Dalam kesibukan aku dan team sekerja aku berkejar nak selesaikan Program Karnival Pusat Internet sepanjang Disember 2018 yang lepas, terselit jodoh salah sorang daripada kami.
Dan semestinya bukan aku. Aku masih belum selamat lagi. Jangan tanya bila. Sabar tunggu kad jemputan dari aku hehehe.
Team rakan sekerja aku si Asmah bertemu jodoh pada 28 Disember 2018. Walaupun beberapa kali pedih dalam percintaan akhirnya Allah hadirkan jodoh dia.
Dan siapa sangka jodoh dia adalah rakan sekelas masa belajar dulu.
Dah lah satu kampung.
Satu kelas pulak tu dulu-dulu.
Lorong belakang rumah pulak tu.
Aku tak boleh lupa kata-kata Asmah :
"Kalaulah saya tahu dia jodoh saya, tak payah saya susah-susah hati. Dah tentu dari dulu lagi bercinta senang je satu kelas-satu kampung"
Tapi itulah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah kan?
Hanya DIA yang tahu siapa dan di mana jodoh kita.
Aku doakan semoga jodoh Asmah dan semua sahabat aku kekal selamanya.
Moga jodoh aku juga dipermudahkan urusan segalanya.
*Aku malas fikir bab jodoh ni sebenarnya sebab Mak aku semacam ada perasaan berat je bila tiap kali Abang Long dan Kakak Ipar aku suarakan pasal jodoh aku.
*Mak aku banyak kali bersuara : "Kalau Kakak dah kawen nanti, tambah-tambah kalau dapat orang jauh, macam mana lah mak dengan abah ni"
Takpe mak, ketahuilah mak, selagi mana terdaya, takkan ku sia-siakan mak dan abah.
InshaAllah.
jangan lupa jemput... he he he...
ReplyDeletemusti jemput punya hehehe
Deletebarakallahulakuma...
ReplyDeletemekaseh dear anies :)
Deleteyeay tahniah untuk kawan kak ana! haaa...nanti kalau majlis kak ana nak jugek datang...buat semak saja nak fefeeling awesome bila org tanya kawan dari mana...maka kita pun jawab, 'kawan blogger..' hehehehehe
ReplyDeleteyeayyyyyyyy! kawan blogger gittewww haaaa kan hehehe
DeleteHi ... Jodoh rahsia Allah yg tak terduga tu yg maniss tuu.. Hehe biar la da kwin sekalipun kita ttp dgn ibu ayah yg jaga mereka. Aminn
ReplyDeletehi miezy. haah jodoh rahsia Allah. tu lah mudahan bila dah kawen pun masih tetap camtu aminnn
Deletebarakallahulakuma.. buat tuan punya blog, bersabarlah. Jodoh, pertemuan, dan perpisahan itu rahsia Allah. Mungkin Allah bagi peluang untuk kita berbakti kepada parent. hihi.
ReplyDeletemasih tetap teguh bersabar je ni fizah hehe. haah tu lah betul2 Allah bagi peluang berbakti pada parent hehe
DeleteTula kan siapa sangka jodoh dah depan mata rupanya. Nak jugak cari yg jauh2. Maybe mak kau bg ayat camtu sebab dia nak kau kawen dgn jiran2 kot. Boleh try ana... haha
ReplyDeletemak aku mmg bg hint suruh kawen org yg dekat-dekat lah tu. tapi masalahnya anak-anak jiran smua pakat dah kawen. takde yang bujang dah. tak rela aku jadi no 2,no 3, no 4 hahaha
DeleteBetul. .Jodoh ni x disangka. .. Saya pon mcm tu rupanya sepupu kwn baik sndri jadi husband saya
ReplyDeleteha tu lah jodoh mmg tak disangka. wahhh ZF kawen tu sepupu kwn baik rupanya noh? hehe tak sangka kan aturan Allah hehe
DeleteBarakallahulakuma buat pasangan mempelai.. Buat tuan blog, InsyaAllah.. bila sampai masanya pasti dipermudahkan semuanya..
ReplyDeletekalau dah sampai jodoh, pakej foto atau video boleh runding huhuhu {sempat juga iklan)
ReplyDeleteKalau boleh nak jodoh dekat2 je, senang.
ReplyDelete