Jomblo Happy

Kisah partner kerja aku terpaksa ambil keputusan untuk melepaskan jawatan dia pada Ogos tahun lalu disebabkan bersalin baby pre-matured (usia kandungan dia waktu tu baru mencapai 7 bulan). Kisah penuh boleh baca kat sini kalau rajin.

Disebabkan itu juga, aku terpaksa bekerja secara lone ranger bermula 1 September 2015 hingga 31 Januari 2016. Berapa bulan aku kena handle kerja seorang diri?
Almost 5 bulan cenggitu. Pagi petang aku tempuh segalanya sendiri sementara rakan aku juga terpaksa fight dengan keadaan baby dia di NICU waktu tu :(

Semua tu kenangan dan juga pengalaman untuk aku. 5 bulan terpaksa tempuh bekerja sorang-sorang walaupun sepatutnya kat ofis ni memang kena ada 2 org petugas setiap masa. Aku bersyukur sebab selama aku terpaksa handle segalanya sorang-sorang tu, Allah kurniakan nikmat kesihatan dan juga permudahkan segala urusan harian aku. Kalau tidak entahlah...

Dan semestinya ia ( 5 bulan terpaksa tempuh sorang-sorang) adalah sesuatu yang tidak berapa indah sebenarnye. Dengan segala bebanan kerja kita perlu hadap dan telan sorang-sorang, segala caci maki custmer kita kena hadap sorang-sorang. Boleh jadi gila jugakla hehehe.

Tapi, ahah ada tapi di situ.

Allah bagi ujian, tidak melebihi kemampuan hambaNya kan? 

Dan yes alhamdulillah tak sangka-sangka, baru-baru ini company aku bagi satu announcement yang cukup indah dan membuatkan aku rasa macam nak terbang. 

"based on your performance rating : 5 out of 5 ! " kikiki syukurrrrrr =P

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan Allah berikan kita hujan dan kilat.Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari,rupa-rupanya Allah nak berikan kita pelangi"

Syukur Alhamdulillah. Bolehlah bernafas sikit untuk bantu-bantu keluarga :")

12 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah, Ana.
    Tajuk bukan main lagi,...jomblo hahaha teringat lagu wali band :)

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt bonus..
    alhamdulillah.. di sebalik kesusahan tu ada kebahagiaan.. =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah! Setiap yang susah tu ada senang di kemudian hari. raya sakan la tahun ni. hihi

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    Tahniah! Tahniah!
    Apa algi, dah dapat bonus banyak tu, open table laa. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya cik ana! Miss u!

    ReplyDelete
  6. wowsersss! Alhamdulillah and all the best =D

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...susah dahulu senang kemudian..ur effort telah di hargai..

    ReplyDelete
  8. Hai Ana, selamat hari raya.. lamanya tak datang sini... :) dah banyak berubah..hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, rezeki Ana..Tahniah!! :D

    ReplyDelete
  10. salam ana.lama tak singgah sini.alhmdulillah good job!

    ReplyDelete