Memori Bella Vista : Part 3

Selain daripada slot dalam seminar hall kena mengadap modul keusahawanan dan kena memikirkan bisnes model yang modal kecil tapi boleh memberikan income besaaaaaaaaaaar gila, kamiorang kena buat aktiviti outdoor yakni treasure hunt.

Treasure Hunt kali ini ada sedikit kelainan daripada yang selalu tu. Konsepnya masih kekal sama, kena dapatkan clue yang disembunyikan cuma kalini, clue yang disembunyikan tu hanya dapat dicari dengan menggunakan bantuan smartphone.

Sebelum kamiorang dilepaskan untuk bertempiaran mencari clue yang disembunyikan, kami perlu install satu apps pada smartphone kami yang diberi nama 'Layar Apps'.

Simbol apps dia tu ha huruf  'ar' kaler biru tu. Lepas kamiorang dah selesai download dan install menatang Layar ni kat smartphone masing-masing, barulah kami diberi clue pertama.

Apa yang menariknya aktiviti Treasure Hunt kalini adalah proses mencari clue menggunakan aplikasi Layar tu sendiri. Mulanya aku ni blur jugak cemanelah proses nak mencari clue tu, rupanya mudah je.

Cuma perlu :

1. On kan apps layar tu.
2. Scan pada objek.
3. Sekiranya clue terdapat di situ, clue tu akan muncul pada skrin smartphone kita tu.

Aku jadi jakun sekejap masa dapat scan 1st clue sebabnya clue pertama, kamiorang kena scan pada baju fasilitator tu sendiri. Mulanya kamiorang tak percaya tapi lepas dia kata, terpulanglah kalau rasa taknak dapatkan clue pertama, tak payahlah scan badan saya ni hahahaha

Lepas berjaya dapatkan clue pertama tu, barulah kamiorang boleh proceed dengan mencari clue seterusnya sampailah perlu selesaikan beberapa tugasan lain selepas dah berjaya kumpul semua clue dengan menggunakan bantuan apps Layar ni.

Pada aku apps Layar ni memang menarik tambah pulak bila diaplikasikan dalam aktiviti Treasure Hunt tu, bertambah eksaited semua orang dok usung smartphone dan scan segala benda yang ada untuk dapatkan clue.

Selama ni tak penah tahu pon tentang apps yang cenggini. Lepas ni bolehlah aku pulak aplikasikan Apps Layar ni untuk buat treasure hunt sempena program cuti sekolah yang bakal datang nanti. Konfem adik-adik peserta teruja gila nanti kehkehkeh






6 comments:

  1. wuuuhhh...ada eh app ni. Tak pernah tahu pun. Moden giler treasure hunt pakai smartphone je skrg...
    Btw, apa bisnes yg modal kecik tapi untung besar tu?? Mlm ke ? Hehe..

    ReplyDelete
  2. pergh!!! canggih giler r treasure hunt moden....namalah pun moden...huhuhuhu
    macam nak try r...hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Wow! Gempak betul treasure hunt guna apps. Power sungguh.
    Dah macam cerita sains fiksyen je dengarnya...hehehe

    ReplyDelete
  4. omg,, incredible.... rasa macam nak jg gna apps tu

    ReplyDelete
  5. akak rasa tertarik tngk anime yang berpusing2 itu ehehe..

    ReplyDelete
  6. Masa akak ikut Skim Latihan Graduan dulu...ada juga belajar buat kartun bagi bergerak...sekarang dengan aplikasi baru...dah tak tau dah...

    ReplyDelete