Akak! Tolong!

 

Bong bagitahu kawan-kawan dia nak datang berhari raya, 

molek benarlah memandangkan hari minggu Sabtu & Ahad.

Mujurlah jejari kakak mu ini ada semangat rajin yang muncul.

Terjadilah Kek Batik Roll (selalunya orang buat kek batik versi petak-petak)

Kali ini kakak mu rajin sikitttttt nak gulung 

(sebenarnya nak memudahkan simpan masuk dalam peti sejuk) hehehe


  
Ya permintaan Bong minta buatkan Popia Big Mac.
Kita cuba tunaikan sedaya mana bahan yang ada hehehe



Dan menu utamanya Nasi Hujan Panas,
ayam masak merah kacang pea,
dan acar timun nenasssss.
 
Selepas Zohor kawan-kawan Bong datang serbu.
Syukur juadah cukup untuk semua tetamu yang datang.
Tak pasti sama ada tetamu lapar atau memang sedap,
tapi semua juadah habis.
Syukur Alhamdulillah moga Allah bagi sedap pada
tekak semua kawan-kawan Bong hehehe

15 comments:

  1. Sedapnya menu2 semua. Weekend ni nak masak jugak la ayam masak merah, nasi berperisa tu.

    ReplyDelete
  2. Dapnya..sama la menu kita...nasi hujan panas 😉
    Menarik je kek batin roll tu.... Yum yum

    ReplyDelete
  3. Tentulah sedap masakan Ana. Untung Bong ada kakak rajin melayan.

    ReplyDelete
  4. Wah buat semua sendiri! Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar pun tau sedap Ana 👍🏻
    Cantik kejadian kek batik tu

    ReplyDelete
  6. Alaaa... Bong kenapa tak jemput Kak Amie datang beraya. Cantinya kek batik versi bulat tu.
    Menu lain semuanya sedap belaka. Tak boleh singgah lama di sini, kecur!

    ReplyDelete
  7. Wow..Semua menu sedap2 =q

    ReplyDelete
  8. Tu dia... Bila rajin tngn buat keje mata tutup pum blh siap semua menu.. hebat hihiii...

    ReplyDelete
  9. Pandainya Ana memasak. Suka tengok. Rajin sungguh. Inspirasi pada akak yang agak malas memasak, dan masak benda yang sama je ni. :D

    ReplyDelete
  10. tengok pun tau sedapppppnye...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki Bong dan kawan2
    Pandainya sis Ana masak

    ReplyDelete
  12. kak ana bila ada open house serulah kami sekali. Menu dia nampak selera betul. Asyik tengok gambar je ni...heeee nak jugak sekali sekala merasa >_<!

    ReplyDelete
  13. macam-macam tu juadah untuk kawan2 Bong.. beruntung Bong punya kakak pandai masak.

    ReplyDelete
  14. Saya jadi teringin buat lagi cake batik. Dulu pernah buat, memang gampang dan sedap. Tp rasanya kalo di roll, nanti dululah. Saya yg mudah saya petak2 🤣

    Popia tuh menggoda sungguh kak. Pasti creamy lah dalamnya yaa. Tak heran sekejab licin 😄👍

    ReplyDelete