang pulak aku nmpak pusat internet ni kat tempat aku..
ReplyDeleteye lama gila kan? start feb 2010 sampailah sekarang dah 2019. aku bertahan disbbkan mikirkan kesihatan mak ayah aku. kalau aku kerja jauh dari sini takde siape yg boleh tgkkan diorang.
Deleterm5.00 tu untuk pendaftaran ahli (sekali shj seumur hidup).
untuk penggunaan komputer setiap kali datang :
rm1.00 sejam (utk yg dah daftar jd ahli)
rm2.00 sejam (utk yg tak daftar jd ahli)
ekceli rate harga mmg murah gila compare to mana2 cyber cafe.
printing / fotostat & lain2 pun murah jugak hehehe
tempat kau area bandar kot Bro Ley. majoriti pusat internet ni diwujudkan di kawasan luar bandar & kawasan perumahan PPRT.
Bleh tak ceritakan pengalaman temuduga?
ReplyDelete