Faboulous Friends | Entry & Bimbo

Hai engkorang! Terima kasih pada semua yang singgah komen ataupun yang singgah follow takdak komen. Dan terima kasih jugak pada yang tersinggah tanpa sengaja kat blog aku ni hehehe. 

Sebenarnya aku ada 'berhutang entry' dengan beberapa sahabat blogger yang dah lama bertanyakan tentang dua soalan ni :

1)Memang setiap entry blog ni bermula dengan abjad pertama setiap bulan tu ke?
2)Siapa Bimbo dan kenapa pilih nama tu?

Okay kesahnya begini anak-anak hehehe. Mana-mana yang dah lama singgah sini mungkin dah tahu pasal entry blog aku memang bermula ikut Abjad Pertama Setiap Bulan Tersebut. 

CONTOH 1: Bulan Januari - aku akan mulakan entry dengan Huruf  J sahaja.
CONTOH 2 : Bulan Februari - aku akan mulakan entry dengan Huruf  F sahaja.

Soalan Pertama : Kenapa mulakan entry dengan abjad pertama setiap bulan camtu?
Jawapan : Aku saja nak cabar diri aku. Bermula pada hujung Februari 2013 dulu. Nak tengok kepala hotak aku mampu ke dak nak mendisiplinkan diri supaya make sure entry setiap bulan mesti kena ikut huruf pertama pada bulan tu.

Soalan : Hang tak rasa menyusahkan diri ke menambah satu kerja pulak nak fikir huruf tu?
Jawapan : Setiap perkara tu kalau kita buat tanpa terpaksa, dia akan jadi smooth je. Dan aku takdak rasa menyusahkan atau menambah kerja pun.

Okay itu part Entry Setiap Bulan.

Soalan Kedua : Siapa Bimbo dan kenapa pilih nama tu?
Jawapan : Jeng jeng jeng~

Sebenarnya Bimbo tu kereta Persona Aku dan aku pernah tulis pasal kisah tu kat SINI dulu-dulu di awal kehadiran dia dalam hidup aku. Pada mula masa aku baru-baru dapat lesen memandu dulu kononnye aku teringin nak beli kereta Kelisa je (sebab nak beli Mini Cooper tak mampu) Pastu konon-konon nak color pinkish cenggitu tapi disebabkan masa tahun 2011 tu nak cari kereta Kelisa Keluaran Baru dah takde, itu yang abah aku decide alang-alang nak ambik, dia suruh aku ambik Persona sebab bonet luas katanya senang nak angkut segala buah-buahan dan lain-lain harta bila balik kampung.

Kenapa pilih nama BIMBO?


Aku tak pernah terfikir pun nak bagi nama tapi lepas tengok cerita Herbie Fully Loaded, aku terinspirasi dan aku rasa macam bonding tu lebih rapat dengan kereta sendiri bila bagi nama hahahaha. Spontan je aku terfikir nak letak nama Bimbo tu sebab masa tu tak tahu lagi maksud perkataan Bimbo tu benda ape. Bila aku dah tahu maksud Bimbo tu agak kurengggggg, aku rasa macam bersalah pulak namakan kereta aku dengan nama Bimbo tu. 
Ada jugak terfikir nak tukar nama lain tapi aku macam dah selesa panggil dia Bimbo. Tapi tengoklah nanti. Aku memang ada planning nak buat transformasi kat dia sebab dari awal aku beli memang takda upgred apa langsung disebabkan aku tinggal dengan mak ayah aku dan ayah aku cukup pantang kalau sesaja perabeh duit pada benda-benda yang dia rasa tak penting mana pun (biasalah permikiran ayah-ayah. Diorang akan rasa satu pembaziran kalau makeup-makeup kereta ape semua tu). Dan depends pada perubahan tu nantilah tengok sama ada perlu tukar nama yang lebih sesuai ataupun macam mana tengoklah nanti. 

Aku dah banyak kali planning nak tukar color lah.
Nak tukar sportrim lah.
Nak tambah itu lah, nak tambah ini lah.
Tapi setiap kali aku suarakan pendapat nak tukar itu ini,
mesti mak abah aku reject. Diorang kata baik simpan je duit tu kakak.

Ater camane kome? :P
Gitulah kesahnye. Rasanya dah langsai hutang DUA PERSOALAN yang dah tertangguh lama hehehe.

31 comments:

  1. kreatif! bukan senang nak buat entridengan permulaan abjad yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah kreatif mana ni kak Yaya Azura hehe

      Delete
  2. laaa baru perasan pula coding entry sis. sangat lain dari yg lain hihi. kalau saya dah give up dah ni nak cari perkataan dari huruf tertentu.

    ReplyDelete
  3. Wah~ brilliant betul cabaran dia. Menguji diri. Nice kelisa, sama feveret kereta but tak pernah terfikir nak mini cooper. Kelisa just nice as she is. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya memang teringin nak Mini Cooper tapi sbb bila check balik aiseh mcm tak cukup fulus pulak. itu yg beralih arah ke Kelisa hehe

      Delete
  4. Aaa comel je bagi nama kat kereta sebijik😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. rase macam comel bagi nama Bimbo tu tapi bila dah tawu maksudnya adehh~ :P

      Delete
  5. Itu idea yang mencabar. menarik. Pilih huruf f untuk bulan 2.. mmm saya terfikir apa yang awk akan tulis dengan awal permulaan tu hehehe

    Saya follow sini ye #3943

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah huruf F untuk bulan 2 iaitu Februari hehe

      TQ Carly Fifie follow sini. I follow u too hehe

      Delete
  6. hahahah tak pernah perasan pun pasal entri kak ana... adoyai...kreatif baq ang!
    sian persona tu, ghupa cam gender laki, tp nama bimbo.. huhuhu bimbo pun bimbolah....
    saya kasi nama carrie, pasai dialah dok angkut saya kemana saja or saya yang akan terpaksa angkut dia untuk kemana saja? hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ghupe mcm lelaki kan tp tu lah kesian pulak namanye Bimbo. itu yg rase nak re-name dia tu ahahaha~

      wahhhh nama Carrie tu mmg sesuai lah sbb dia 'carry u everywhere' hehe

      Delete
  7. pernah terbaca dulu entri kak anamizu yang lama2 pasal abjad pertama tu, setakat nie cuma blog nie je la yg BV perasan buat macam tu :D

    comel je nama Bimbo, kereta kitorang takda nama pulak. comel pulak bagi nama untuk kereta nie :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermakna BV salah sorang yg dah lama selalu singgah sini. Tq BV hehe

      emm mmg mcm comel nama Bimbo tu tapi..tapi.. maksud dia tu adehh~

      Delete
  8. huih memang awesome kalau dapat tulis blog setiap hari guna abjad mengikut bulan..hadoii apa pun Umi ucapkan syabas dan teruskan kekreatifan ana..part bimbo tu..rasanya ramai yang bimbo heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah jugak setiap hari dpt buat entry tu Umi hehe. ikut kelapangan jugelah memandangkan terikat dengan kerja harian yang full manjang hehe

      emmm itulah pasal tu. nama Bimbo tu mcm tak sesuaiiii hehehe

      Delete
  9. wahhhh menarik pula ikut abjad bulan tersebut.kalau Ama sure kering kepala nak pikir. hehe. cuma bab nak tambah itu ini kat kereta tu ana setuju dengan parents awak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abjad mengikut bulan tu ikut pada kelapangan juge sbnrnye hehe..

      bab tambah itu ini kat kereta, tu lah parent sy pun ckp gitu hehe

      Delete
  10. Oohhh baru aku perasan kau punya coding entry macam tu. Hebat weh boleh cari wording yg start ikut abjad bulan. Aku nak pikir tajuk entri tanpa perlu ikut abjad apa2 pun kadang pening.

    Yg part bimbo tu aku setuju dgn bapak kau takyah buang2 duit makeup kete. Benda kalau kau tukar sportrim yg selalu nampak nanti org kat luar kete kau je. kau kt dlm bukan nampak pun haha. Nak tukar something utk performance kete takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah coding mana sangat pun weyh. cuma aku cabar diri je make sure setiap enrty starting dgn Huruf Pertama pada bulan tu hehe

      disbbkan aku terfikir camtu gak lah psl sportrim, itu psl aku cancle je hahaha

      Delete
  11. tak perlu la make2 up kereta. berjimat tu kan lebih bagus. especially untuk kegunaan kecemasan. maintenance kereta bukan murah. nak servis lagi. better guna duit tu untuk pergi berjalan2 atau makan tempat best2, lagi berbaloi. sport rim tu nanti tukar bila sport rim asal dah bengkok (case aku, aku tukar sebab rim asal bengkok sebab langgar lubang jalan. tukar pun sebab alignment lari).

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah aswadz better duit tu buat utk masa2 emergency lagi baik & berbaloi.

      Delete
  12. dah lama dah perasan ana buat mcm tu... ;-) cuma x tanya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat setia yg mmg dah lama tau hehe TQ dear anies :)

      Delete
  13. Teman setuju dengan pendapat ayah admin tu... Jangan nak habiskan duit pada perkara-perkara yang tak berfaedah... Bagi teman, better buat upgrade bila tiba saatnya... maksudnya, buat bila perlu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye teman ngikot juge ape ayah teman pesan tu. idok berani nak melawannye hehe

      Delete
  14. Nasib baik tak ada bulan bermula huruf X... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  15. Bagus jugak idea buat entry ikut 1st abjad dlm bulan..mencabar diri.. tapi nice lah. 😊

    Bimbo..comel je nama kereta Ana.. tapi nur setuju bila untuk tukar sportrim bagai kena reject..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje mencabar diri sendiri hehe. tapi tu lah part nama Bimbo tu mcm kena rename lain lah. kesian pulak sbb mcm tak sesuai je bila dah tau maksudnye :-P

      Delete
  16. Dah tahu pasal huruf pertama entry Ana tu lama dulu time tu baca-baca kat komen. Tapi tak ingat komen siapa ha lama kan samapai dah tak ingat ngeh! ngeh! ngeh!

    Nama Bimbo tu catchy kan tapi tulah maknanya tu bila dah tahu sedehhh!!!

    Takpe nanti dah salin kulit tukarlah nama sekali ;-)

    ReplyDelete