Nak Tahu Apa Itu Pusat Internet?


Hai Engkorang. Salam kenal buat sahabat dan kenalan yang baru dari Blog Anamizu atau lebih mudah panggil Ana. Aku sebenarnya salah sorang petugas di Pusat Internet Fasa Felda bermula pada Februari 2010 sehingga kini. Bapak ahhh lama giler engko keje situ???? hahahaha ya memang lama dah pun dan selagi rezeki aku masih tertulis di sini, aku akan terus berbakti demi komuniti yang aku sayangi cewahhhhh gittewwww hehehe. Memandangkan hasil carian blog aku ni banyak menjurus ke arah keyword :

Pusat Internet 1 Malaysia
Apa itu Pusat Internet?
Pusat Internet Fasa Felda

Dan juga ramai rakan blogger yang email soalan-soalan berkenaan Pusat Internet untuk tujuan rujukan dalam sesi temuduga jawatan kosong di Pusat Internet jadi aku rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak apa info yang aku ada berkenaan dengan Pusat Internet.


Apakah itu Pusat Internet?

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) adalah satu perkhidmatan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini yang bermula pada tahun 2013 ini diterajui oleh pihak SKMM dan dibiayai melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision).

Apakah beza antara Pusat Internet dengan Pusat Internet 1 Malaysia?

Pusat Internet ni sebenarnya mula diwujudkan pada Februari 2010 dan mula bertambah mengikut beberapa Fasa. Pada awal penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan dijenamakan semula dalam Belanjawan 2013 sebagai Pusat Internet 1 Malaysia dan disebut sebagai PI1M.

Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. 

Projek PI1M merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). 

Dan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei 2018, nama Pusat Internet 1Malaysia hanya dikenali sebagai 'Pusat Internet' sahaja sehingga satu maklumat terkini berkenaan nama baru akan diberitahu.

Pusat Internet 1Makaysia (PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.



sekarang signboard tu pun dah diturunkan dan masih menantikan nama baru

Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PI1M merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Pusat Internet 1Makaysia (PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.


Apakah Objektif Pusat Internet?

Objektif penyediaan PI1M adalah untuk:

• Meningkatkan kegiatan dan taraf sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah;
• Menubuhkan 100 PI1M di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar;
• Menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar internet;
• Menyediakan kemudahan akses internet secara kolektif;
• Melaksanakannya di bandar besar terpilih di seluruh Negara dalam tahun 2013-2015; 
• Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar;
• Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar;
• Melaksanakannya di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP); dan
• Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Negara

Dimanakah Lokasi PI1M?

Pengguna boleh merujuk kepada senarai PI1M yang beroperasi di seluruh negara.Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.

Apakah Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di PI1M?

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Adakah Kemudahan PI1M ini dikenakan bayaran?

Ya, terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. Oleh itu, untuk menggunakan kemudahan PI1M, pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli dengan kadar bayaran RM5.00 sahaja bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan.

Untuk Maklumat Lanjut:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Program Pusat Internet 1Malaysia
Telefon: +603-8688-8000
Fax: +603-8688-1000
Email: ccd@cmc.gov.my
Laman sesawang: www.skmm.gov.my

Talian dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang mulai 1 Januari 2013.

Buat masa ini (sehingga tarikh artikel ini ditulis), inilah antara maklumat berkenaan persoalan 'Pusat Internet' yang dapat aku kongsikan.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang tercari-cari info berkenaan. Mudahan dipermudahkan segala urusan korang yang bakal pergi sesi temuduga jawatan kosong di mana-mana Pusat Internet di seluruh negara.

Majulah Pusat Internet untuk negara ! hehehe



25 comments:

  1. Perkongsian maklumat yang bermanfaat. Tidak semua tahu sepenuhnya tentang Pusat Internet (termasuklah yang tukang komen ni😅).. maap cik Ana..

    ReplyDelete
  2. Oh! baru cerah sikit pemahaman Mrs. A berkenaan Pusat Internet ni.
    Tulah lepas PRU14 semua yang ada satu telah diturun huhuhuu....
    Teringat pulak pasal adik Thaqif dari Felda Jengka 15 yang guna pusat internet untuk bina permainan komputernya sendiri sangat membantu pusat internet untuk penduduk luar bandar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah adik thaqif create sendiri permainan komputernya

      Delete
  3. Pusat Internet nie targetnya nak bagi setiap rakyat Malaysia celik internet...

    ReplyDelete
  4. Gud sharing ana. . Kt kg saya ada jugak ni. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul ZF. kebanyakan pusat internet asalnya mmg diwujudkan di kawasan kampung.

      Delete
  5. zaman dok kat kelantan dulu, inilah lubuk lepak lepas sekolah...tapi sejak zaman kemajuan dah mengharungi hidup ni, jejak pun tak pernah...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhhh lubuk ye dulu. amboihhhh sejak dah maju jejak pun tak pernah ye hahahaha

      Delete
  6. Tukar nama je tapi fungsinya masih sama la kan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nama je tukar. fungsinya masih sama. gaji pekerja pun sama je tak pernah ada kenaikan apa pun huhuhu

      Delete
  7. teringat masa balik kg husband hari tu nak guna pc sbb lappy tak bawak...Alhamdulillah dapat guna kat Pusat Internet 1Malaysia tapi jenuh nak kejar masa sebab tutup jam 5 petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada DUA PILIHAN untuk waktu operasi pusat internet sebenarnya:

      1) 8.00 pagi - 5.00 petang
      2) 9.00 pagi - 6.00 petang

      Delete
  8. Menarik posting ni. Dkt kg sy pn ada 1. Haritu ada sekali nk pegi try guna tp tutup pulak. Lps baca post tau terus semua info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tutup tu ada notis ditampal depan pintu tak? sebab septutnya pusat internet ni beroperasi isnin-ahad tanpa tutup kecuali cuti umum mcm Hari Perayaan atau Hari Kebesaran.

      selain drpd tu kalau tutup tanpa ada tampal notis apa2, boleh buat aduan pada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) di laman web SKMM.

      Delete
  9. byk tgk dr jauh je x penah cuba msk o gn perkhidmatannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan dear anies sbb skrg dah ade kemudahan internet sendiri hehe

      Delete
  10. nice share.. x sure nnti tukar nama apa.. ntah2, pusat internmet harapan.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah boleh jadi jugak kot hahahaha

      Delete
  11. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  12. Fuhh lama weh kau keje kat pusat internet ni. Dekat lapan tahun la kiranya. Aku yg dah keje tiga tahun kat company sama pun dah rasa nak blah ni haha.. btw rm5 tu sekali masuk ke? Ke sejam rm5? Kalau sekali masuk murah gak la.. Tapi jarang pulak aku nmpak pusat internet ni kat tempat aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lama gila kan? start feb 2010 sampailah sekarang dah 2019. aku bertahan disbbkan mikirkan kesihatan mak ayah aku. kalau aku kerja jauh dari sini takde siape yg boleh tgkkan diorang.


      rm5.00 tu untuk pendaftaran ahli (sekali shj seumur hidup).
      untuk penggunaan komputer setiap kali datang :
      rm1.00 sejam (utk yg dah daftar jd ahli)
      rm2.00 sejam (utk yg tak daftar jd ahli)

      ekceli rate harga mmg murah gila compare to mana2 cyber cafe.
      printing / fotostat & lain2 pun murah jugak hehehe

      tempat kau area bandar kot Bro Ley. majoriti pusat internet ni diwujudkan di kawasan luar bandar & kawasan perumahan PPRT.

      Delete
  13. Bleh tak ceritakan pengalaman temuduga?

    ReplyDelete