Ada terbaca beberapa perkongsian dan ramai membuat luahan rasa kecewa.
Bermula dari Minggu Pertama Ramadhan lagi ada yang pergi ke kaunter bank untuk membuat pertukaran wang baru untuk pemberian duit raya pada anak-anak kecil.
Tapi jawapan yang diterima begitulah.
Dan akhirnya tiba-tiba, jawapan hanyalah : duit raya semua dah habis minggu lepas lagi.
Entahlah, mungkin memang benar perkara ni perlu siasatan terperinci.
Sebab pada pendapat aku, Bank sememangnya tempat pertukaran wang.
Tak kiralah wang baru atau pun wang recycle, logik ke ye jawapan duit habis tu?
Ataupun kita tak payahlah pergi beratur buang masa pergi ke bank tu.
Pergi je tukar dengan pihak AJK Masjid sebab orang ramai je sedekah wang kecil di tabung masjid kan?



Amboi ada cas 10 untuk 100.
ReplyDeleteSemalam nampak dekat bazar ada org buka table utk service tukar duit Raya ni. Caj RM 10.
ReplyDeleteAkk tahun ni X tukar, just simpan duit² kecil siap². Malas nak pergi bank.
org dlm bank pun utamakan sanak sedara jugak., huhu
ReplyDeleteslmt bpuasa cikkak ana ittewww
Ia benar² berlaku.. lagi satu limit, contoh sorang RM300 je. Juga ada bank tukar untuk pemegang akaun sahaja.
ReplyDeleteSaya dah bertahun tak tukar duit raya. Sepanjang tahun memang kumpul duit kecik-kecik sampai capai target. Duit lama pun duit lama la. Ada nilai juga tu :)
ReplyDeletedorang open je untuk tukar duit, staff bank tu sendiri dah ada senarai nama dia sendiri. sepupu nenek atok adik bradik dia. kita dapat jelah sipi-sipi
ReplyDeleteamboi siap buat duit tepi tu, melampau sangat
ReplyDeleteCam tu pun boleh buat bisness.
ReplyDeletememang selalu nmpk org buat service tukar duit raya ni
ReplyDeletesy terbaca smlm kalau tak silap bisnes sebegini boleh jatuh riba'
ReplyDeletebanyak jugak baca kat socmed ramai mengeluh. tak patut la melainkan memang orang tu upah kita tukarkan. ni kita pulak yang offer duit & charge banyak pulak tu.
ReplyDeleteMA memang selalu tukar ngan kawan yg keja bank, kebetulan tahun ni boss offer jugak sekali terus MA yg kena handle...ok ajer la..tolong kawan2 kan
ReplyDeleteKak SA tukar duit raya dengan bus buddy yg kerja KL...syukur dapat gak walau x banyak
ReplyDelete