Mata Sakit

Hadui terasa lamanya tak menjenguk ke sini. Masa terhad dah satu hal. Masalah kesihatan pun satu hal lagi. Aku ni jenis jarang jugak kena sakit demam tapi bila sekali dah kena haaa memang makan masa lah nak baik. 

Minggu lepas boleh dikatakan satu minggu jugaklah aku terperap kat rumah. Sebabnye? Sore eyes + sore throat + fever. Pakej lengkap aku dapat. Mulanya aku dapat rasa macam something wrong kat mata aku pada malam hari Isnin (27 April). Bila bangun pagi esoknya hari Selasa 28 April tu terus mata kiri tak boleh nak bukak sebabnya dipenuhi tahi mata. Aku dah cuak dah masa terjaga subuh tu yelah sebab selama ni memang tak pernah kena cenggitu. 

Aku pun hape lagi teruslah buat aduan rakyat kat mak ayah aku. Kepala dah memang rasa berat semacam. Mata pulak rasa macam nak tercabut je. Aku asyik cakap kat adik aku si Aiman tu. Habeslah Man, kalau kakak buta camne huwawawawa. Aiman gelakkan je bila aku drama lebih cenggitu. Chissss! Bukannye nak tolong kakak dia ni. Terpaksa jugaklah tunggu siang sebabnya klinik mana bukak lagi sesubuh sunyi tu T__T

Dengan keadaan mata kiri makin bengkak dan tak boleh nak bukak tu, aku gagahkan jugak drive pegi klinik. Akak nurse kat kaunter pendaftaran tu siap cakap :

Akak Nurse : "Eh Ana, nape ni?"


Aku : "Urmm kena sakit mata kak.."


Akak Nurse : "Haaa.. Ana last datang klinik November 2013 dulu.. Lama dah tak pernah datang ye.." siap senyum simpul lagi akak nurse ni kat aku.


Aku : "Err.. hehe haah kak. Dulu tu je last datang. Ni baru sakit, tu la Ana baru datang pulak hehe"


Sempat lagi akak nurse tu check sejarah aku. Memangla last aku datang klinik masa tu November 2013 sebab tragedi ni. Lepas pada tu memang dah tak pernah jejak kaki kat klinik dah sebabnye aku kan jarang sakit demam. Pastu macam takde sebab je aku nak pergi sesaje kat klinik tu. Lainlah kalau ada doktor hensem single mingle ke yang aku boleh ejas. Ehemmmm! =P

Berbalik pada sakit mata. Dedulu, masa mak dan adik aku pernah kena sakit mata, ubat yang akan diberi daripada klinik kat tempat aku ni adalah sejenis eye drops yang botol kecik molek macam yang Alacot tu (jenis cecair). Cara guna dia adalah dengan titik kan dalam mata yang sakit. Pastu nanti akan terasa pahit je kat tekak masa masuk kat mata. 

Tapi masa aku kena sakit mata haritu, nurse cakap ubat jenis tu dah takde so dia kasi aku jenis yang satu lagi yang macam tube tu (bukan jenis cecair). Jenis macam krim berminyak sikit. Cara guna dia adalah dengan tarik sikit eyelid kita ke bawah pastu picitkan je krim tu (dia akan keluar panjang je) pastu terus je letak pada mata yang sakit tu. Memang berkesan ubat ni pada aku. Lepas guna 2-3 kali (dalam sehari), mata dah makin ok dan bengkak pada mata makin surut. Alhamdulillah. Takdelah lagi aku dok komplen mata macam nak tercabut. 

Dan ini lah jugak kali pertama selama 5 tahun aku kerja, aku amek MC. Bukan aku mintak pun, doktor tu yang bagi. 3 hari gak la aku dapat MC. Dia kesian tengok aku agaknye. Yelah masa aku masuk bilik dia tu memang mata aku tak boleh bukak pastu bengkak. Dia tanya sejak bila sakit ni, aku pun jawabla malam tadi. Tapi dengan nada yang sayu penuh belas kasihan mengharap agar dapat surat cuti sakitlah sebenarnye. Syukurrrrrr. Kalau tidak memang aku tak mampulah nak pergi kerja dengan bijik mata dah merah macam bijik saga pastu mata macam nak tercabut je bila duduk. Memang kena baring je. Bertambah bersyukur lagi sebabnya sakit aku ni kena di saat-saat cuti agak bersambung-sambung. Dapatlah jugak aku rest betul-betul.

Tapi, tu pun customer masih ada yang datang cari ke rumah. Mintak tolong itu ini. Wal hal kita ni sakit bukan di buat-buat. Allahuakbar. Sabar ajelah nak :")



19 comments:

  1. Memang pedih rasa mata kalau sakit. Ana jemput join GA nani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana tak pernah kena sakit mata. first time kena Allahuakbar azab sungguh T___T
      insyaAllah ana join GA nani :)

      Delete
  2. Moga cepat sembuh Ana!

    ReplyDelete
  3. aduiii... bertabahlah, semoga cepat sembuh sepenuhnya ;3

    ReplyDelete
  4. Siannye ana..moga cepat sembuh yerr

    ReplyDelete
  5. Orang yang susah sakit memang bila sakit tu over-over sakitnya...hehehe
    Get well cecepat, Ana :)

    ReplyDelete
  6. Moga by this time ana dah bertambah baik,..sakit2 semua dah pulih :)

    ReplyDelete
  7. Assalam ana,
    baguih3
    pekerja cemerlang uols
    akak ni setiap bulan MC :P

    ReplyDelete
  8. Sakit mata memang pedih...xsuka >_<

    ReplyDelete
  9. adik saya kan kak, dia kena sakit mata juga. doktor kata sakit mata. tapi dah cuci bagai pun x elok juga. agaknya kena alergi apa kot. dah lah nak exam masa tu. sebelah mata je pakai. memang slow la sikit. 3 minggu dia kena.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ciannya, paling takut la sakit mata, sebab susah nak tengok apa2. :(

    ReplyDelete
  12. pernah kene sakit mata masa sklah lg.. dh lama dh..
    mase ubat titik wujud lagi.. haha.. memang betol la tekak rasa pahit..

    memang menakutkan kalo sakit mata.. senak macam nak tercabut bijik mata..

    ReplyDelete
  13. bc entry ni tingat ms amik pmr dulu. time tu laa kena skt mn..ya allah mmg terseksa bla kita menunduk nk menulis. rs mcm nk terkeluar biji mata ni

    ReplyDelete
  14. Dah macam pakej URTI. Upper respiratory tract infection
    Sengsara kena ni dulu woooo..

    ReplyDelete
  15. bila sakit mata melanda, rasa mcm tak nak bukak mata. nak pejam je memanjang. Dia punya pedih kat mata tu yang tak terkata.

    ReplyDelete
  16. memang sakit betul tu.. nasib cepat sembuh kan guna ubat sapu tu..

    ReplyDelete