Apa Sudah Jadi?

12:40 PM 22 Comments A+ a-


Banyaknya spiderweb. kahkahkah ! Ooppps sorry TERgelak besar pulak di situ. Banyak issue yang kita dengar sekarang ni. Dan ditambah dengan dunia di hujung jari, segala yang berlaku pada zaman sekarang ni, cepat mudah jadi viral.

Kalau dulu, perlu panjat tangga turun naik, turun naik untuk pergi jumpa wartawan semata-mata untuk pastikan sesuatu issue atau berita atau kisah tu dapat dihidangkan di kaca TV ataupun di corong radio. 

Tapi sekarang dah tak perlu dah semua tu. Boleh dikatakan masing-masing ada gadget dan kemudahan internet. Cuma perlu record - upload - and tadaaaa !

Kisah pasal yang tak jadi kahwin sebab duit hantaran tak cukup tu. Pada aku, takdelah nak salahkan mana-mana pihak semata-mata. Kita mungkin boleh hentam bercakap macam-macam tapi pokok dan pangkalnya, kita masih bukan insan yang duduk dalam situasi yang berlaku tu. Cer kita jadi abang si perempuan tu, sanggup ke kita duduk diam aje? Atau pun ce kita pulak di situasi pengantin lelaki tu, silap-silap lagi teruk tindakan kita. 

Pastu ada pulak kisah pasal "Pengantin Perempuan Larikan Diri Bersama Wang Hantaran Sebanyak RM16,000.00" . Haaaa tu apa cerita pulak ? Aku sendiri yang perempuan ni pon tercekik air liur sendiri bile dengar. 

Kisah pasal yang berebut-rebut lelaki perempuan bertolak-tolak semata-mata untuk dapatkan nombor untuk beli tudung. Harga tudung tu sendiri pon dah beratus-ratus. Kalau boleh pajak masa waktu-waktu poket sesak kira okay lah jugak. Hermmm..

Tapi tu lah kalau dah namanya 'MANUSIA'. Benda-benda diluar jangkaan pon jadi tak mustahil dah zaman sekarang ni. 

Aku baru selesai baca buku TERIMA KASIH SI BABI HUTAN hasil karya Lepat. Banyak pengisian dalam buku tu. Patutla sold out sesaja. Aku tunggu buku seterusnya pulak LAM ALIF HAMZAH YA, TUHAN MAYA KAYA. 

Tengok anak-anak Lepat si Aminah & Azali , beruntungnya Lepat dikurniakan anak-anak sekecil itu yang dibesarkan di bumi bukan Islam agama rasminya tapi hati dan jiwa mereka tak lekang mengingati Allah STW :")



22 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
At-Tarmizi
AUTHOR
April 04, 2016 delete

kita tak berada dalam situasi tersebut...jadi tak boleh suka-suka beri ulasan ya tak =)

Reply
avatar
Wardah Aneesa
AUTHOR
April 04, 2016 delete

Semuaaaa bnda nak viral..viral benda Yang membanggakan boleh tak. Kadang-kdang jadi pening sebaab bacaa.

Reply
avatar
April 04, 2016 delete

Uishhh... Lama tak nampak!

Reply
avatar
Fida Z Ein
AUTHOR
April 04, 2016 delete

Teringat lagu M Nasir....lagu apa nak jadi...akan terjadi...alif ba ta a b c

Reply
avatar
Farrah MF
AUTHOR
April 05, 2016 delete

Sekarang ni kan,...semua mende nak viral :)

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
April 06, 2016 delete

Lama tak nampak, Ana.
Isu viral ni, sebenarnya boleh diselesai dgn aman tanpa perlu bertumbuk-tumbuk bergaduh-gaduh.
Tapi itulah, bila manusia berpusu2 kejar keseronokan sementara 'viral', dah lupa segala pedoman yg ada.

Reply
avatar
Bro Ley
AUTHOR
April 10, 2016 delete

Isu2 viral tu semua biasa mesti tunjuk satu pihak dulu, then baru lah pihak lagi satu beri penjelasan la, apa la... So, x boleh nk judge terus kalau ada satu2 isu tu viral.

Problemnya, bila org nak rasa diri famous & popular, then tu yg semua benda terus nk viralkan dgn caption yg 'panas' je.... Kadang2 boleh buat org ramai salah faham je...

Lama hilang, mesti masih x dpt mood nk aktif blogging gila2 lg kan sbb surrounding dh berubah... Ye la, dah x baca blog, baca buku pulak...huhu...

Reply
avatar
April 12, 2016 delete

Sepatutnya boleh di selesaikan cara baik, yang tak baik dan mengundang kejian&fitnah masyarakat ialah yang merakam video dan upload!

Sebab ramai professor tak bertauliah di media sosial

Reply
avatar
April 17, 2016 delete

semua benda di viralkan. dr sekecik kecik isu, sampai sebesar besar isu. Mana yang betol pun tak tahu lah.

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

zaman sekarang cenggitulah Yui. huhu

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

haah betul tu At-Tarmizi =)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

manusia zaman sekarang semua nak viral cenggitulah WA..

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

pergi betapa ke gua kejap Embak Es Es =P

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

haah kak teringat lagu tu..

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

tu la kak Farah. semuanya nak viral..

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

hai cEro *lambai-lambai tangan*
tu lah sbnrnye semua benda boleh bawak bincang & takyah gaduh-gaduh. tapi mcm hang kata lah, lupa segala pedoman, hape pon tak boleh :P

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

haah menyampah tengok tajuk 'panas' certain web / blog yg jenis kejar traffic. pfftt~

cmne hang tawu aku takde mood nak aktif blogging ni BroLey? terror terror ! hahaha

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

tu la kan sbnrnye boleh setelkan tanpa perlu gaduh2 ape semua..

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
April 18, 2016 delete

tu lah kdg2 kita yg pembaca ni pon tak tawu mana satu betul huhu

Reply
avatar
Renjer Sungai
AUTHOR
April 23, 2016 delete

hemmm.... baik viral pasal cerita ikan ke..kan yung...untung-untung dapat award lagi.. dunia2! skang ni mcm2 cerita pelik dah jadi..yg xmasuk akal pun ada.. segala2nya dh mcm pelik..agaknya ini la yg dikatakan hampir akhir zaman... ya allah ampunnilah dosa2 kami aminnn..... :(

yung mgu ni klu u free i nk blnje u mkn ye..k by :P

Reply
avatar
nadiah izzaty
AUTHOR
April 28, 2016 delete

nak kena cari lah buku by lepat tue ... menarik nya ? ..dlu selalu jugak tgk gelagat lepat dan anak-anak dia . =) , salam perkenalan

Reply
avatar