Jangan Buat Hal Ye?

by - 11:33 AM

Hai engkorang. Moga sihat semua. Aku alhamdulillah sihat adanya. Bimbo (kereta Persona aku) je yang demam sikit haritu. Tapi takdelah demam ape sangat sebenarnya sebab selama ada dengan aku, dia belum pernah ada sakit teruk (major problem). Walaupun dia pernah dilanda 'sakit misteri dulu' tapi Aku bersyukur sangat belum pernah lagi Bimbo dilanda sakit teruk yang mana sekaligus boleh menyebabkan poket juga akan turut sakit teruk kehkehkeh

*Pic masa Bimbo terpaksa dibawa check-up menggunakan tow truck*

Masa terpaksa towing tu pun aku sangat bersyukur sebab Etiqa Insurans tak kenakan apa-apa bayaran langsung sebab jarak rumah aku ke Pusat Sevice Proton yang aku minta tolong hantar tu tak melebihi 40km. Jadi FREE je lah towing tu. Legaaaaa rasa. 

Cuma process tukar alat ganti, bateri, tayar dan maintenance tu macam biasalah memang kena siap sedia duit siap-siaplah. Aku ni apa-apa hal memang bersyukur sangatlah sebab masih ada Abah yang selalu remind aku berkenaan hal-hal kereta ni. Pastu Abang Long aku pun sama tukang remind pasal kereta. Maklumlah tuan badan ni pompuan, memang selalunya zero pasal hal kereta tapi semenjak dah terjadi beberapa kejadian haritu, aku sikit sebanyak celik jugaklah pasal hal kereta ni hehehe

Kisah dulu-dulu :

Lahirnya Bimbo dan aku ambil dia masa 31 Mac 2011.
Tak lama lagi masuk 31 Mac 2019 nanti dah 8 tahunlah dia dengan aku.
Tinggal beberapa bulan je lagi nak clear hutang. 
Pastu lapanglah sikit nak mikir hal rumah dan rumahtangga. Cewaahhh hahaha


You May Also Like

7 Lovenote(S)

  1. org pompuan ni tau bw je kan hehehe

    ReplyDelete
  2. Sesekali dia meragam, memang kena standby duit..

    ReplyDelete
  3. hmm bab2 kereta rosak ni saya langsung tak tahu apa-apa. tahu guna je. huhu.

    ReplyDelete
  4. bestnya ada yg remindkan pasal kereta. saya semua kena explore sendiri dr pak google dengan bang youtube. huhuhuh ni wiper mintak tukar menana cari cara tukar. hahahah...

    ReplyDelete
  5. haha macam kelakar pula nama kereta bimbo hehehe. btw first time singgah sini! :)

    ReplyDelete
  6. sakit jugak rasa diri bila kereta sakit nie. hahahaha
    kena ready emergency fund untuk kereta :D

    BV pun sama, bila kereta dah selalu rosak, tetiba rasa nak celik sikit pasal kereta nie XD

    ReplyDelete
  7. sakit sikit2 tu biasa, sakit2 manje gitew :D

    ReplyDelete