Juanda & Jangmi

02 January 24 Comments

credit : Fedtri Yahya

Berat dugaan yang mereka hadapi. Kematian secara mengejut yang memang amat sukar buat mereka. Moga Allah merahmati mereka Aminn. 

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk. Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

credit : asrtoawani


Hati² walau apa juga aktiviti yang kita lakukan. Ingatlah orang tersayang. Semoga kita dijauhkan dari segala kejadian tak diigini =)

Jejari Rajin | December

01 January 38 Comments

Ini antara top ten taiko yang rajin komen sepanjang December 2014. Kakak cantek , adik manis dan abang kacak silalah terjah rumah diorang nih. Konfem diorang balas jejak rumah korang pulak. Siap drop bom bertalu plak lagi nanti. Siap sedia aje lah menunggu dengan apa yang patut kehkehkeh =D


Terima kaseh ye rajin komen sini. Kemain rajin lagi ye komen sana sini. Muaahhh ciked! :*   Errr sipbaik semua pompuan. Kalo lelaki muahhh ciked jugak tapi kena lapik la hahaha


Junaidah 365

01 January 37 Comments

Ini Amar la mula sebut pasal Junaidah 365 ni. Terus si ZarulFarhana tanya lagu apa sebab tak pernah dengar. 

Lagu Junaidah ni siap ada sekuel dia tau. Tajuk dia Junaidah 730 pulak =D



Aku gigihkan tempek untuk tatapan khas ZF lagu ni. Jangan bantai gelak pulak tau ZF. Ada sesiapa nama Junaidah ? Special lagu ni untuk dia kehekehkeh =P


Januari Hari Ini

01 January 37 Comments

Banyak kenangan pahit manis ditinggalkan sepanjang tahun 2014. Hari ni dah masuk Januari 2015 dah pun. Semoga segala ujian yang ditempuh sepanjang 2014 dapat memberi perubahan positif pada kita semua.

Bertambah usia, bertambah tua. Moga bertambah jugaklah amal jariah segala. Bumi pon makin tua. Makin tak lalu dah nak tanggung perbuatan kejam manusia.

Apa pon semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA. Aminnn :)



Di Zalora.com.my | Fesyen Terkini

30 December 30 Comments

Industri fesyen Malaysia memperlihatkan corak perkembangan yang cukup menarik sejak akhir² ini. Trend fesyen terkini Malaysia telah menerima perubahan yang sangat signifikan bagi kategori trend fesyen pakaian wanita terkini. Secara asasnya terdapat dua jenis fesyen wanita yang paling besar dalam industri tempatan.


1.      Trend Fesyen Pakaian Moden
Trend pakaian wanita jenis ini lebih bersifat moden. Ianya lebih popular dalam kalangan wanita urban yang lebih meminati gaya fesyen yang mempunyai ciri² moden bersama rekaan yang segar dan terkini. Trend fesyen ini dibawa oleh wanita² muda yang bekerjaya dan remaja.


2.      Trend Fesyen Pakaian Muslimah Moden
Trend fesyen Muslimah terkini telah melanda industri fesyen Muslimah Malaysia dengan cukup dahsyat. Ramai pemerhati dan pengkritik fesyen di Malaysia mengatakan perkembangan fesyen pakaian Muslimah telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pasaran fesyen Malaysia secara total. Dress Muslimah ataupun busana Muslimah moden digayakan oleh peminat fesyen yang turut dikenali sebagai hijabista.

Kedua-dua trend fesyen terkini wanita ini amat dan sedang popular di negara ini. Ianya telah melahirkan satu pasaran yang cukup kompetitif dengan pelbagai pilihan koleksi fesyen yang cukup menakjubkan

Lain orang -- lain pilihannya kan? Pada aku pulak, ikotlah mana² asalkan selesa. Apatah lagi kalau ia selesa dan PERCUMA. Wow! Bagaikan KFC dicita, Nutella mendatang. Siapa malas nak buang masa + bazir tenaga + penat pusing cari parking -- tak perlu runsinglah sekarang semuanya main klik² aje kan?  Pilih saja apa yang disuka pastu bayar via online banking pastu tunggu barang. Semudah membeli belah di Zalora kan? hehehe =D

#PrayForMalaysia