Javanese Cuisine : Punten Sambal Hijau

 


Petang semalam masa nak pulang dari kerja, terjumpa dengan Puan Rohaya masa on the way nak menghala ke kawasan tempat parking. Puan Rohaya ni penyelia merangkap dia lah bendahari dan dia lah juga setiausaha Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di kawasan Tanjung Malim, Perak.

Puan Rohaya hulurkan satu bekas dalam plastik. Katanya nah Punten boleh makan nanti.
Aku pernah dengar nama Punten ni sebab ada beberapa bulan lepas agak viral trending di tiktok.

Apa sebenarnya Punten ni?

Punten ni adalah makanan tradisi Wong Jowo (Kaum Jawa). 
Sis Linda Ceritera Kehidupan / Sis Amie Little Kitchen mesti lebih tahu tentang Punten ni.


RESEPI NASI PUNTEN

  • 1 cawan beras
  • 2 1/2 cawan air kosong
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Garam & gula secukup rasa
*Masak nasi macam biasa (nak halus mulus perlu tumbuk nasi tadi okay)

RESEPI SAMBAL PUNTEN PEDAS BERDESING

  • 200gm cili besar
  • 50gm cili padi (taknak pedas guna cili yang hijau)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Kering sedikit
  • Ikan Bilis sedikit
  • Asam  keping
*Blend semua bahan kecuali ikan bilis.
*Bila semua bahan tadi dah hancur lumat, baru masukkan ikan bilis.
*Blend lagi tapi sekejap saja sebab nak dapatkan tekstur ikan bilis yang kasar-kasar.
*Tumis dengan minyak secukupnya & masak guna api kecil hingga pecah minyak.
*Masukkan asam keping, perasakan dengan garam & gula. Siapppppp!

Kredit Resepi : FB Cahaya Kehidupanku


Ini pertama kali aku makan Punten Sambal Hijau. Masakan Jawa kebanyakannya memang jenis pedas. Masa 10 - 15 tahun dulu, ada jiran lorong belakang yang kami panggil Wak Tini (isteri pada Wak Mat), memang rajin berbagi juadah masakan air tangan dia antaranya Iwak Lele Masakan Jawa, Sambal Goreng Jawa & Pau Goreng Inti Kacang Merah. Tapi seingat aku Punten Sambal Hijau ni belum pernah Wak Tini berbagi pada kami. Itu kisah lama dulu, terima kasih Wak Tini sering berbagi juadah dengan Ana sekeluarga & moga arwah Wak Tini tenang di sana aminnnnnn

Ini video cara untuk senduk & bentukkan Nasi Punten jadi bentuk begitu.
Ada tips & teknik juga untuk dapat bentuk yang seragam je semua.

4 comments:

  1. Masa viral tu teringin juga nak cuba...tapi sampai skrg belum merasa lagi.. nak buat malas, nak beli takde pula jumpa hehe

    ReplyDelete
  2. Belum pernah try. Terliur tengok tapi tu la nak membuat tu malas. Takde pulak nampak ada orang jual.

    ReplyDelete
  3. Alamak.. Nama kita kena seru lah.. Hihihi...
    Linda tau makan je, buat tak tau...kikiki...

    ReplyDelete
  4. Masa kecik2 pernah mkn punten, arwah mak buat. Seingatnya mcm sekali tu je mkn.. ke memory I dah lost?. Kena tanya dgn siblings nampaknya ni. Hihi.

    ReplyDelete